Bosan pula makan nasi biasa. Apa kata ubah selera dengan nasi marjerin. Nasi jadi lembut dan wangi aromanya. Dipadu pula dengan ayam panggang memang sesuai dan menyelerakan. Boleh buat untuk makan malam mahupun makan tengah hari. Nah.. Ni resepinya
Cara menyediakan dan memasak👇
Basuh Beras. Toskan.
Cairkan marjerin dalam periuk nasi.
Goreng bawang hingga terbit bau.
Masukkan beras.
Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis.
Kacau sehingga sebati.
Ayam Panggang
Ads
Bahan👇
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah
Cara-caranya👇
Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk,tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.
Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang(✌️sy pilih grill)
Sambal Nasi Ayam👇
Bahan👇
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Cara-caranya👇
Blender semua bahan.
Masukkan air rebusan tadi.
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.siap!!
Ads
Kuah Kicap Nasi Ayam👇
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara Penyediaan Kuah Kicap:
Kuah kicap nasi ayam ni simple sahaja.
Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.
Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung.
Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap.
Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.
Sup Ayam👇
Ads
Bahan sup👇
air rebusan ayam
lada sulah
daun sup
garam secukup rasa
Cara buat sup
Panaskan air rebusan ayam, tambahkan air jika terlalu pekat.
Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Taburkan daun sup diatasnya.
Sedapnya Ayam Masak Kicap Bercili, resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Lauk yang cukup ringkas dan cepat disediakan. Ia adalah menu yang boleh disediakan pada bila-bila masa. Pagi, tengahari dan malam. Tidak kira waktu. Anak-anak pun suka bila lauk kicap begini. Jadi bagi anda yang teringin nak makan, cubalah resipi ni. Sangat sedap. Jom cuba!
RESEPI AYAM MASAK KICAP BERCILI PALING SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam – potong ikut suka
Garam & serbuk kunyit secukupnya
2- 3 kuntum bunga lawang – beli online disini
1 batang kulit kayu manis – beli online disini
1/2 cawan air asam jawa @ 1 keping asam gelugur
Sedikit kicap manis – beli online disini
2 cawan air
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 batang serai – diketuk (jika ada)
1 1/2 senduk minyak masak
Sedikit bahan perasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4- 5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh jintan manis
15 tangkai cili kering
BAHAN HIASAN:
1 biji bawang besar – potong bulat
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan masukkan kayu manis dan bunga lawang.
3. Tumis bahan kisar dan serai hingga garing dan wangi.
4. Seterusnya masukkan kicap, gula dan air asam jawa atau asam keping. Tambahkan juga perasa.
5. Bila sudah betul-betul naik minyak, masukkan ayam yang telah digoreng dan air.
6. Bila kuah mula kering, masukkan pula hirisan bawang dan cili padi.
7. Sesuaikan rasa. Jika kurang masin, tambah sedikit kicap masin.
8. Ayam Masak Kicap Bercili sedia untuk dihidang.
Masakan Thai sememangnya terkenal di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Gabungan rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Jika anda penggemar masakan Thai,ini RASA kongsikan lima jenis masakan Thai berasaskan ayam yang confirm sedap.
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
250ml santan pekat
250ml air
6 biji terung kampung | belah dua
1 biji bawang besar | kisar
4 biji bawang putih | kisar
3cm lengkuas | hiris dan kisar
3cm kunyit | hiris dan kisar
6 tangkai cili padi hijau | kisar
2 batang serai | hiris halus dan kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 helai daun limau purut | carik
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya.
Kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat.
Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api.
Siap untuk dihidangkan.
SALAD AYAM THAI
BAHAN-BAHAN:
2 ketul isi dada ayam
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh sos Thai
300gm daun kubis | hiris halus
2 batang lobak merah | hiris halus
1 batang timun | hiris halus
3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
250gm kacang tanah goreng
1 biji cili merah | potong halus
4 biji cili padi |potong halus
1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
2 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar |potong kasar
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan mentega kacang
3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jusnya
3 sudu teh cuka
4 sudu teh gula pasir
4 biji bawang putih | cincang
2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit.
Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati.
Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan.
AYAM HALIA THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
5cm halia |hiris halus dan memanjang
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
4 biji cili padi | hiris
1 tangkai cili merah | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh cuka atau secukup rasa
60ml air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi.
Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.
Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar.
Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
AYAM PANDANTHAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
4 biji bawang putih | kisar halus
1 biji bawang besar | kisar halus
3cm halia | kisar halus
3cm lengkuas | kisar halus
6 tangkai cili padi | kisar halus
2 batang serai dihiris halus | kisar halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
AYAM KARI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 4-6 ketul
1 biji bawang besar | dikisar
4 biji bawang putih | dikisar
6 tangkai cili padi hijau | dikisar
4 pokok daun ketumbar | potong kecil serta kisar bersama akarnya
4 helai daun limau purut | dihiris halus serta dikisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kari ayam
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 keping asam gelugur
125ml santan pekat
250ml air
1 biji tomato | belah enam
1 biji bawang besar | belah empat
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali tumiskan bahan yang telah dikisar bersama serbuk jintan manis, serbuk kari ayam, serbuk pati ayam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak.
Masukkan santan pekat, masak selama 5-6 minit atau sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air kacau sebentar.
Biarkan sehingga air mendidih atau sehingga kuah agak memekat.
Setelah itu masukkan tomato yang telah dihiris dan bawang besar yang telah dibelah empat.
Masaklah sehingga tomato dan bawang agak lembut.
Tutupkan api. Kari hijau ayam sedia untuk dihidangkan.
Buat anda yang menjaga diet, masak secara kukus adalah digalakkan. Hari ini teringin nak menikmati ayam kampung kukus. Letakkan rempah ratus bagi pasti berselera makan nanti. Bau aroma halia dan daun ketumbar menambah perisa pada ayam yang dikukus.
AYAM KAMPUNG KUKUS Bahan-bahan:
1-2 ekor ayam kampung (biasanya saiz ayam kampung kecil, sekitar 500-600gram seekor)
1 inci halia – hiris halus
6 ulas bawang putih – hiris
2-3 batang akar pokok ketumbar – ketuk sedikit
1 sudu makan sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun ketumbar
Cara membuat:
1. Ayam dibersihkan tapi tak perlu dipotong.
2. Lumurkan sos ikan, hirisan halia, hirisan bawang putih, akar pokok ketumbar, garam (sedikit saja sebab sos ikan dah masin) dan lada sulah secukupnya. Gaul rata dan perap setengah jam atau lebih.
3. Kukus ayam hingga masak/empuk.
4. Tabur cincangan daun ketumbar dan hidangkan panas.
*Boleh makan begitu saja atau dihidangkan dengan sambal kicap, sambal cili atau jeruk cili/bawang.