Puasa pun dah tak lama lagi.Bolehlah buat menu istimewa iaitu Nasi Qidra Palestin. Berasal dari negara Palestin.Dimasak menggunakan beras Arab yang istimewa. Biasanya nasi ini dijamu pada saudara mara di musim perayaan. Menu ini disajikan dengan sos pedas dan salad bersama sos delima.
Nasi Qidra Palestine
Langkah Persediaan: Mulakan dengan rendam Beras Arab dalam air bersama 1/2 sudu kecil garam sekurang-kurangnya 2 jam.
Bahan rebusan sup Qidra:
1-2kg daging kambing/lembu bercampur tulang atau 1 ekor ayam (belah 4)
1/4 cawan minyak zaitun
1 biji bawang besar (hiris)
3 labu bawang putih (biar bersama kulitnya)
1 set bahan rebusan sup arab
1 bungkus rempah qidra Palestine
2 biji buah tomato saiz besar (cincang)
2 batang lobak merah saiz besar (potong kasar)
4 biji kentang saiz sederhana ( belah 2)
Garam secukupnya
Cara membuat sup:
1. Panaskan minyak zaitun ke dalam periuk. Tumiskan hirisan bawang besar, bahan rebusan sup Arab bersama 3 labu bawang putih.
2. Kemudian masukkan rempah Qidra dan tomato. Kacau seketika dan masukkan ayam.
Ads
3. Masukkan 2 liter air dan garam ke dalamnya. Masak dengan api yang sederhana selama 1 jam 30 minit atau sehingga empuk.
4. Kemudian 5-10 minit terakhir, masukkan kentang dan lobak merah. Tambah air jika perlu atau daging masih belum empuk.
5. Apabila kentang, lobak dan daging sudah empuk, keluarkan ketiga-tiga bahan ini dari rebusan sup. Masukkan ke dalam bekas lain dan tutup dengan aluminium foil.
Bahan nasi:
Beras Arab
500 ml air rebusan sup + 500ml air panas
3 biji lada hijau
1/4 cawan kacang badam
Cara memasak:
1.Sukat 500ml rebusan sup dan 500ml air panas dan masukkan ke dalam periuk.
2.Masak di atas api kuat sehingga air menggelegak. Kemudian masukkan beras ke dalam periuk. Masak sehingga air nasi mengering.
3.Kacau nasi sekali lalu dengan senduk kayu. Tutup periuk nasi dan kecilkan api. Biarkan 10-15 minit atau ehingga wap keluar.
4.Kemudian cucukkan lada hijau ke dalam nasi. Padamkan api, biarkan nasi kering selama 10-15 minit lagi.
Sos Pedas ( Shattah)
5 biji tomato masak ranum
2 ulas bawang putih
3 biji lada hijau
2 biji cili padi
1/2 genggam daun ketumbar
Jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat:
1. Campurkan ke semuanya kecuali jus lemon. Kisar hingga halus.
2. Tuang dalam mangkuk dan masukkan jus limau nipis.
3. Masukkan garam dan gula.
Orang kata kangkung ni sayur murahan tetapi sayur murahan ini banyak khasiat dan sangat sedap jika digoreng bersama belacan. Ada juga sesetengah orang menambah sotong di dalam menu ini. Tidak kira bagaimana pun caranya, resipi dari Dapur Lazz ini wajib anda cuba. Sedap dan gerenti jadi! Caranya nak masaknya tersangatlah mudah. Selamat mencuba.
Ingin kelainan untuk hidangan minum petang, korang boleh cuba tiga menu yang dikongsikan ini, nampak menarik dan mudah disediakan. Kalau mak-mak buat mesti anak-anak suka sebab sedap dan boleh juga djadikan bekal untuk anak-anak ke sekolah selain sesuai sebagai hidangan munum petang yang memang boleh layan dengan secawan kopi. Rugi kalau korang tak cub ani.
APAM PANDAN BAHAN-BAHAN: BAHAN 1:
180gm gula pasir
100ml air pandan | jus pandan + sedikit pes pandan
1/4 sudu the garam halus
Campurkan semua bahan, didihkan hingga gula larut. Sejukkan.
BAHAN 2:
250gm tepung gandum
125gm tepung ubi | ayak
250ml santan pekat
1 sudu teh yis segera
BAHAN TABURAN:
Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam dan dikukus dengan daun pandan.
CARA MEMASAK:
Siapkan loyang saiz 20 X20, oleh dengan minyak, alas dengan plastic dan olehkan semula dengan minyak.
Campurkan semua bahan 2, adun menggunakan whisk.
Tuangkan air pandan, adun rata dan tidak bergentel.
Tuang dalam loyang yang telah dipasang dengan pemyekatnya sekali..
Biarkan lebih kurang satu jam.
Panaskan pengukus, bila pengukus sudah panas, kukus selama 35 minit dengan api sederhana.
Angkat dan sejukkan, keluarkan dari loyang, potong-potong dan taburkan dengan kelapa parut yang telah diperasakan dengan sedikit garam dan telah dikukus.
Pernah cuba makan Kari Mangga Muda? Biasa mangga ni dijadikan jeruk tau dimasak Pajeri je. Jangan tak tahu, mangga juga boleh dimasak kari dan rasanya juga sedap. Bagi anda yang ada pokok mangga yang tengah berbuah tu, bolehlah cuba resipi perkongsin saudari Nohani Derahman ni. Enk dimakan bersama nasi. Boleh juga dimasak bersama ikan atau ayam. Selamat mencuba!
CARA MASAK KARI MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
Beberapa biji mangga muda
4 biji bawang merah besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
1 sudu teh halba campur – beli online disini
4 tangkai daun kari
2 sudu rempah kari ikan – beli online disini
1 sudu serbuk kunyit
2 sudu cili kisar
Air secukupnya
Santan (jika suka)
Garam, gula & perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan mangga mudah dan belah 2. Buang bijinya.
2. Panaskan minyak, tumis halba campur hingga naik bau.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai kekuningan.
4.Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air, serbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan mangga muda dan gaul rata.
6. Masukkan air (dan santan jika nak buat kari bersantan). Biarkan mendidih perlahan-lahan hingga mangga lembut (anggaran 10-15 minit).
7. Masukkan garam, perasa dan gula dengan secukupnya.
8. Masak hingga kuah pekat dan sebati. Siap!
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...