Jom cuba buat Bubur Rolled Oatyang sedap ni. Ramai yang susah nak makan oat kerana rasanya yang tidak enak. Salah tu, jika masak guna resipi yang tepat, pasti anda akan menggemari rasanya. Salah satu yang boleh dicuba adalah resipi perkongsian saudari Nurhayati Nasir ni. Mudah disediakan dan rasanya tentunya enak. Jom cuba!
RESIPI BUBUR ROLLED OAT DAGING
BAHAN-BAHAN: 3 sudu makan rolled oat – beli online disini Ikan bilis goreng – beli online disini Daging secukupnya – boleh ganti dengan isi ayam/udang/bilis 1 akar pokok ketumbar 1 akar pokok sup Serbuk lada hitam secukupnya – beli online disini Emping cili secukupnya – beli online disini 4 ulas bawang putih – untuk buat bawang goreng macam makan mee celup Serbuk perasa Minyak masak secukupnya Air secukupnya Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Kupas bawang putih dan tumbuk tidak teralu kasar dan tidak terlalu halus.
Ads
2. Panaskan minyak masak guna api sederhana, masukkan bawang putih. 3. Sentiasa kacau bawang putih dan jangan biar hingga hangit. Jika hangit, rasanya akan tidak sedap. 4. Goreng bawang putih hingga keperangan dan rangup.
5, Angkat bawang putih dan asingkan minyaknya. Jika dibiarkan, walau sudah dipadamkan api, bawang tetap akan hangit. 6. Seterusnya, untuk emping cili, boleh guna minyak gorengan ikan bilis. Semasa baki minyak gorengan bilis yang masih panas, masukkan emping cili. Goreng seketika. 7. Goreng sebegini. Jangan sampai hangit.
8. Hasil emping cili goreng.
9. Dalam periuk, didihkan air dan masukkan hirisan daging. Biarkan mendidih.
10. Seterusnya masukkan rolled oat. Didihkan bersama daging hingga lembut.
11. Untuk lembutkan rolled oat ni ambik masa lama juga. Sebab tu bila makan cepat kenyang teksturnya tidak terlalu bertepung macam oat segera. 12. Masukkan akar ketumbar dan akar sup. Ia bertujuan untuk jadikan kuah sup jadi lebih sedap.
13. Perasakan dengan sedikit perisa. Jangan lebih nanti masin.
14. Bubur Rolled Oat siap dimasak dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, perah jus limau nipis untuk kombinasi rasa masam dan pedas yang sedap.
Sayur brokoli ni memang jarang ada dalam menu masakan Melayu. Brokoli ni banyak dalam sajian Barat dan Oriental.
Hidangan yang mengandungi brokoli ni memang memberikan rasa lazatnya tersendiri, tetapi yang paling mengujakan ia banyak mengandungi khasat. Ia dipercayai boleh menghindari penyakit kanser dan jantung serta banyak khasiat lain.
Bolehlah dicuba nanti.
1. ROTI BAKAR BROKOLI DAN KENTANG LECEK PEDAS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A (KENTANG LECEK):
340gm kentang
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu teh emping cili (lebihkan jika suka pedas)
Air untuk merebus secukupnya
BAHAN B (BROKOLI BAKAR):
100gm-150gm brokoli | potong kasar
8 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan jus lemon
10-20gm keju parmesan | lebihkan jika suka
Garam dan serbuk lada hitam cukup rasa
BAHAN ROTI BAKAR:
4-5 keping roti putih
2-3 sudu makan mentega
5-6 biji cili Thai
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat kentang lenyek; Buang kulit dan rebus kentang lebih kurang 20-25 minit hingga empuk. 2. Toskan airnya dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Lecek kentang hingga halus. 3. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan emping cili. Ketepikan. 4. Untuk membuat brokoli bakar; Panaskan oven dengan suhu 200˚C. 1. Satukan semua bahan B, gaul sekata dan ratakan di dalam dulang pembakar. 2. Bakar selama lebih kurang 15 minit hingga perang dan lembut. Keluarkan dan ketepikan. 3. Untuk membuat roti bakar; Sapukan mentega pada permukaan atas dan bawah roti. 1. Bakar pada suhu 200 ˚ C lebih kurang 5 minit hingga sedikit perang. 2. Roti dipotong dua dan ratakan kentang lecek pada permukaan atas roti, susun brokoli bakar tadi dan taburkan sedikit keju parmesan. 3. Potong cili Thai dan taburkan sedikit di atasnya. 4. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Cili Thai adalah pilihan sekiranya anda suka pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak kentang dan masin keju Jenis masakan : Roti Cara memasak : Rebus dan bakar Anggaran kos: RM15
2. BROCCOLI PARMESAN
BAHAN-BAHAN:
230gm brokoli | cincang
1 biji telur
65gm tepung gandum
30gm keju parmesan parut
½ sudu teh garam
Serbuk lada hitam cukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul sebati. 2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Apabila cukup panas letakkan adunan tadi dan tekan dengan sudip atau sudu untuk meleperkannya. 3. Balikkan adunan setelah satu bahagian sudah perang keemasan. 4. Pastikan kedua-dua bahagian masak perang keemasan. 5. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Warna hijau brokoli membuatkan hidangan ini nampak lebih menarik.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak kentang dan masin keju parmesan Jenis masakan : Lempeng Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM15
3. BROCCOLI MOZZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN :
2 sudu makan madu
60gm brokoli | potong kasar
60gm keju mozzarela | parut kasar
1 biji telur
160ml susu segar
150gm tepung gandum serba guna
3gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ sudu teh minyak masak
1 biji bawang merah | racik
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan. 2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati. 3. Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati. 4. Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati. 5. Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan. 6. Angkat dan tos minyak. 7. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Enak dicicah dengan cili sos Thai.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak keju mozarela Jenis masakan : Kudapan Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM15
4. BROCCOLI PASTA
BAHAN-BAHAN:
350gm pasta spageti
2 sudu makan minyak zaitun | untuk spageti
30gm minyak | untuk menumis
10 ulas bawang putih | dicincang halus
50gm brokoli | dicincang halus
50gm brokoli | potong kasar
1 kiub pati ayam
30gm keju parmesan
Air secukupnya untuk merebus spageti
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya. 2. Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan. 3. Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati. 4. Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi. 5. Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. 6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef:Boleh masukkan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak dan masin keju parmesan Jenis masakan : Pasta Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng Anggaran kos: RM15
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Selalunya kalau yang tengah nak berdiet tu mesti perkara pertama sekali dalam list beli-belah nak beli peanut butter tuk makan masa sarapan. Phewww, mahal kot, lagi nak diet lagi mahal pulak. Terpaksa lah beli yang murah dengan rasa yang sangat manis dan tak sihat langsung!
Ada satu cara yang boleh membantu masalah macam ni, buat sendiri peanut butter HOMEMADE ni ha. Nak beli mahal kan, resepi sangat senang je rupanya. Bahan pun sihat. Yang penting sukat mengikut sukatan yang kamu inginkan!
Meh kita tengok kat bawah cara nak buat.
Bahan-Bahan:
500 gram kacang tanah – sangai tanpa minyak, buang kulit.
Madu asli
Virgin Olive oil
Garam bukit – garam biasa pun boleh. Kalau dapat garam bukit lagi cun, lebih sihat.
Cara-Cara:
1) Blend kacang yang sangai dengan buang kulit tadi, tambah secubit garam. Pakai blender kering tu. Letak kacang separuh bekas blender tu je. Jangan penuh. Blend sehalus-halusnya tau.
2) Baru masukkan olive oil dengan madu. Ni korang pandai-pandai agakla. Kaknaz letak 1 sudu besar olive, 1 sudu besar madu setiap kali blend. Kalau dapat kacang fresh dia keluar minyak sendiri, boleh kurangkan olive oil ni. Kacang kaknaz takmo terbit-terbit minyak dia. Sikit nau dia keluar. Tu taruk lebih sikit.
3) Kalau yang suka rasa chunky-chunky, boleh masuk kacang blend kasar tu sikit. Wallah! Syok gigit.
Siap! Boleh masuk botol. Nak tahan lama boleh simpan dalam fridge ok. Kalau boleh botol tu steril dulu.
Senang tak? Dah, tak yah bazir duit beli mahai-mahai, buat sendiri je. Kita boleh adjust manis masin sendiri. Lagi sihat sebab pakai madu, garam bukit ngan virgin olive oil, kan? 😍
Tidak lengkap rasanya hari raya tanpa adanya kerepek dan manisan tradisi. Kerepek Bawang, Kuih Siput dan Putu Kacang adalah antara yang masih menjadi pujaan penggemarnya tidak kira tua atau muda. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat resipinya.
1. KEREPEK BAWANG
BAHAN DOH BAWANG:
500gm tepung gandum
100gm bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu makan udang kering | ditumbuk halus
3 sudu makan pes cili kering
125ml air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN DOH MARJERIN:
500gm tepung gandum
180gm marjerin
1/2 sudu teh garam halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menghasilkan doh bawang, kisar bawang merah, bawang putih dan serai bersama air sehingga halus. Tapiskan. Jangan buang air kisaran bawang.
Satukan tepung gandum, bawang yang ditapis, udang kering dan juga garam. Gaul rata.
Masukkan air kisaran bawang tadi sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
Bagi menyediakan doh marjerin, gaul tepung bersama marjerin dan garam. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh seakan doh bawang tadi. 6. Bahagikan doh bawang dan doh marjerin menjadi ketulan kecil. Bulat-bulatkan dan canai hingga nipis.
Tindih doh bawang dan doh marjerin. Gulung dengan kemas.
Hiris gulungan doh dengan nipis menggunakan pisau tajam dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
Angkat dan toskan minyak. Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Semasa menguli, masukkan air sedikit demi sedikit bagi memastikan doh tidak terlalu lembik.
2. KUIH GUNTING
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
5 ulas bawang merah | dihiris dan digoreng garing
2 ulas bawang putih | dihiris dan digoreng garing
1 sudu makan jintan manis | dikisar halus
2 sudu makan serbuk kari
50gm udang kering | direndam dan ditumbuk halus
250ml air
125ml minyak masak | dipanaskan
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumbuk bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng garing hingga hancur. Ketepikan seketika.
Satukan tepung gandum, udang kering, jintan manis dan serbuk kari ke dalam mangkuk.
Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Kacau sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
Seterusnya, tuang minyak masak panas dengan berhati-hati. Gaul rata.
Tuang air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi sebati serta tidak melekat pada bekas. Biarkan doh seketika.
Canai doh hingga nipis dan potong mengikut saiz yang bersesuaian. Goreng dalam minyak yang panas bersama daun kari sehingga menjadi warna keemasan.
Angkat dan toskan minyak. Simpan di dalam bekas kedap udara.
3. KUIH SIPUT
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
250ml minyak masak
180ml air
1/2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan minyak masak. Gaul hingga rata.
Kemudian masukkan air yang telah dilarutkan dengan garam dan gula. Tuang sedikit demi sedikit.
Uli doh sehingga sebati dan tidak melekat pada bekas. Bahagiakan doh kepada beberapa bahagian kecil dan uli memanjang.
Potong doh yang diuli tadi secara kecil dan bentukkan doh menggunakan acuan siput.
Panaskan minyak dan goreng kuih siput hingga garing. Masukkan daun kari ketika kuih siput hampir masak.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Doh dipotong kecil bagi mendapatkan saiz kuih siput yang sama besar.
4. POPIA SIMPUL
BAHAN POPIA:
Kulit popia bersaiz kecil secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SERUNDING IKAN:
1kg ikan sardin | direbus dengan asam keping dan sedikit garam
500ml santan
20 tangkai cili kering | dikisar
20 ulas bawang merah | dikisar
10 ulas bawang putih | dikisar
7 batang serai | dikisar
5cm halia | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
120ml minyak masak
CARA MEMASAK:
Asingkan isi ikan dan tumbuk halus. Ketepikan seketika.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
Kemudian masukkan isi ikan dan tambahkan santan sedikit demi sedikit.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Kacau sehingga serunding menjadi kering.
Bagi menyediakan popia simpul, potong kulit popia menjadi tiga bahagian.
Letakkan serunding di tengah-tengah kulit popia. Gulung dan simpul dengan berhati-hati.
Panaskan minyak dengan banyak dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
Info chef: Biarkan popia sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan popia menjadi lemau.
5. PUTU KACANG
BAHAN-BAHAN:
600gm kacang hijau | dibersihkan
400gm gula | dikisar halus
200ml air
CARA MEMASAK:
Sangai kacang hijau menggunakan api perlahan sehingga naik bau.
Tumbuk kacang hijau dan tampi bagi mengasingkan kulitnya.
Tumbuk kacang hijau sekali lagi sehingga halus dan ayak.
Campur tepung kacang hijau bersama gula. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan dapat dikepal.
Tutup adunan dengan kain lembab selama 1/2 jam.
Ambil doh dan tekan ke dalam acuan putu. Terbalikkan acuan dan ketuk sedikit bagi mengeluarkannnya.
Susun di atas dulang dan bakar dalam ketuhar pada suhu 100C selama 10 minit. Sejukkan putu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Selain dikeringkan dengan cara dibakar di dalam ketuhar, putu ini juga boleh dijemur seketika.
6. REMPEYEK KACANG DHAL
BAHAN-BAHAN:
200gm kacang dhal | direndam semalaman
250gm tepung beras
500ml santan
1 biji telur
100gm ikan bilis | dikisar
1 sudu makan biji ketumbar | dikisar
1 sudu makan jintan manis | dikisar
1 sudu makan jintan putih | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar ke dalam tepung beras. Gaul rata.
Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit diikuti telur. masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
Panaskan minyak dengan banyak di dalam kuali. Kemudian celupkan acuan rempeyek selama 5 minit.
Setelah acuan panas, angkat acuan dan sendukkan sedikit adunan tepung. Tabur kacang dhal dengan secukupnya.
Masukkan kembali acuan ke dalam minyak dan goreng hingga berwarna keemasan.
Info chef: Selain kacang dhal, boleh juga menggunakan kacang tanah ataupun kacang hijau.