Ni dia hidangan roti berkeju dan mentega bawang putih yang teramat sedap. Gabungan mentega bawang putih dengan keju mozarella lazat bertali memang padulah.
Boleh guna apa2 jenis roti pilihan tapi bagi Sue M. Arukin sebaik-baiknya guna sourdoughs bread (roti yang ada crust) atau jenis roti yang tak terlalu lembut. Ini adalah idea sajian pantas yang sesuai untuk sarapan dan juga makan malam atau bila-bila masa.
Kalau nak cepat , beli aja dari kedai roti dan bakeri.
PULL APART CHEESE BREAD
BAHAN-BAHAN
1 biji roti sourdough (Kalau rajin buat sendiri, kalau kurang rajin boleh je beli dari kedai roti)
1 sudu teh serbuk cayenne/paprika (jika suka pedas)
Parutan keju mozzarella secukupnya
CARA MEMBUAT :
1. Potong roti membentuk ‘diamond cut’ (rujuk gambar). Pastikan jangan potong hingga bahagian bawahnya terputus.
.
IKLAN
2. Satukan mentega, cincangan bawang putih, parsley & serbuk cayenne/paprika di dalam periuk kecil lalu cairkan.
2. Tuang (guna sudu) campuran mentega cair tadi ke celah-celah hirisan roti hingga semua bahagian terisi.
3. Sumbatkan parutan keju mozzarella dibahagian hirisan tersebut. Kemudian sapu bahagian atas roti dengan lebihan mentega cair tadi.
4. Balut roti dengan aluminium foil. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 180C untuk 20 minit.
.
5. Selepas 20 minit, buka bahagian atas pembungkus aluminium foil tadi dan bakar lagi 10 minit. Hidangkan panas-panas. Puas memakannya.
Menu kerabu sangat sesuai dipadankan dengan lauk-lauk kampung dan menjadi pembuka selera.Bahan- bahan yang digunakan ringkas dan mudah didapati.Sesekali makan menu kampung begini memang menambah nasi.
KERABU NANGKA MUDA
Bahan-bahan:
Nangka muda (direbus hingga empuk dan lembut)
5 ekor ikan kembong (dibakar dan ambil isinya)
1/2 biji kelapa parut(disangai hingga garing kekuningan,kemudian ditumbuk halus)
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam
2 batang serai(dihiris nipis)
2 batang bunga kantan (dimayang nipis)
1 kotak santan pekat
(Direneh atas api hingga mendidih supaya kerabu tahan lama)
2 biji limau nipis(diperah ambil jusnya)
5 biji cili padi( dipotong nipis)
Garam gula secukup rasa
Perasa
Cara membuat:
1.Mula-mula tumbuk lada hitam,bawang merah,serai dan putih serta ikan bakar hingga lumat.
2.Kemudian tumbuk kelapa hingga halus.
3.Mayang nipis bunga kantan,nangka yang direbus hingga lembut ditoskan.
4.Didihkan santan.
5.Kemudian satukan semua bahan.
6.Tambah garam gula dan perasa.
7.Akhir sekali masukkan santan pekat.
8.Gaulkan semua sekali bahan hingga sebati.
9.Boleh taburkan cili padi yang dipotong dan perah asam limau supaya kerabu berasa lemak,masam,pedas,cukup rasa.
10.Siap untuk dihidang.
KERABU MANGGA
Bahan-bahan:
2 biji mangga muda( disagat)
1 biji bawang Holland ( dihiris nipis)
2 batang serai( ambil bahagian dalam dihiris nipis)
2 biji cili merah besar dan 5 biji cili padi( dihiris nipis)
2 biji limau nipis( diperah dan ambil jusnya)
3 tangkai bunga kantan (dimayang)
1 biji tomato ( dihiris nipis)
Bilis goreng ( optional)
Daun ketumbar( optional)
Garam, gula, perasa
2 sudu besar sos ikan
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan no 1 hingga no. 7 di atas, gaul rata.
2.Kemudian taburkan garam gula dan perasa.
3.Taburkan bilis goreng dan daun ketumbar serta perah limau nipis.
4.Siap untuk dihidang.
KERABU JANTUNG PISANG
Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang (dipotong dan direndam air garam kemudian direbus hingga empuk. Masukkan asam keping ketika merebus)
2 cawan kelapa parut muda
3 ekor ikan selayang (dibakar atau rebus dan diambil isi)
1 genggam ikan bilis( digoreng ranggup)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 batang serai ditumbuk halus
5 biji cili padi (dihiris nipis)
1 biji limau nipis
Garam, gula secukup rasa
Perasa
3 urat kacang panjang (dipotong kecil)
Cara membuat:
1.Tumbuk lada hitam hingga lumat diikuti oleh bawang merah dan putih.
2.Ambil isi ikan dan tumbuk sekali.Ketepikan.
3.Panaskan kuali.Masukkan kelapa parut tadi.Goreng hingga airnya kering.Jangan sampai bertukar warna.
4.Kemudian ambil satu bekas atau mangkuk masukkan isi ikan yang ditumbuk bersama bawang tadi.
5.Kelapa gaul bagi rata dan sebati.
6.Kacau,kemudian masukkan jantung pisang yang direbus tadi.
7.Gaul bagi sebati.
8.Masukkan garam & gula.
9.Hidangkan dalam mangkuk.Taburkan cili padi dan perah limau nipis.
10.Siap untuk dimakan.
Kredit: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Lebihan nasi sejukni banyak gunanya. Salah satunya yang paling best ialah tosei homemade. Maklumlah, kalau nak hangatkan balik, kurang berselera. Bahkan guna bahan ni, boleh juga dijadikan nasi goreng, apam dan sebagainya. Semuanya sedap, membuka selera dan anda boleh sediakan untuk keluarga. Tak perlu dah beli di kedai. Anda boleh buat sendiri. Jom cuba resipi perkongsian saudari Norharyani Mujor Nonie ni! Sesuai sangat dinikmati sewaktu sarapan.
RESIPI TOSEI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 cawan air
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar halus.
2. Tuang sedikit bahan kisar tadi ke dalam mangkuk dan masak menggunakan kuali tak melekat ( non stick pan).
3. Setelah adunan masak, angkat dan nikmati bersama kari atau apa juga kuah kegemaran anda.
Info: Adunan tidak perlu diperam terlebih dahulu kerana ia tidak menggunakan yis sebaliknya menggunakan baking powder.
Semua orang memang suka makan ayam terutama anak-anak. Mereka jadi lebih berselera jika dihidangkan sajian ayam terutama bahagian drummet dan peha. Cuba resipi yang sangat mudah dan sedap untuk keluarga anda.
1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
10gm serbuk lada sulah
10gm garam
10gm sos tiram
250gm mentega
1 biji bawang besar | dimayang
2 biji cili besar | dihiris nipis
1 tangkai daun kari
3 sudu makan madu
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.
Taburkan di atas ayam goreng.
Akhir sekali tuangkan madu di atas gorengan ayam.
INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.
2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
10 ketul drummet | bersihkan dan toskan 10gm bawang putih | dikisar Sedikit garam dan serbuk kunyit
Bahan Sos Pedas:
50gm cili padi | dikisar
50gm cili merah | dikisar
30gm bawang merah | dikisar halus
3 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang merah | dikisar halus
Sedikit gula
Sedikit gula dan madu
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan drummet dengan bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
Tuangkan sos di atas ayam tadi.
INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.
3. AYAM KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
10ketul drumstick | dibersihkan dan tos
2sudu makan serbuk kari
Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang
2 biji cili hijau |dibelah dua
1 biji bawang besar | dihiris bulat
3 ulas bawang merah | dimayang halus
3 ulas bawang putih |dimayang halus
3cm halia muda | mayang halus
1 batang serai titik
1 tangkai daun kari
1 sudu makan air asam jawa
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.
Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.
Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.
4. AYAM GORENG NESTUM
BAHAN-BAHAN-BAHAN:
5 ketul drumstick – bersihkan dan tos
Sebiji telur
Garam secukupnya
Lada sulah
300gm serbuk nestum
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam bekas berisu drumstick.
Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflaks. Tetapi cornflaks perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.
5. AYAM LEMON
BAHAN-BAHAN:
6 ketul paha ayam
2 biji lemon
3 sudu makan madu
2 sudu teh Rosemary kering
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
3 sudu makan minyak zaitun
Garam secukup rasa
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
Bancuh minyak zaitun bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam. Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair. Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.