Cara buat Black Garlic homemade. Obsesi terbaru di kalangan masyarakat yang mementingkan kesihatan. Black Garlic ini dihasilkan dari bawang putih yang melalui proses fermentasi tertentu dalam tempoh masa yang lama sehingga ia mengalami perubahan warna kepada hitam.
Rasa Black Garlic ini berbeza dengan bawang putih segar. Selain warnanya yang hitam, teksturnya juga lebih lembut, sedikit manis, sedikit masam dan seakan buah prun. Wow… Kalau beli, Black Garlic ni harganya agak mahal. Jadi, bagi yang nak cuba buat sendiri, boleh cuba resipi perkongsian saudari Mimi Tiyo.
CARA BUAT BLACK GARLIC HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih ( bawang putih biasa.bawang putih lanang @ tunggal)
Periuk nasi
Tisu
CARA MEMASAK: 1. Sediakan bawang putih ( apa-apa jenis) dan periuk nasi. Jangan buang kulitnya.
IKLAN
2. Alas periuk nasi dengan tisu dapur. Boleh guna anggaran 5 helai.
3. Masukkan bawang putih dan susun seperti dalam gambar. Tutup bawang dengan tisu dan ulang langkah sama hingga bawang habis.
4. Tutup lapisan bawang paling atas dengan tisu juga. Tutup periuk nasi.
5. Set periuk dengan api ‘keep warm’ selama 1 bulan (minimum) atau maksimum 3 bulan (90 hari).
IKLAN
6. Setelah cukup tempoh 1 bulan, matikan api periuk dan keluarkan Black Garlic.
7. Susun Black Garlic dalam dulang dan biarkan hingga sejuk sebelum disimpan da;am kotak atau bekas bersesuaian. Pastikan bekas tersebut dialas dengan tisu terlebih dahulu.
IKLAN
KHASIAT BLACK GARLIC
Antara khasiat Black Garlic ialah, ia dikatakan boleh membuang angin dalam badan, mengawal kolesterol, tekanan darah, gula, menghaluskan kulit dan banyak lagi.
Untuk menikmatinya, hanya kupas kulit dan makan begitu sahaja. Untuk tujuan perubatan, makan 2 siung Black Garlic 3 kali sehari. Untuk menjaga stamina, makan 3 biji sehari. Pastikan minum air dengan banyak kerana Black Garlic boleh panaskan badan.)
Cuti sekolah ni waktu terbaik nak buat kenduri kendara. Tak kisahlah majlis doa selamat ke, majlis berkhatan ke atau majlis apa pun, lauk kenduri yang sedap pasti jadi bualan.
Orang belah Utara memang terkenal dengan sajian menggunakan rempah ratus yang melazatkan juadah. Ni resepi dari Che Nuri Azmi ,Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatan resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara yang juga resipi warisan keluarganya.
Jom salin…
1. KURMA AYAM & TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
5 kg ayam
30 biji telur ayam
3 liter santan
6 biji kentang | belah empat
6 biji bawang | besar belah empat
6 biji tomato | belah 4
12 sudu makan rempah kurma
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak sapi
1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS :
5 batang kulit kayu manis
10 kuntum bunga lawang
15 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
20 ulas bawang merah
2 biji bawang putih
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
10sm halia
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak bersama minyak sapi dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan. 2. Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. 3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata. 4. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak. 5. Masukkan ayam dan ubi kentang. 6. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut. 7. Masukkan santan dan biarkan mereneh atas api sederhana. 8. Masukkan telur rebus, hirisan bawang dan tomato. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Selepas dua minit, tutup api. 10. Kurma ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cucuk telur dengan garpu supaya kuah lebih mudah menyerap ke dalam telur. ………….. Saiz hidangan: 60 orang Masa memasak:1 jam Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Lauk pauk Keistimewaan :Enak, tidak pedas dan kaya dengan aroma rempah ratus
2. PAJERI NANAS UTARA:
BAHAN-BAHAN:
5 biji nanas | buang kulit dan hiris bulat, celur dan tos
2 liter santan
10 sudu makan remah kari
5 sudu makan kerisik
5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
9sm halia muda
30 ulas bawang merah
2 biji bawang putih
5 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis rempah penumis bersama daun kari hingga wangi. 2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga kekuningan, masukkan pula rempah kari. 3. Kacau rata, selepas timbul minyak santan dan nanas, biarkan kuah mereneh seketika. 4. Masukkan kerisik, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Biarkan kuah mereneh atas api perlahan hingga pekat dan timbul minyak. 6. Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika nanas muda dan masam, semasa celur, tambahkan sedikit gula dan garam. Kemudian tos sebelum dimasak untuk pajeri. …………… Saiz hidangan: 50 orang. Masa memasak:45 minit. Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Sayur. Keistimewaan Enak dengan rasa masam manis dan kaya dengan aroma rempah ratus.
3. BATANG KELADI ASAM REBUS:
BAHAN-BAHAN:
20 pokok batang keladi | buang kulit arid an potong 3-4 cm
6-8 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
20 ulas bawang merah
8cm kunyit hidup
1/2 cawan ikan bilis
10 ulas bawang putih
10 biji cili merah
20 biji cili padi
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air dalam periuk, kemudian renehkannya. 2. Celurkan batang keladi 2-3 minit kemudian bilas di bawah air paip mengalir supaya lender dan rasa gatalnya gilang. Ketepikan dan tos. 3. Kemudian masukkan semula dalam periuk tambah air secukupnya dan masukkan bahan kisar serta asam gelugor. 4. Renehkan di atas dapur hingga mendidih, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Setelah batang keladi masak dan cukup rasa. Tutup api. 6. Batang keladi sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika suka, anda boleh gunakan cili kering mengantikan cili merah. Boleh juga tambah daun kesum dan bunga kantan jika suka. ………….. Saiz hidangan: 40 orang. Masa memasak:30 minit . Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Sayur. Keistimewaan: Enak dengan rasa kuah masam pedas dan batang keladi yang lembut.
4. DAGING GORENG KUNYIT LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
5 kg daging | rebus
20 batang kacang panjang | potong 3-4cm
10 biji kentang | potong memanjang
5 tangkai cili merah | hiris
4 biji bawang besar hiris
4 sudu makan lada hitam | tumbuk kasar
5 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 biji bawang besar
20 ulas bawang putih
9cm halia muda
CARA MEMASAK: 1. Daging yang direbus, dihiris nipis. 2. Gaul daging hirisan daging dengan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan. 3. Panaskan, goreng kentang, angkat dan ketepikan. 4. Kemudian goreng daging (jangan terlalu garing) angkat dan tos. 4. Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis. 5. Tumis bahan kisar hingga wangi,, masukkan daging bersama kacang dan hirisan cili. 6. Seterusnya , masukkan sos tiram, lada hitam, garam dan gula secukup rasa. 7. Setelah cukup rasa, angkat sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambahkan hirisan cili padi untuk rasa lebih pedas. ………….. Saiz hidangan: 50 orang. Masa memasak:1 jam. Cara memasak : Rebus dan tumis. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Garing dan sedap.
5. MASAK LEMAK PUCUK MANIS BERSAMA LABU
BAHAN-BAHAN:
5 ikat pucuk manis | ambil daun muda dan pucuk saja
2 biji labu | lebih kurang 3-4 kilo
3 liter santan
1 liter air
1 cawan ikan bilis
20 biji bawang merah | hiris
20 ulas bawang putih | hiris
CARA MEMASAK: 1. Labu buang kulit dan biji, kemudian potong dadu. 2. Masukkan dalam periuk dan rebus dengan 1 liter air. 3. Apabila labih hampir empuk, masukkan ikan bilis, hirisan bawang merah dan putih. 4. Seterusnya masukkan santan dan daun puncuk manis, biarkan hingga mendidih. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 6. Tutup api, gulai labu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain pucuk manis, boleh juga guna pucuk turi dan bayam. …………. Saiz hidangan: 40 orang. Masa memasak:30 minit. Cara memasak : Reneh. Jenis masakan :Sayur. Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.
Terima kasih : RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Kimchi merupakan makanan tradisi rakyat Korea yang dihasilkan daripada sayur kubis yang dijadikan jeruk dengan bahan ramuan pedas. Selain dimakan begitu sahaja, kimchi juga menjadi pelengkap kepada hidangan nasi goreng, sup kimchi dan mi segera.
Semestinya kimchi mempunyai kombinasi rasa masam, masin, manis dan pedasnya. Namun, adakalanya yang kita beli tidak begitu menepati selera. Terkadang, kimchi yang dibeli terlalu masam dan masin serta kuat rasa jeruknya.
Namun, berbeza dengan kimchi air tangan ibu kepada pemilik akaun Facebook Aisyah Humaira ini iaitu Rohani bt Che Yahya. Menurutnya, kimchi air tangan ibunya paling sedap dan kena dengan seleranya. Rangup, segar dan pedas. Cukup sempurna rasa masam, masin, dan manisnya. Serta sedikit rasa berlemak daripada serbuk cili. Disebabkan itu, beliau sudi berkongsi resipi air tangan ibunya kepada semua. Jom kita cuba buat.
Cuci kubis hingga bersih. Hiris ikut saiz disukai dan tabur garam kasar pada setiap helaian kubis.
Perap 1jam. Setelah siap perap, bilas kubis dengan air sambil tekan-tekan dan buang air masin daripada kubis.
Toskan dan tekan-tekan lagi supaya kering air pada kubis. (Jika air banyak, kimchi akan jadi terlalu berkuah)
Dalam bekas besar, masukkan semua bahan pes dan bahan kisar lalu kacau sebati. Cuba rasa sedikit, pes kimchi mesti rasa pedas-pedas, manis, masin dan masam.
Masukkan kubis dalam bekas berisi pes tadi bersama semua bahan sayur di atas dan ratakan pes pada keseluruhan sayur.
Siap. Enak makan yang baru siap. Terasa rangupnya dan boleh jerukkan dengan perap simpan di dalam peti.