Sedapnya Roti Poket Doraemon perkongsian saudari Bonda Dihatiku ni. Intinya boleh dipelabagikan ikut cita rasa. Sesuai sangat dijadikan hidangan sarapan, minum petang atau makan malam. Anak-anak pasti suka. Orang dewasa pun berselera kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK ROTI POKET DORAEMON
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic ( angka genap)
1 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
2 biji telur – pukul kembang
1 paket serbuk roti
1 paket sosej – potong kecil
4-5 keping daging burger – dihancurkan
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Gelek roti hingga nipis. Lakukan satu persatu sampai habis.
2. Gunting roti jadi bentuk bulatan. Pastikan saiz setiap keping adalah sama.
3. Ambil kepingan roti, sapu bancuhan tepung disekeliling dan cantumkan dengan sekeping lagi roti. Lakukan hingga habis.
IKLAN
4. Celup roti dalam telur yang telah dipukul dan golekkan dalam serbuk roti.
5. Goreng roti satu persatu dalam minyak yang banyak dan sederhana panas hingga garing. Angkat dan tos minyak. Sejukkan sebelum dipotong.
6. Potong tengah untuk dptkan bentuk poket doremon. Ketepikan.
IKLAN
7. Goreng hotdog hingga garing. Kemudian goreng pula daging burger yang telah dicincang.
8. Campurkan hotdog dan daging. Masukkan sos cili, mayones dan serbuk lada hitam dengan secukupnya. Gaul sebati.
9. Sumbat bahan inti ke dalam poket doraemon yang telah dipotong tadi. Sedia untuk dinikmati.
Kalau perayaan India kita selalu akan di hidangkan dengan kudapan maruku. Apa kata untuk raya kali ni cuba pula resipi dari Afieza Ariffin buat kepingan jagung rasa ala maruku. Senang dan sedap kudapan untuk hidangan raya! Selamat mencuba.
Corn Chivda / Cornflakes Mixture South Indian Style
BAHAN-BAHAN:
2 Kotak NESTLE Cornflakes
250gm Buttercup
1 Sudu Serbuk Cili Babas
1 Sudu Mango Powder (Optional)
1 Sudu Teh Cumin Powder (Optional)
1 Sudu Besar Gula
1 Sudu Besar Madu
Garam
Daun Kari
Hirisan Cili Api
Gajus
Kismis
Kacang Goreng
Kacang Dhal Goreng
CARA MEMASAK:
Cairkan Buttercup
Tumis Cili Api & Daun Kari hingga wangi
Masukkan Serbuk Cili, Cumin Powder, Mango Powder, Gula & Madu
Masukkan Cornflakes & Semua jenis kekacang, kacau rata dgn api perlahan selama 15-20minit. Siap!
Ini resipi khas bagi sesiapa yang mahu masak Kari Kepala Ikan dalam kuantiti yang banyak untuk majli kenduri. Untuk mendapatkan rasa kari yang seimbang, bahan-bahan ramuan mestilah cukup dan seimbang.
KARI KEPALA IKAN SATU KAWAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg bawang besar ( 1/2kg dimayang , 1/2kg lagi dikisar)
200 gm bawang putih (100gm dimayang 100gm dikisar)
1 kilo rempah kari ikan
150 gm serbuk cili
1 kg tomato biji (1/2 dikisar , 1/2 dipotong besar)
20 tangkai daun kari
50gm halba campur
1kg minyak untuk menumis
3kg santan pekat
500gm asam jawa
20 batang serai (kalau hendak gulai tu lagi semerbak baunya)
10 kg ikan (pilihan anda contoh merah, jenahak & tenggiri)
Sayur-sayuran (contoh bendi, terung & tomato)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halba campur dan daun kari.
Bila wangi masukkan rempah kari yang dicampur air yang banyak (4 liter ) bawang dan tomato yang dikisar.
Masak hingga pecah minyak. Bila pecah minyak perlahankan api
Masukkan santan air asam, garam, sedikit gula, dan ikan. Perasa ikut citarasa anda.
Aoam antara kuih muih yang senang dibuat dan sedap, jadi untuk menikmat keenakan dan puas makan, jawabnya kena buat sendiri. Bahan yang digunakan mudah, murah dan senang membuatnya. Macam biasa resipinya dikongsikan di bawah ini. Apa penting kerajinan untuk membuatnya.
APAM GULA MERAH BAHAN-BAHAN: BAHAN BANCUHAN YIS: 1/2 cawan air suam 4sudu besar gula | kalau nak manis boleh tambah 1peket yis BAHAN LAIN: 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh perisa dan pewarna pandan 1 sudu besar gula merah Kelapa parut| putih sahaja Secubit garam Air secukupnya untuk bancuhan.
CARA MEMBUAT:
Satukan semua bahan bancuhan yis dalam bekas, kacau dan biarkan naik dan berbuih (kalau tidak naik makna yis rosak).
Masukkan tepung dalam bekas, kemudian tuangkan bancuhan yis ke dalamnya.
Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil kacau hingga mendapat bancuhan pekat seperti susu pekat manis.
Biarkan bancuhan naik 2 kali ganda.
Bahagikan kepada dua bahagian, satu perasa pandan dan satu lagi masukkan gula merah dan kacau hingga gula hancur.
Panaskan pengukus dan sapukan acuan dengan minyak masak.
Sudukan adunan gula merah dalam acuan diikuti adunan perasa pandan hingga 3/4 acuan.
Kukus selama 10 minit jika gua acuan kecil jika guna acuan besar, kukus selama 35 minit.
Setelah masak hidang dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan kukus sekejap.