Ads

Minum Petang Dengan Donut Salted Caramel

Untitled design - 2019-09-30T110129.124

Bila sekali makan donut yang gebu dan lembut, buat kita terlagi lagi nak menikmatinya. Rahsia nak jadikan donut gebu membukit ialah pastikan yis betul-betul berbuih sebelum dicampur ke dalam adunan. Selain itu guna air suam untuk bancuh yis. Jangan guna air panas kerana ia akan menyebabkan yis mati. Selain donut yang ditabur gula diatasnya , untuk cetus kelainan boleh letakkan salted karamel . Memang sangat sedap dan cara buatnya juga mudah.

DONAT SALTED KARAMEL

Bahan-bahan :

2 sudu besar yis
4 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1 cawan air suam

Sebatikan semua . Biarkan yis mengembang .

4 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1/2 pelembut roti

Ads

Cara memasak:

1.Ramaskan semua sehingga menjadi seperti serbuk roti .
2.Tuang air yis tadi , gaul sehingga menjadi doh .
3.Perap doh, biarkan doh mengembang.
4.Tumbuk tumbuk doh , canai atau roundingkan doh .
5.Biarkan donat mengembang sebelum digoreng.
6.Sejukkan donat sebelum disalut dengan sos karamel .

Bahan-Bahan Sos Karamel :

Ads

1 cawan gula pasir
100g mentega
1/2 cawan susu segar
sedikit garam

Cara memasak:

1.Masak gula menggunakan api kecil sehingga menjadi perang .
2.Sentiasa kacau agar gula tidak hangit dan menjadi pahit .
3.Bila gula dah cair , masukkan mentega dan garam .
4.Kacau sebatikan sehingga kesemua mentega cair .
5.Masukkan susu segar .
6.Kacau sehingga gula karamel menjadi pekat . siap

Ads

Kredit: Jom Belajar Buat Kek

ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK? BOLEH LIHAT DI SINI.

Resipi Donut Berinti Leleh. Sangat Lembut Dan Gebu.

Inspirasi Donut Alaf Baru…Cronut dan Bombolini , Hotel Armada PJ

Cara Buat Donut Pandan Homemade.Lembut, Sedap & Gebu.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Sebab Ayam Penyet, Ayam Geprek & Ayam Gepuk, Ramai Sanggup Beratur...

Kalau diperhatikan sekarang, hampir setiap kawasan perumahan atau pusat beli-belah pasti ada restoran yang menjual Ayam Penyet, Ayam Geprek atau Ayam Gepuk. Malah, ada sesetengah kedai sanggup beratur panjang hanya kerana sambalnya yang “padu” dan ayam gorengnya yang rangup.