Kadang-kadang bila nak memikir idea tentang dessert atau makan petang ni, boleh pecah kepala.
Nah, tidak perlu nak susah-susah. Boleh buat saja menu mudah ini, Cheesekut Coklat Nestum hasil perkongsian saudari Izanizawati Ismail.
Hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah, dah tersedia hidangan makan petang yang sedap!
CHEESEKUT COKLAT NESTUM
BAHAN-BAHAN:
1 paket Cream Craker HupSeng (boleh juga guna deluxe cracker) 250gm cream cheese 1 peket Nestum original – beli online di sini 1 tin susu cair – beli online di sini 1 cawan krimer manis coklat SAJI 1/2 cawan gula kastor (lebihkan jika suka manis) – beli online di sini 5 sudu besar serbuk koko 1 sudu kecil esen vanilla
IKLAN
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA-CARA:
1. Pukul cream cheese, krimer manis coklat SAJI, gula castor dan esen vanila hingga kembang. 2. Masukkan 3 sudu besar serbuk koko yang diayak terlebih dahulu dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan 3 sudu besar susu cair dan kacau guna spatula (susu cair dimasukkan kerana adunan cream cheese sedikit kental kerana ditambah serbuk koko. Lebihkan susu cair jika suka cheese meleleh-leleh)
4. Panaskan susu cair dan tambah 2 sudu besar serbuk koko (supaya serbuk koko senang larut). Tapis jika perlu dan sejukkan sebentar.
5. Tuangkan susu cair tadi dalam bekas supaya senang untuk dicelup. Celup biskut satu persatu dan susun dalam loyang. Sudukan 4 sudu besar cream cheese dan ratakan. Taburkan nestum secukupnya. Ulang langkah hingga habis.
6. Sejukkan dalam peti ais semalaman sebelum dipotong.
1. Satukan semua bahan kecuali tepung, minyak dan susu cair. 2. Mixer bahan tadi sampai jadi putih gebu. 3. Kemudian, baru tuang susu cair dan minyak. Mixer hingga sebati, kemudian baru tuang tepung.
Hidangan Nasi Ayam Penyet sememangnya menjadi kegemaran ramai. Set nasi putih, tempe, tauhu dan ulam-ulaman, yang dimakan bersama ayam goreng yang garing serta sambal yang power memang membuka selera. Nak cuba? Jom tengok resipi perkongsian saudari Mashitah Mas ni. Nampak sedap dan membuka selera.
RESIPI NASI AYAM PENYET
BAHAN AYAM PENYET:
1 ekor ayam bersaiz kecil
4 biji bawang merah – kisar
Sedikit halia – kisar
Sedikit lengkuas – kisar
Sedikit kunyit – kisar
1-2 batang serai – diketuk
2-3 helai daun salam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
BAHAN SALUTAN TEPUNG:
1 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh jintan manis – ditumbuk
1 sudu teh jintan putih – ditumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Kiub pati ayam secukupnya
Sedikit lada hitam tumbuk
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Kisar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit lengkuas dan sedikit kunyit. 2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam. 3. Bila dah wangi, masukkan ayam dan tuang air hingga ayam tenggelam. 4. Masukkan garam dan kiub pati ayam. Biar hingga ayam masak sepenuhnya. Angkat dan toskan air hingga kering. 5. Untuk menyediakan bancuhan tepung, satukan semua bahan dan kacau sebati. 6. Tuangkan air dan kacau bancuhan biar mendapat tekstur seperti santan pekat. 7. Ambil ayam yang telah ditoskan tadi, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.
8. Bila dah masak, angkat dan lenyekkan menggunakan lesung. 9. Celupkan juga tauhu dan tempe yang telah dipotong. Goreng hingga garing. 10. Hidangkan ayam penyet bersama nasi putih panas, tempe, tauhu yang digoreng, kubis, kacang panjang dan sambal ayam penyet. Sedia untuk dihidangkan.
RESIPI SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Bawang merah
Cili padi
Cili merah
Tomato
Belacan bakar
Gula dan garam secukupnya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit gula melaka
CARA MEMASAK: 1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. 2. Seterusnya goreng bawang merah hingga layu. Guna minyak sederhana sahaja dan jangan terlalu banyak. 3. Masukkan cili padi dan cili merah yang telah dipatah dua. Masukkan juga tomato yang telah dipotong empat. Masak sampai tomato layu. Angkat. 4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi dan juga belacan ke dalam blender. Tuang juga minyak gorengan tadi. Kisar sekejap sahaja (kisar kasar). 5. Tuang kembali bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa. Tambahkan juga sedikit gula melaka. Masak hingga pecah minyak.
6. Angkat dan hidangkan bersama ayam dan nasi.
INFO: Jumlah bahan sambal hanya perlu agak-agak ikut citarasa.
Korang mesti teruja dengan nikmat Kek batik indulgence ni. Tengok pun dah terliur. Bukan itu saja ,lembut dan tak keras. Nak dapatkan hasil yang cantik pula ada tipnya.Bayangkan makan sambil pejam mata tanda sungguh nikmat. Follow langkah yang dikongsi oleh Ariana Sofia Ahmad pasti hasilnya buat korang puas hati.
Kek Batik Indulgence
Bahan- bahan kek batik 450gm biskut marie (patah2kan) -BELI ONLINE DI SINI 250g butter – 1 cawan milo (110g) – BELI ONLINE DI SINI 3/4 cawan susu pekat manis(190ml@250g) 1/2 cawan serbuk koko(50g) – BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan air masak(60ml@50g) 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan lapisan Cream Cheese 250gm cream cheese 150ml whipping cream ( Anchor) 1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml) -dikacau sebati 3 sudu besar gula custor – BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar susu pekat 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan lapisan coklat 300gm milk compound coins (beryls)- BELI ONLINE DI SINI 150ml whipping cream (Anchor) 1 sudu besar butter Double boil semua bahan topping dan kacau sebati.
Double boil ada 3 cara 1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter. 2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati. 3. Ambil air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas)
* Nak guna dark compound pun boleh.
Cara membuat: 1. Mula-mula kena patahkan biskut marie. Sekeping biskut patahkan empat. Buat yang ni dulu sebab nanti bila coklat dah masak, boleh masukkan terus.
2. Dalam kuali, cairkan butter. Guna api perlahan supaya butter tak hangit.
4. Dah sebati masukkan milo, serbuk koko dan esen vanila. Kacau laju supaya tak berketul.
5. Dah sebati masukkan air masak. Kacau sebati dan terus tutup api. Jangan tunggu mendidih.
6. Masukkan biskut marie dan kacau sebati.
7. Pastikan semua tersalut.
8. Lapik loyang 9″ dengan baking paper. Pastikan baking paper tinggi dari loyang. Ariana guna loyang yang boleh buka kat bawah, senang nak tolak nanti. Ratakan kek ke dalam loyang. Tekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais. Nak cepat keras boleh letak kat freezer.
9. Sebelum buat lapisan cheese. Buat dulu air gelatin. Serbuk gelatin dicampur dengan air panas. Kacau sebati dan ketepikan. Beli yang halal. Ada jual di kedai bahan bakery.
10. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula, susu pekat manis dan esen vanila. Mix sehingga sebati dan licin. Pastikan tidak berketul.
11. Masukkan air gelatin dan gaul sehingga sebati.
12. Adunan ni memang nampak cair tapi jangan risau. Gelatin fungsinya untuk memejalkan cheese .
13. Tuang cheese ke tengah-tengah kek supaya cheese rata ke tepi. Masukkan semula dalam peti ais 2-3 jam. Nak cheese cepat pejal, letak dalam freezer
14. Untuk double boil coklat, ariana guna tip yang pertama. Panaskan whipping cream.
15. Tuang whipping cream yang panas ke dalam bekas yang ada milk compound dan butter. Kacau sehingga coklat cair.
16. Cair macam ni.
17. Tuang coklat ke tengah-tengah loyang supaya coklat rata ke tepi. Kalau tak rata, sengetkan sedikit loyang supaya coklat rata. Untuk dapatkan coklat yang licin, jangan sesekali ratakan dengan sudu. Buih kecik atas coklat, cucuk dengan lidi. Masukkan dalam peti ais semalaman @ 5-6 jam
18. Keluarkan kek dari loyang dengan letakkan cawan kat bawah. Kalau guna loyang biasa, tarik je baking paper keatas. Letak terus kek atas papan kek. Kertas baking paper boleh koyak terus bahagian tepi sementara kek masih keras.
19. Sebelum potong kek, rendam pisau panjang ke dalam air panas dalam 10 saat. Kesat dulu dengan kain@ tisu sebelum potong
20. Bahagian tepi tak perlu potong banyak. Agak-agak sahaja. Kalau untuk makan sendiri, tak potong pun xpe.
21.Yang ni dah siap potong. Kotor bahagian tepi papan lap je guna tisu. Jangan tunggu kek sejuk@ coklat dah cair baru nak potong, nanti potongan tak cantik bila coklat dah cair
22. Dah siap potong tepi. Boleh potong petak-petak pulak. Nak senang potong, tanda kat tepi kek anggaran setiap jarak. Ariana potong 7 melintang, 7 memanjang.
23. Untuk potongan petak ni, guna langkah yang sama untuk potong. Tip nak potong supaya coklat tak comot, tekan pisau kek sehingga rapat kek bawah. Walaupun keras jangan stop, nanti biskut pecah. Lepas tu tarik je pisau buat keluar. Jangan keluarkan pisau dengan cara tarik semula ke atas. Nanti coklat comot.
24. Jika masa potong nampak coklat dah cair. Masukkan semula dalam peti ais. Nanti coklat akan keras semula. Atau masa potong tu buat cepat-cepat supaya coklat tak cair.