Mini Rainbow Roll Cake, cantik Kejadiannya makan pun sedap. Sangat comel dan cantik mini rainbow roll cake kukus. Sesuai untuk majlis hari jadi dan sebagai hantaran perkahwinan. Bila dihidangkan memang sekelip mata hilang jadi rebutan tetamu.
MINI RAINBOW ROLL CAKE
1 loyang 8″ lapik dengan kertas
6 butir telur
200 gram tepung
150ml minyak masak
200 gram gula
60ml santan atau susu cair (susu tepung campur air suam)
1 sudu makan Ovalet
1 sudu esen vanila
sedikit garam
CARA MEMBUAT:
Satukan telur, ovalet, gula, vanila dan garam ke dalam mixer dengan kelajuan tinggi sampai mengembang.
Setelah bahan pertama mengembang masukan tepung sedikit demi sedikit sambil di mixer kelajuan sederhana dan sambil di kacau hingga 10 minit. Hentikan mixer.
Masukan minyak beserta santan atau susu (jangan di mixer) cukup kacau guna spatula hingga rata.
Bila sudah siap bahagikan adunan kepada 6 bahagian berikan pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
Kukus adunan ikut turutan. Setiap 1 lapisan 10 minit. Selepas itu tuang dengan adunan warna lain dan seterusnya sampai selesai. Untuk kukusan lapisan terakir lebihkan masa 15 minit untuk masak sekata.
Apabila kek sudah masak keluarkan panas-panas dari loyang.
Kemudian potong kek nipis gunakan pembaris panjang dan potong dengan kemas.
Filling boleh letak kegemaran anda seperti cream cheese, coklat, atau sebagainya. Gulung dengan kemas
IKLAN
INFO:
Masa keluar dari pengukus terus terbalikan kek dan hati-hati kek panas. Kemudian potong nipis-nipis dalam anggaran 0.5cm. Kalau tebal masa gulung mesti patah.
Untuk elakkan patah masa menggulung gunakan kain lembab.
Roti Bawang Putih memang sedap bila dipadankan dengan Sup Cendawan Berkrim. Buat hidangan Tengah Malam (supper) mahupun dimakan sarapan memang mantaplaa. Super jiimat dan super sedap.
Kalau badan terasa nak demam atau hilang selera makan, dua sajian ni memang gerenti tak tolaklah. Sungguh membuka selera. Jom semak resipi yang dikongsikan oleh Yatie Yusof ini yang biasa memasaknya apabila diminta anak-anak bila demam dan tak berselera makan nasi.
MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT
BAHAN-BAHAN :
300ml air
500ml susu segar
1-2 kiub ayam
1/2 sudu teh daun parsley
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan mentega
1 tin cendawan butang | potong hiris @ cincang)
Sedikit serbuk perasa | jika suka
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan susu segar dalam periuk. Masak hingga mendidih
Kemudian masukkan kiub ayam.
Kacau 2 hingga 3 minit dan masukkan lada hitam dan cendawan, kacau lagi dalam 15 minit.
Masukkan daun parsli, mentega, garam dan kacau lagi dalam 10 minit.
Tepung dibancuh dengan air dan kacau supaya tidak berketul , kemudian tapiskan dalam periuk.
Kacau sebati sup sampai menjadi pekat, reneh agak lama supaya masak sempurna.
GARLIC BREAD
BAHAN-BAHAN :
Roti Perancis | dihiris (boleh juga guna roti biasa)
2 sudu makan mentega
Secubit daun parsli
1 ulas bawang putih bakar sekejap | ditumbuk halus
CARA MEMASAK :
Campur semua bahan dan sapukan atas roti.Letak atas kuali leper masak hingga garing dan keperangan.
Hebat sungguh khasiat kacang walnut ni. Walnut mengandungi anti oksidan dua kali lebih banyak daripada jenis kacang lain. Anti oksidan pada walnut memiliki manfaat 15 kali lebih besar berbanding vitamin E .
Kredit foto : hamiast.com
Anti oksidan dalam walnut mampu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat bahan-bahan kimia yang menyebabkan penyakit. Jom semak apa lagi manfaat kesihatan yang terdapat pada walnut…
1. Memelihara Jantung Selain kaya antioksidan, walnut juga kaya dengan asid lemak omega 3 yang meningkatkan jumlah kolesterol baik dalam tubuh dan menyingkirkan kolesterol jahat. Sengenggam walnut boleh mengelakkan daripada penyakit jantung, stroke, atau penyakit jantung koroner.
Krediti foto : medicalnewstoday.com
2. Mengurangkan keradangan Walnut juga diketahui mampu mengatasi penyakit keradangan seperti asma, psioriasis, eczema, atau arthtritis.
3. Meningkatkan pertahanan badan Anti oksidan yang ada dalam walnut membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari proses penuaan, kanserr, dan penyakit saraf.
4. Membuat kulit sihat bermaya
Kredit foto : instructables.com
Kandungan omega-3 pada walnut juga menguatkan membran sel kulit, mengunci kelembaban, dan nutrisi di dalamnya yang boleh menyihatkan kulit dan mengeluarkan racun dari sel kulit. Walnut juga boleh melindungi kulit dari kekeringan. Ia juga digunakan dalam bahan aroma terapi, dan produk kosmetik.
5. Kehamilan Wanita hamil disyorkan memakan walnut. kandungan vitamin B kompleks yang tinggi serta vitamin lain seperti folat, riboflavin, thiamin, dan lainnya sangat diperlukan oleh ibu hamil.
6. Kaya mineral Walnut mengandung banyak memerulkan mineral seperti mangan, potassium, kalsium, besi, magnesium, dan tembaga. Mineral ini juga baik untuk untuk perkembangan sperma lelaki.
7. Melawan sembelit Walnut juga baik untuk sistem penghadaman dan boleh untuk mengatasi masalah konstipasi atau sembelit.. Memakan walnut secara teratur dan makanan kaya lemak lainnya akan menjauhkan anda daripada sembelit.
8. Mencantikkan rambut Walnut adalah makanan berkhasiat untuk rambut sihat, ia kaya dengan biotin. Biotin adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk menguatkan rambut, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah kerontokan. Kurangnya biotin selalu dikaitkan dengan rambut rontok atau patah.
9. Makanan Diet
Kredit foto : delishknowledge,com
Sedang berdiet? Anda disyorkan menambahkan walnut dalam makanan diet anda. Kacang ini memiliki kolesterol rendah. Namun ingatwalnut juga tinggi kalori yang tidak boleh dimakan terus menerus atau berlebihan. Pastikan hanya menambahkan sekitar 1.5 auns pada menu diet .
Dah tahu khasiatnya jom kita buat pie berasaskan inti walnut seperti yang dikongsikan resipinya: allrecipes.com
ENGLISH WALNUT PIE
Kredit foto : allrecipes.com
BAHAN-BAHAN
3 biji telur
¼ sudu teh garam
¾ cawan gula halus
2 sudu teh ekstrak vanilla
¾ cawan sirap jagung
1 cawan walnut cincang
¼ cawan mentega
23 sm kulit pie
Bahan kulit pie: (saiz besar, 23 sm)
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega (beku terus dari peti ais ye)
4 sudu besar air ais sejuk
CARA MEMASAK : Cara buat kulit pie : 1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan butter dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jgn lama sangat, cukuplah sehingga butter tu bergaul dengan tepung. 2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehingaga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk 3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
Resipi kulit pie :www. enyabdullah.com
Cara memasak inti : 1. Panaskan oven suhu 205 darjah celcius 2. Pukul telur dalam mangkuk besar. Masukkan gula, garam vanilla dan sirap jagung hingga sebati. 3. Cairkan mentega dan masukkan ke dalam adunan telur tadi, kacau. 4. Masukkan walnut dan kacau 5. Tuangkan inti ke dalam kulit pie 6. Bakar selama 10 minit, kemudian kurangkan ke suhu 150 darjah Celcius. 7. Teruskan membakar selama 35 min hingga 45 minit.
Bukan mudah mencipta resipi bakeri dan pastri yang boleh memikat selera. Secantik rupa seenak rasa ini adalah ciri yang pasti ada pada setiap hasil sajian dan air tangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Selangor.
Menu bakeri dan pastri dari Jabatan Hospitaliti, IKBN ini memang mempesona. Rasanya juga cukup enak dan bertekstur lembut. Ikuti juga resipi unik savory sushi roll yang unik dan supersedap.
1. SAVORY SUSHI ROLL
BAHAN-BAHAN
500gm tepung roti
3gm garam halus
10gm yis segera
100gm gula kastor
10gm susu tepung
40gm lelemak sayuran
260gm air sejuk
5gm pelembut roti (bread softener)
5gm pembaik roti (bread improver)
25gm telur
7gm mentega
2 tin tuna
4 keping rumpai laut @ seaweed
Mayonnaise secukupnya
Chicken floss secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung, garam, yis , gula, susu tepung, pembaik roti, pelembut roti , mentega , lelemak dan telur dalam mangkuk adunan. 2. Gaul bahan sekata 3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh. 4. Bulatkan doh dan rehat selama 10 minit. 5. Canai doh menjadi nipis dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah digris dengan lelemak. 6. Biarkan doh naik selama 30 – 40 minit atau mengembang sekali ganda 7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 °C selama 15 minit. 8. Sejukkan roti. 9. Susun seaweed di atas dulang dan letakkan roti di atas seaweed tadi. 10.Sapu mayonnaise di atas roti. 11.Sapukan tuna sehingga rata dan gulung roti. 12.Potong kiri dan kanan roti dan sapukan mayonnaise. 13.Celup kiri kanan gulungan roti dengan chicken floss 14.Hidangkan savory sushi roll.
Saiz hidangan : 3-4 orang,anggaran 30 keping Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Sesuai untuk penggemar shushi yang tidak gemar makan nasih Jenis masakan : Roti Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Gunakan air sejuk dari peti sejuk masa mengadun doh.
2. CROISSANT TUNA
BAHAN-BAHAN:
Bahan croissant/pastri:
500gm tepung roti
10gm garam halus
10gm yis segera
1 biji telur
65gm mentega
65gm gula kastor
30gm susu tepung
325ml air sejuk
240gm pastri majerin
Bahan inti tuna :
*2 tin tuna in oil
1 biji bawang Holland
1 sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh garam
3 sudu makan mayonaise
1 sudu teh jus perahan lemon
Salad secukpnya
Hirisan tomato
Kepingan keju cheddar
* Tapis dan lenyekkan tuna, tambahkan bawang holland, serbuk lada hitam, garam, mayonnaise dan perahan lemon Gaul rata dan sedia diguna sebagai inti.
CARA MEMASAK : Cara penyediaan croissant (pastri): 1. Canai pastri majerin berbentuk 4 segi tepat dan sejukkan 2. Campurkan tepung, garam, yis , gula, susu tepung dan telur dan gaul sekata 3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga menjadi doh. 4. Rehatkan semua doh selama 10 minit (tutup dengan plastik) 5. Canai doh asal menjadi 4 segi tepat setebal 6 mm 6. Letakkan pastri margerin di tengah doh . 7. Tutup pastri majerin dengan melipat doh kiri dan kanan seperti buku. 8. Canai doh dan ulang lagi melipat doh sebanyak 3 kali. 9. Simpan doh selama 1 jam di dalam peti sejuk. 10. Keluarkan dan canaikan doh setebal 3 mm. 11. Potong doh kepada bentuk segitiga . 12. Gulung seperi bulan sabit dan gris dengan sapuan telur. 13. Biarkan doh naik sekali ganda dan gris dengan sapuan telur sekali lagi. 14. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 °C selama 20 minit. 15. Sejukkan Croissant dan belah bahagian tengah Croissant, sapukan mentega di dalamnya dan letakkan sekeping keju cheddar,salad dan tomato. Diikuti dengan tuna.
Saiz hidangan : 6 orang, anggaran 30 keping Waktu memasak : 4 jam Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Pastri sedap dijadikan sandwic dengan inti tuna, keju dan sayuran Jenis masakan : Pastri Lapis Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Pastikan doh disediakan dalam bilik yang agak sejuk supaya lapisan lelemak tidak cair sebelum dibakar
Selamat mencuba ye. Tuna tu memang banyak khasiatnya untuk kesihatan.
FOTO : TUAN AZMAN TUAN MUDA RESIPI : NURKHIRUL IKHWAN AMRAN, HIDAYAH AHMAD, ROS AZIDA JANTAN & MOHD NOOR AL FAHIZAM BERAHIM TERIMA KASIH: Jabatan Hospitaliti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN),Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah,Kuala Kubu Baru, Selangor. MAKLUMAT LANJUT :FB : Institut Kemahiran Belia Negara Peretak