Buat anda yang menjaga diet, masak secara kukus adalah digalakkan. Hari ini teringin nak menikmati ayam kampung kukus. Letakkan rempah ratus bagi pasti berselera makan nanti. Bau aroma halia dan daun ketumbar menambah perisa pada ayam yang dikukus.
AYAM KAMPUNG KUKUS Bahan-bahan:
1-2 ekor ayam kampung (biasanya saiz ayam kampung kecil, sekitar 500-600gram seekor)
1 inci halia – hiris halus
6 ulas bawang putih – hiris
2-3 batang akar pokok ketumbar – ketuk sedikit
1 sudu makan sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun ketumbar
Cara membuat:
1. Ayam dibersihkan tapi tak perlu dipotong.
2. Lumurkan sos ikan, hirisan halia, hirisan bawang putih, akar pokok ketumbar, garam (sedikit saja sebab sos ikan dah masin) dan lada sulah secukupnya. Gaul rata dan perap setengah jam atau lebih.
3. Kukus ayam hingga masak/empuk.
4. Tabur cincangan daun ketumbar dan hidangkan panas.
*Boleh makan begitu saja atau dihidangkan dengan sambal kicap, sambal cili atau jeruk cili/bawang.
Setiap orang mempunyai minat yang berbeza-beza. Bagi yang suka memasak, sekali rasa masakan tersebut dia sudah tahu apa bahan-bahan atau ramuan yang ada dalam sesuatu masakan itu. Dengan teknologi masa kini, minat memasak ini dikongsi bersama di media sosial dan menjadi tontonan ramai peminat.
Buat Norazila Saim, 45 tahun, seorang surirumah sepenuh masa mula berjinak-jinak dengan media sosial setelah membuka akaun instagram pada 2016.Pada awalnya hanya ingin memuat naik gambar keluarga dan aktiviti harian sahaja, tiada niat untuk kongsi resipi dan gambar-gambar masakan.
Namun lama-kelamaan lebih cenderung memuat naik gambar masakan.Bagi menghasilkan gambar masakan yang menarik, Zila menggunakan kamera dslr untuk hasil yang memuaskan. Gambar masakan keseluruhannya menggunakan gajet ini agar gambar lebih jelas dan menarik.
“Bila rakan-rakan dan keluarga suka, dari situlah saya terus bersemangat dan aktif update resipi dan gambar-gambar setiap hari di instagram,” ujarnya.
Tambahnya lagi, minat memasak timbul sejak berusia 12 tahun.Semasa itu ibunya bekerja,jadi Zila banyak mengambil alih tugas ibu dengan membantu menyediakan hidagan untuk keluarga di rumah. Bermula dengan masakan yang mudah-mudah sahaja. Seingatnya menu pertama yang dipelajarinya dari ibu ialah ikan masak singgang sebab itulah resipi yang paling senang dan cepat siap,tapi sedap.
“Saya lebih cenderung pada hidangan kampung dan masakan ala pakistan memandangkan suami dan anak lebih gemar masakan begitu,”akuinya.Masakan yang menjadi kegemaran keluarga biasanya yang berasaskan daging. Menu yang paling digemari keluarga ialah daging masak lada hitam dan rendang daging.
Zila akui masakan dari air tangan sendiri penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dari hidangan harian yang kita sajikan pada keluarga ada keistimewaan tersendiri.Selepas memasak kita sajikan hidangan di atas meja. Kemudian dinikmati bersama-sama.
Ianya satu momen yang indah dan akan dikenangoleh anak-anak sehingga besar. “ Di meja makanlah kami bercerita tentang aktiviti harian masing-masing. Keikhlasan memasak untuk keluarga itu pasti mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan,”akhiri Zila.
Buat follower @zila_norazila, boleh cuba resipi yang dikongsi olehnya. Sesuai untuk hidangan sekeluarga .
Pais Ikan Senangin Bahan-bahan:
3 ekor ikan senangin
4 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia dan kunyit hidup
3 batang serai
3 sudu santan kotak
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
3 helai daun limau purut | hiris halus
sedikit serbuk kari
Sedikit daun kari
Cara memasak:
1. Kisar kesemua bahan kecuali daun kari.
2. Gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam, letak sedikit pati ayam.
3. Masukkan ikan dan gaul sebati.
4. Sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus, pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi.
5. Panggang atas api sehingga masak.
Sticky Caramel Chicken Wings Bahan-bahan
12 keping kepak ayam | belah dua
2 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang putih | diketuk/tumbuk
1 sudu makan halia | dicincang/tumbuk
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan kicap
1 sudu makan sos cili
1/4 cawan madu atau 30ml sugar zero syrup
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings. Kacau dan goreng selama 5 minit.
3. Masukkan semua sos dan madu. Kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak masak dan kekuningan- bersalut dengan
4. Sedia dihidang.
Bahan-bahan:
2 ekor ketam | bersih dan tos
1 batang serai | dihiris halus
5 helai daun limau purut | dikoyak sedikit
2 pokok daun ketumbar | dihiris
10 biji cili padi | dihiris
1 biji bawang besar | didadu keci
2 ulas bawang putih | didadu kecil
3cm halia muda | hiris halus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
2 sudu makan pes cili thai
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air
Cara memasak:
1. Goreng ketam dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dihiris dan didadu.
3. Kemudian masukkan pes cili,sos tiram dan pes cili thai.
4. Kacau rata,masak sehingga sedikit garing.Tambahkan sedikit air.
5. Masukkan ketam,kacau sehingga rata dan perasakan dengan gula dan garam. 6. Sedia dihidang.
Phad Kra Phao Bahan-bahan:
200gm ayam | cincang kecil
4 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap
1 sudu teh gula
Daun selasih secukupnya
Bahan tumbuk kasar
4 ulas bawang putih
8 biji cili thai merah kecil
Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
2. Masukkan ayam, gaul rata. Masak hingga ayam lembut dan masak sempurna.
3. Tambah sos tiram, kicap, gula, sos ikan.
4. Kacau rata. Akhir sekali masukkan daun basil/selasih tutup api.
5. Tambahkan sedikat garam jika perlu.
Bahan-bahan:
1 biji nenas | potong bulat dan celur
2 cawan santan pekat
1cm halia | tumbuk
5 ulas bawang merah | tumbuk
2 ulas bawang putih | tumbuk
2 sudu makan udang kering | tumbuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula merah/putih
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan biji sawi
1 sudu makan cili kisar
Sedikit garam
Asam jawa secukupnya
Bahan tumis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudu makan rempah kari ikan | bancuh bersama air
Cara memasak:
1. Panaskan minyak.Tumis bahan tumbuk serta bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan kerisik dan nenas kacau rata.Masuk santan,garam dan gula.
3. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
4. Kemudian masukkan nenas .Tambahkan sedikit air.Biarkan nenas masak sempurna.Sedia dihidang.
Resipi: Norazila Saim
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menggunakan bahan-bahan perapan yang sangat simple tapi menaikkan rasa sedap ayam. Jika ingin rasa lebih pedas boleh tambahkan chilli flakes atau cayenne pepper. Enak makan bersama kentang putar dan gravy blackpaper.
Tak tahu nak masak apa hari ini? Kalau mahukan sajian yang ringkas, mudah tapi sedap, bolehlah cuba masak Ayam Masak Kunyit Halia. Menu yang mungkin nampak biasa-biasa tapi bila makan, boleh bertambah-tambah nasi. Kena pula dengan nasi panas-panas dan sambal belacan, lagilah ‘terangkat’ habis. Mari kita cuba resipi Ayam Masak Kunyit Halia yang dikongsikan oleh Habeebah Md Daud. Nak tukar ayam dengan daging pun boleh.
RESIPI AYAM MASAK KUNYIT HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 sudu kecil secukup rasa Maggi 1 sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil garam – BELI ONLINE 1 senduk/2 sudu besar cili boh 1 ibu jari halia (hiris) – BELI ONLINE 1 keping asam keping – BELI ONLINE 1/2 cawan minyak masak – BELI ONLINE Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN:
Bawang besar dan cili merah (dihiris)
CARA MEMBUAT:
1. 1/2 ekor ayam potong kecil-kecil, bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan hiasan. Jangan lupa, masukkan air dalam 1 1/2 cawan (bagi ayam separa tenggelam) untuk rebuskan dengan bahan-bahan.
3. Rebuskan ayam dalam 10-15 minit sehingga air rebusan ayam kering, api perlahankan.
4. Perasakan ikut cara masing-masing. Nak lebihkan gula dan garam, ikut suka.
5. Hiris bahan hiasan. Sediakan 1/2 cawan minyak masak.
6. Masukkan minyak masak, api perlahan. Masak dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering.
7. Akhir sekali masukkan bawang serta cili. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.