Membuat Air Asam Kerisik untuk dijadikan cicah ikan bakar, daging bakar dan lain-lain menu bakar-bakar sebenarnya bukanlah semudah yang disangka. Kalau tak kena gaya, rasanya hambar dan tidak berperisa.
Air Asam sebenarnya, jika tidak ditambah kerisik sudah sedap. Tapi jika ditambah, lagi pekat dan berasa. Jom kita tengok resipi yang dikongsi saudari Animas Nurjana Abdul Halim ni. Nampak memang sedap sangat.
Resipi Sambal Kicap ni memang padu. Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama Bihun Sup atau Soto pun padu. Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Ani Zam ni. Oh ya, ada petua tau supaya Sambal Kicap ni tahan lama. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok. Nanti bolehlah buat.
CARA MEMASAK: 1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.
2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.
3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.
INFO:
Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.
Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
Tip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja. Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut . Petua org tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.
Bagi peminat sambal, resipi Sambal Siram perkongsian saudari Umi Murtafiah ni tentunya wajib anda cuba. Ia merupakan resipi perkongsian dari ibu beliau dan mempunyai rasa yang sangat sedap. Bahan-bahannya sangat mudah dan tidak renyah disediakan. Cubalah. Pasti puas hati.
1. Goreng cili kering yang telah dibersihkan (tidak peru rebus terlebih dahulu), bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan satu persatu.
2. Tumbuk cili kering, belacan, bawang merah dan bawang putih hingga separuh lumat. Kemudian letakkan gula dan perasa dengan secukupnya. Jika tidak letak belacan, boleh tambahkan garam bagi memberikan rasa masin.
3. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan ikan bilis goreng (lebih banyak, lebih sedap). Tumbuk lagi namun jangan sampai terlalu halus. Sambal ini lebih sedap jika ada rasa ikan bilis rangup.
5. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali.Pastikan betul-betul panas. 6. Siram minyak panas pada sambal tadi. Jumlahnya bergantung pada banyak mana sambal yang kita buat (boleh guna minyak bekas gorengan bahan tadi kerana rasanya akan jadi lebih sedap)
7. Sambal Siram siap untuk dihidangkan bersama ikan goreng atau ayam goreng.
Sedapnya Sambal Hijau. Makan dengan ikan goreng, ikan bakar atau aneka ulam memang membuka selera. Bagi penggemar sambal, resipi perkongsian saudari Nurzailiasya Zaiera ni boleh dicuba. Buat stok banyak-banyak dan simpan je dalam peti sejuk. Boleh tahan lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
RESIPI SAMBAL HIJAU SEDAP & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
3 pek cili hijau – jika baru nak cuba, guna 1 paket sudah cukup
1 pek cili merah
1 pek cili padi – boleh ubah ikut kepedasan yang digemari
4-5 biji bawang merah
3 biji tomato ranum
3 inci belacan
2 genggam ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa ( Nota: Bahan-bahan ini tiada sukatan tepat. Empunya resipi campak-campak sahaja. Jadi boleh tambah dan kurangkan bahan ikut kesesuaian selera masing-masing.)
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan cili merah, cili hijau, tomato, bawang merah dan cili padi. Potong kecil. 2, Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng semua bahan ( kecuali ikan bilis, garam dan gula) hingga layu. 3. Angkat dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar seketika. Biarkan bahan di dalam pengisar. 4. Dalam kuali yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali ikan bilis. Kacau sampai warna sambal jadi sedikit gelap.
5. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Siap. Sedia untuk dihidangkan.