Pulut Panggang Sambal Ikan yang baru masak dan masih panas-panas, memang sedap! Pulutnya yang lembut ditambah pula dengan inti sambal ikan yang pedas, memang kombinasi yang terbaik! Pernah rasa Pulut Panggang versi Kelantan dan Terengganu? Pasti terbayang-bayang keenakannya kan? Pulut yang lembut berintikan serunding ataupun sambal (serunding) ikan. Agak berbeza dengan Pulut Panggang yang berinti kelapa. Bagi yang nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ini boleh anda cuba.

 

CARA MEMBUAT PULUT PANGGANG INTI IKAN

BAHAN INTI IKAN:
5 ekor ikan sardin @ selayang – rebus dengan asam keping
2 biji bawang merah kecil beli online disini
1 inci halia beli online disini
1 sudu teh halba beli online disini
1 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Asingkan isi dan tulang ikan yang direbus tadi. Tumbuk hingga halus.
2. Hiris halus bawang dan juga halia. Masukkan ke dalam kuali.
3. Masukkan juga isi ikan yang ditumbuk tadi.
4. Tambahkan santan dan masak sampai agak kering.
5. Bila isi ikan kelihatan agak kering, masukkan halba dan perasakan dengan garam serta gula.
6. Masak inti hingga kering. Angkat dan ketepikan seketika.

BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut – rendam 2 jam beli online disini
1 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya
Lidi

CARA MEMASAK:
1.Didihkan periuk kukusan dan kukus pulut selama 15 minit.
2. Kacau santan bersama garam hingga larut.
3. Kemudian masukkan pulut yang dikukus tadi ke dalam bekas berisi santan. Kacau sebati.
4. Kukus kembali pulut tadi selama 20 minit. Angkat dan sejukkan.
5. Sediakan daun pisang yang telah dibersihkan. Letak pulut atas daun pisang tekan dengan plastic hingga rata.
6. Letakkan inti ikan yang dimasak tadi dengan secukupnya. Gulung dengan kemas.

IKLAN


7. Semat gulungan Pulut Panggang dengan lidi. Lakukan hingga habis adunan.


8. Bakar Pulut Panggang menggunakan pemanggang hingga daun pisang sedikit hangus.


8. Angkat dan sedai untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sayur Peria Sumbat, Guna Rencah Tumbuk Ni Memang Jadi Lebih Sedap

Resepi Kuey Teow Sup Chinese Style. Sedap & Masak Pun Mudah

Kak Mas Kongsi Resipi Pajeri Nanas Sedap & Kuah Pekat Tanpa Guna Santan

Cara Masak Ayam Sambal Sedap Macam Dekat Majlis Kenduri

 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official