Resipi Nasi Goreng Ikan Masin perkongsian saudari Har Ryea ni sangat ringkas sahaja namun rasanya sangat sedap dan membuka selera. Biasanya menu begini dibeli di kedai-kedai makan Thailand. Tapi sebenarnya mudah sahaja andai masak sendiri di rumah. Lebih jimat dan tentunya terjamin dari segi kebersihan. Terasa nak cuba resipi ni? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hijau sampai sedikit layu dan naik bau. 2. Masukkan fishball. Goreng sekejap. 3. Ketepikan bahan-bahan tumis tadi di sisi kuali, goreng ikan masin jeruk. Jangan goreng lama sangat kerana ikan masin jeruk mudah hancur. 4. Pecah-pecahkan sikit ikan masin kemudian masukkan telur. 5. Kecilkan api sedikit untuk biarkan telur masak. Kemudian pecah-pecahkan telur tadi. 6. Masukkan nasi dan gaul rata. 7. Kemudian masukkan sedikit sos ikan dan lada sulah. Kacau rata. 8. Rasa nasi untuk tengok jika perlu tambah garam atau ajinomoto kerana ikan masin sudah memberikan rasa pada nasi. Jika tidak perlu, abaikan. Ubah suai ikut selera masing-masing. 9. Kacau sampai nasi goreng berwap. Nasi Goreng Ikan Masin sedia untuk dinikmati.
Resipi nasi ayam ekspres ini amatlah mudah, balik daripada kerja lewat petang pun masih sempat buat.
Jika ada tetamu datang beraya mengejut pun tiada masalah untuk menyediakannya. Tak sampai sejam dah pun siap.
Resipi nasi ayam ekspres
Bahan untuk ayam
1/2 ekor ayam- dipotong
Bawang putih
Halia
Daun sup – dihiris
Bawang merah -dihiris
Kicap manis
Sos tiram
Bahan untuk nasi ayam
3 pot beras biasa
Rempah 3 sekawan
3 sudu mentega
Pes bawang putih dan halia
2 sudu pati oren Sunquick
Bahan untuk sos cili
7 biji cili besar
4 biji cili padi hijau
Cuka
Gula
Garam
Serbuk perasa
1 biji tomato
2 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Cara membuat ayam
Masukkan air secukupnya dalam periuk dan biar mendidih (pastikan mencukupi untuk buat sup & cili). Tumbuk atau kisar bawang putih dan hali kemudian masukkan dalam periuk.
Masukkan daun sup, bawang merah dan ayam. Masak lebih kurang 10 minit hingga ayam masak.
Kemudian keluarkan ayam dan tos. Gaulkan ayam dengan kicap manis dan sos tiram. Perap seketika (kicap perapan ini jangan dibuang selepas ayam digoreng).
Panaskan minyak kemudian goreng ayam selama 2-3 minit. perlu lama kerana ayam sudahpun direbus.
Ambil kicap perapan lalu panaskan di atas kuali hingga pekat. Kemudian tuang atas ayam tadi.
Cara menyediakan nasi ayam
Beras dibasuh dan ditos. Tuangkan air secukupnya. Ketepikan seketika.
Dalam kuali panaskan mentega dan tumis pes halia dan bawang putih sampai pecah minyak.
Kemudian masuk tumisan dalam periuk nasi, gaul sebati dengan beras dan masak nasi seperti biasa.
Selepas nasi masak (keep warm) tuang pati oren kemudian gaul sebati. Tutup nasi dan biarkan nasi masak seperti biasa.
Penyediaan sos cili
Kisar semua bahan sos cili dan masak di atas api sehingga pekat. Siap.
Hidangkan nasi ayam bersama ayam yang digoreng, sos cili, salad serta timun dan sup ayam.
Nasi goreng yang enak tidak semestinya guna bahan-bahan yang mahal. Hanya dengan guna bahan ringkas je pun, tetap boleh hasilkan nasi goreng yang terbaik. Salah satu yang boleh dicuba ialah Nasi Goreng Ikan Masin. Fuhhh..Mantap! Nak lagi sedap? Tambah sikit aneka seafood. Memang laju makan weh.
NASI GORENG IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
175gm nasi putih ( anggaran 1 mangkuk penuh)
2 biji bawang putih } ketuk
4 biji cili padi
1 sudu ikan masin }ditumbuk halus
1 biji telur
100gm isi ayam }potong nipis
100gm udang }bersihkan
100gm sotong }hiris nipis
50gm kailan }potong
1 biji cili merah }potong
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili padi dan ikan masin.
Masukkan telur, garam, isi ayam, sotong, udang, kalian dan cili merah.
Masukkan nasi gaul hingga rata.
Sedia dihidangkan bersama salad dan timun berserta sup.
Info chef: Ikan masin ditumbuk halus agar ia sekata bila dimasukkan ke dalam nasi goreng.
Kalau teringin nak makan nasi beriani, jom kita cuba buat sendiri di rumah. Tak perlu beli lagi di kedai. Harga di kedai pun agak mahal. Buat sendiri di rumah lebih puas hati. Jom kita cuba resipi perkongsian Hidayati Hana ini.
RESIPI NASI BERIANI SEMPOI
BAHAN-BAHAN NASI BERIANI
4 cawan beras basmathi (rendam dlu setengah jam)
3 sudu besar rempah beriani faiza
Rempah 3 sekawan
1/2 cawan susu cair
Sedikit minyak sapi/mentega
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris)
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Air secukupnya
Kismis
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak sapi, tumiskn bawang dan halia hingga layu.
Masukkan 3 sekawan, daun pandan dan rempah beriani.
Masukkan susu cair dan air secukupnya.
Masukkan garam dan kiub pati ayam.
Bila dah menggelegak, tutup api dan curah atas beras dalam periuk nasi tadi.
Biarkan masak. Bila dah kering titikkan pewarna kuning sikit dan taburkan kismis.
BAHAN AYAM MASAK MERAH:
1/2 ekor ayam – digoreng dulu
2 cawan cili kering kisar
1 inci halia *
2 biji bwg besar *
4 ulas bwg putih *
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
Garam dan gula
Bawang goreng secukupnya
Kismis
CARA PENYEDIAAN:
Goreng ayam terlebih dahulu.
Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang bertanda *.
Bila dah garing, masukkan cili kisar.
Kacau sebati hingga garing dan naik minyak, kemudian masukkn sos cili dan sos tiram.
Masukkan pula secawan air.
Masukkan garam dan gula.
Bila dah mendidih, masukkan ayam tadi.
Taburkan dengan kismis dan bawang goreng.
Hiaskan dengan daun bawang.
*Ayam masak merah saya tak guna tomato puri sebab anak-anak tak suka rasa masam. Kalau anda nak letak boleh je.
BAHAN KURMA TELUR & KENTANG
5 biji telur – rebus dahulu
2 biji kentang – dipotong 4
1 bawang bawang besar *
3 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
3 sekawan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 paket rempah kurma
1 cawan santan kotak
1 cawan air
Cili hijau
Garam
CARA PENYEDIAAN:
Telur direbus dahulu dan ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak, masukkan 3 sekawan dan bahan yang telah dikisar.
Bila dah garing, masukkan rempah kurma dan serbuk kunyit.
Tumis hingga naik minyak dan masukkn telur dan kentang.
Biarkan seketika, kemudian masukkan santan dan air.
Perasakan dengan garam.
Bila kentang dah empuk, masukkan cili hijau dan taburkan bawang goreng dan tomato ceri jika suka.