Ibu-ibu… kalau dah kreatif tu, buat pizza guna roti burger pun boleh menjadi. Memang sedap dan anak-anak pun suka. Saiznya pun tak besar. Jadi, mudah untuk anak-anak pegang dan makan. Paling penting mengenyangkan.
Jom cuba resipi kreatif daripada Zaiyurah Mohd Radi. Bahan pun tak renyah. Mudah disediakan awal pagi.
Anak pun gembira dapat makan air tangan ibu. Lagi-lagi keju yang meleleh tu. Kanak-kanak memang suka dapat makan keju.
Tumis bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lobak merah dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit air untuk cepat lembutkan lobak merah.
Masukkan daun sup. Setelah naik aroma daun sup, masukkan pula puri tomato dan sos cili. Perasakan pula dengan garam secukupnya.
Susun roti pada dulang pembakar.
Letakkan sos sama rata. Jangan membukit, nanti melimpah pula. Adunan macam ni boleh dapat 14 biji ngam-ngam. Jangan kedekut nak letak. Memang cukup.
Susun lapisan sosej tadi. Potong serong macam ni lebih nampak cantik dan penuh. Bila gigit makan akan terasa sosejnya.
Letak sedikit sos cili buat tambah rasa. Jangan isi banyak sangat, nanti meleleh masa nak gigit makan. Sebab sos cili bersifat cair.
Letak mayones lebih sikit pun tak apa sebab nanti bila bakar, mayones ni akan bertukar agak keras sikit ala cheese. Rasa pun berlemak sedap.
Kemudian, tabur keju mozzarella. Buat sendiri tak kedekut. Puas makan. Boleh bubuh habis satu paket, nanti boleh tarik panjang masa gigit.
Ads
Tapi, tabur jangan lebih daripada roti. Nanti masa bakar, cheese akan cair dan akan mengeras semula masa sejuk. Tapi, tetap sedap sebab cheese kan. Memang puas makan.
Dah siap, tabur macam ni susunan piza mini.
Panaskan dulu oven selama 10 minit. Masukkan dalam loyang dan terus bakar 14 ketul roti burger ni sekali gus.
Bakar suhu 160C selama 20 minit insya-Allah cukup masak.
Dah siap bakar. Nampak tu, meleleh-leleh mozzarella tu kan. Buka je pintu oven, harum bau satu rumah.
Dah siap! Saya masukkan dalam kotak je bagi anak bawa bekal ke sekolah. Tak isi dalam bekas bekal besar. Habis makan dengan kawan-kawan, boleh terus buang kotaknya. Mudah macam ni.
Kalau buat jamuan pun senang sangat nak buat. Boleh cari roti burger yang kecil sikit kalau nak kuantiti lebih. Selamat mencuba.
Nak buat biskut tapi malas nak menguli. Jangan risau cuba resipi viral 3 bahan ni bukan sahaja mudah tapi sedap gerenti anak-anak suka sebab rasa coklat koko krunch tu menarik perhatian! Jom cuba.
RESIPI KOKO KRUNCH BAR
BAHAN-BAHAN:
300g Koko Krunch
(sy guna yg kecik2 beli kt kedai bekery je.Takde koko krunch ni pun tak pe boleh je pakai koko krunch yg biase ade kt kedai tu..then kalau nak tukar cereal lain mcm crispy rice/honey star ke pon boleh..😁
250g butter
300g Mashmellow (yg kaler putih)
CARA MEMASAK:
Masak ats dapur ye api kena kecik.
Sediakan kuali masukkan 250g butter cairkan.
Setelah cair masukkan 300g mashmellow gaul2 sampai bahan2 semua tu tadi cair seperti susu pekat.
Kemudian masukkan 300g Koko krunch dan gaul sampai bahan2 td rata keseluruhnye.
Tutup api masukkan ke dalam loyang dan padat2 kan guna sudu.
Kuih Bepang adalah antara snek tradisional yang masih digemari dari dulu hingga kini. Rasanya yang manis serta rangup, membuatkan snek ini jadi pilihan tidak kira tua atau muda. Untuk menghasilkannya, rupanya tidak susah. Hanya guna beberapa bahan sahaja. Bagi anda yang nak cyba, resipi perkongsian saudari Mawar Sharif ni antara yang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH BEPANG TRADISIONAL HOMEMADE SEDAP & MUDAH
4 sudu makan air perahan limau purut / limau nipis
CARA MEMASAK: 1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga empuk. Buang kulitnya dan ketepikan. 2. Seterusnya goreng bijan tanpa minyak hingga kekuningan. Ketepikan. 3. Dalam kuali bersih, masukkan gula, air dan air perahan limau. Masak sampai gula kental dan mula berubah warna jadi coklat. 4. Masukkan kacang tanah, bijan dan bubble rice. Tutup api dan gaul hingga semua bahan jadi rata. 5. Masukkan ke dalam acuan bepang. Tekan hingga padat. Boleh juga menggunakan loyang. Jika guna loyang, sapu minyak terlebih dahulu bagi mengelakkan ia melekat.
6. Bila telah padat, boleh terus potong mengikut saiz yang dikehendaki.
7. Boleh juga bentukkan adunan menjadi bentuk bebola. Namun perlu sapu sedikit minyak masak di tangan supaya adunan tidak melekat.
Makanan sejuk beku memang memudahkan kerja-kerja memasak namun kandungannya adakalanya tinggi garam, mengandungi msg, lemak tepu dan sebagainya. Oleh itu, jika anak-anak suka makan kentang goreng, anda sebenarnya boleh hasilkan sendiri. Menerusi perkongsian Mung Ris, beliau kongsikan resipi Homemade French Fries. Rupa sebijik macam kentang sejukbeku yang dibeli tetapi lebih sihat & tentunya jimat wang!
KENTANG GORENG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kentang
2 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh garam
Air secukupnya
1 sudu makan tepung ubi kayu – untuk salut 150gm ubi kentang. Jika nak goreng banyak, gandakan jumlahnya. 1 kg kentang anggaran 7-8 sudu makan tepung ubi kayu.
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ubi kentang dan potong mengikut saiz yang bersesuaian.
2. Rendam potong ubi kentang di dalam air yang telah dicampur dengan jus limau nipis. Rendam selama 5 minit kemudian toskan.
3. Seterusnya, didihkan air yang telah dicampur dengan 1 sudu teh garam. Rebus ubi kentang tadi selama 4 minit sahaja.
4. Angkat dan tapis ubi kentang hingga airnya kering. Biar ubi kentang sejuk.
5. Masukkan 150gm ubi kentang ke dalam bekas berpenutup dan masukkan juga 1 sudu makan tepung ubi kayu. Goncangkan hingga ubi kentang bersalut sempurna.
6. Panaskan minyak masak dan goreng ubi kentang untuk kali pertama selama 4-5 minit sahaja. Angkat dan sejukkan.
7. Jika buat dalam jumlah yang banyak, lebihan ubi kentang yang telah digoreng kali pertama ni boleh disimpan dalam bekas dan disejuk bekukan.
8. Untuk gorengan kali kedua, masukkan ubi kentang tadi dan goreng selama 2 minit. Angkat dan rehatkan selama 4 minit.
9. Untuk gorengan terakhir, masukkan ubi kentang dan goreng selama 1 minit sahaja. Angkat dan toskan minyaknya. Pastikan goreng guna api besar.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.