Lama sungguh tak buat bihun PAMA HOMEMADE, boleh lah buat seperiuk untuk keluarga nikmati. Resepi ni sangat mudah,ringkas,sedap dan mengenyangkan.Rasanya sama macam mi segera dijual. Proses penyediaan hanya 10 minit.Kalau nak tambah isi ayam atau lobak merah pun boleh,lagi bertambah sedap. Kalau suka pedas boleh taburkan serbuk cili di atasnya.
Sekarang ini goreng bihun boleh guna pressure cooker. Jadi tidak perlu risau kalau goreng bihun terhangit atau terkembang sangat. Hanya pastikan jangan terlebih air, cukup setakat bihun terendam sedikit.
Mi Kuah Daging perkongsian saudara Are Peaceni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Bagi anda yang menggemari sajian berkuah, bolehlah cuba menu ini. Ia juga sesuai dijadikan menu makan tengahari atau pun malam. Pasti mengenyangkan. Jom cuba!
CARA MASAK MI KUAH DAGING YANG SEDAP & MUDAH
Mi kuning 1kg daging lembu – rebus sampai empuk dan hiris nipis
1 kg ubi keledek merah – kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk. Toskan. 1 cawan udang kering – kisar – beli online disini 10 ulas bawang merah – kisar – beli online disini 5 ulas bawang putih – kisar – beli online disini 1 inci halia – kisar – beli online disini 1 inci lengkuas – kisar 3 biji tomato – kisar 2 batang serai – titik 1 pek sup bunjut tulang – beli online disini 1 pek kecil rempah kari daging – beli online disini 1 cawan cili kisar – beli online disini 1 cawan sos cili – beli online disini 1 cawan sos tiram – beli online disini 1/2 cawan minyak untuk menumis 5 liter air (termasuk air rebusan daging tadi) 2 sudu besar tepung jagung – dibancuh dengan 1 cawan air – beli online disini Garam dan gula secukup rasa
1. Hiris nipis bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia dan kisar halus. 2. Masukkan keledek ke dalam pengisar bersama air. Kisar halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan. 3. Masukkan pula udang kering bersama air ke dalam pengisar. Kisar halus juga. 4. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga keperangan dan berbau wangi. 5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak dan masukan serbuk kari. Kacau dan gunakan api sederhana. 6. Masukkan air rebusan daging ke dalam periuk. Masukkan juga, keledek yang telah dikisar, sos cili, sos tomato, udang kering kisar dan tambahkan air secukupnya. 7. Masukan tomato yang telah dikisar tadi. Biarkan mendidih dengan api sederhana. 8. Tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau sekali-sekali. 9. Perasakan dengan garam dan gula. Kuah mesti ada rasa pedas, manis dan masin secukupnya. 10. Apabila kuah mendidh dan nampak pekat, boleh matikan api dan taburkan daun bawang dan sedikit bawang goreng. 11. Sedia dihidang bersama mee kuning dan bahan taburan.
Tauge Telur rebus Tomato – hiris nipis Bawang goreng – beli online disini Cili merah Daun sup dan bawang Tauhu – digoreng potong nipis Limau kasturi – dibelah 2 Fishball – goreng
Pasta biasanya ramai memilih untuk dimakan bersama sos citarasa Itali seperti Bolognese, Carbonara dan sebagainya. Bagi anda kurang gemar, boleh je nak guna pasta ni untuk masak hidangan yang kena dengan Melayu seperti goreng dan juga sup. Sedap! Walaupun ringkas, tapi bila dah tambah macam-macam bahan enak seperti sayur, daging, cendawan dan macam-macam lagi, hasilnya pasti anda kagum. Jom cuba.
PASTA SPIRAL GORENG RINGKAS
BAHAN A:
BAHAN B:
BAHAN C:
CARA MEMASAK:
1. Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar.
3. Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C kecuali tomato ceri.
4. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata.