Suka makan sosej? Biasa anda beli je kan? Apa kata anda belajar buat sosej ayam secara homemade. Rasanya dijamin lebih sedap malah anda juga boleh kawal kandungan garam serta bebas MSG. Amat mudah! Anda pasti sukakannya.

SOSEJ HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping isi dada ayam – berat lebih kurang 200gm setiap satu
  • 1 biji bawang besar @ 3-4 biji jika guna bawang kecil 
  • Cili kering – jika mahu rasa pedas
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam – jika suka
  • Sedikit garam
  • 2 biji telur
  • 4 sudu tepung ubi
  • Sedikit serbuk oregano – jika suka
  • Sedikit daun ketumbar – saya tambah sebab suka
  • Sayur-sayur seperti lada benggala, lobak merah, cendawan butang ( jika suka)

CARA MEMASAK:

1. Potong isi ayam kecil-kecil dan satukan bersama bahan-bahan lain ( kecuali tepung ubi).

Mudah Je Rupanya Buat Sosej Ayam Jumbo Ni. Lebih Sihat & Diyakini Bersih.

IKLAN

2. Masukkan ke dalam food processor. Kisar halus.

3. Letak bahan kisar tadi ke dalam mangkuk. Tambah tepung ubi dan kacau sebati.

4. Ambil piping bag dan isi dengan isi ayam kisar tadi.

IKLAN

Mudah Je Rupanya Buat Sosej Ayam Jumbo Ni. Lebih Sihat & Diyakini Bersih.

5. Seterusnya paipkan isi ayam ke dalam plastik aiskrim. Boleh juga paip ata cling film dan gulung ketat-ketat. Pintal kedua-dua hujung untuk membentuk sosej.

6. Kukus atau rebus sosej selama 15 minit atau sehingga masak. ( empunya resipi masak guna teknik kukus).

IKLAN

Mudah Je Rupanya Buat Sosej Ayam Jumbo Ni. Lebih Sihat & Diyakini Bersih.

7. Buang plastik dan boleh dipanggang. Jika ada lebihan, boleh juga disejukbekukan dan dinikmati pada bila-bila masa.

Mudah Je Rupanya Buat Sosej Ayam Jumbo Ni. Lebih Sihat & Diyakini Bersih.

INFO RASA:

  1. Jika tiada food processor, boleh tumbuk atau kisar guna blender kering.
  2. Andai tak mahu masak sosej sekali dengan plastik pembungkus ( atas sebab kesihatan), anda boleh bekukan sosej terlebih dahulu. Setelah keras, buang plastik dan boelh direbus atau dikukus.

Kredit resipi & foto: Zaini Talib

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI