
Mi goreng ketagih, makan mi pun boleh ketagih. Mana taknya sekali makan punyalah sedap sampai nak berulang kali makan. Bila lama tak makan terbayang-bayang, nak masak lagi.
Ni resipi perkongsian dari Cikgu Afy AL Habibi, Mi Goreng Ketagih, tengok dalam gambar pun dah tahu sedap. Jom cuba masak esok.
MI GORENG KETAGIH
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 paket mi kuning
- 4 ekor Udang
- Isi ayam
- 1 ekor sotong
- 1 biji telur
- Sawi
- Taugeh
- Hirisan cili
Bahan ditumbuk :
- 2 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 bii cili merah
- 1 sudu besar kicap pekat
- 5 sudu besar kicap lemak manis
- 5 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap sotong
- 4 sudu besar sos cili
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 1/2 cawan air | jika kering tambahkan sedikit lagi
CARA MEMASAK
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Selepas dua minit, tuangkan kicap pekat,kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili.
4. Masukkan pula seekor sotong. Tambahkan 1/2 cawan kecil air.
5. Seterusnya tos bersih mi kuning dan masukkan ke dalam kuali.
6. Perasakan dengan satu sudu besar gula ( kurangkan jika perlu) dan secubit garam.
7. Setelah mi melembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan sebiji telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)
8. Terus masukkan sawi, taugeh dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
9. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal cili dan keropok ikan. Perah asam limau sebelum dimakan.

Memang sedap, memang ketagih.
#resepicikguafy
Kredit foto & resipi ; FB Afy AL Habibi
ANDA GEMAR MEMBELI BELAH SECARA ONLINE, ADA BANYAK PILIHAN PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Kastard Labu Yang Lembut & Terasa Lemak Pada Setiap Gigitan

Kastard labu merupakan antara pencuci mulut yang cukup popular di Thailand. Kastard ini begitu lembut dan terasa lemak santan dalam labu yang dikukus. Jika tiada santan segar, boleh diganti dengan susu cair. Ini resipi perkongsian Naeamah Balqis, mudah dan tidaklah susah nak buatnya. Selamat mencuba!
KASTARD LABU

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji labu sederhana besar | dibuang biji
- 1 cawan susu cair
- 5 biji telur gred B
- 2 susu makan tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Susu pekat atau gula | ikut tahap kemanisan anda

CARA PENYEDIAAN:
1. Potong labu bahagian atas dan buang biji.

2. Kemudian, kacau sebati bahan-bahan di atas.

3. Setelah sebati, tapis dan masukkan ke dalam labu.

4. Panaskan pengukus dalam 10 minit, baru masukkan buah labu tadi. Kukus sehingga masak.


5. Dah siap kukus, sejukkan dan barulah potong.



Kredit resipi & foto: Naeamah Balqis
Anda mencari PENGUKUS? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Buat Agar-Agar Cendol Gula Melaka Ikut Sukatan Cawan. Makan Ketika Sejuk Memang Sedap
Resipi Creampuff Aiskrim. Ikut Cara Ni Kulit Creampuff Tak Kecut & Masak Pun Sekata.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hidangan Murtabak Crackers Sesuai Dijadikan Hantaran

Murtabak crackers ni memang sedap kalau cukup bahan penyediaannya. Zaman dulu orang letakkan murtabak crackers ni sebagai hantaran, bayangkan betapa istimewanya menu murtabak crackers ni sampai pernah dijadikan hantaran pada zaman dulu. Kalau nak buat semula cara orang dulu ni bolehlah cuba resepi murtabak crackers yang dikongsikan oleh Hidayah Syibly di Facebook. Beliau juga telah berkongsi cara-cara yang lengkap penyediaan resepi murtabak crackers ni. Jom kita cuba!
RESEPI MURTABAK CRACKERS

BAHAN-BAHAN:
1. 1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula, saya guna jenama julie’s, jenama pingpong pun sedap. – BELI DI SINI
2. 800 gm daging kisar ramli (2 bungkus)
3. 2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu. – BELI DI SINI
4. 2 biji cili merah dihiris halus. – BELI DI SINI
5. 2 biji cili hijau dihiris halus.
6. Satu ikat daun sup,daun bawang di hiris halus.
7. 7 biji telur grade A.
8. 1 kotak besar susu segar, saya guna jenama goodday.
9. Dua sudu kecil garam.
10. Dua sudu kecil serbuk lada hitam. – BELI DI SINI
11. Loyang 4 segi di alaskan dgn aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan.
Bahan bahan untuk dikisar dan ditumis.
1. 3 biji bawang putih – BELI DI SINI
2. 1 inci halia – BELI DI SINI
3. 1 biji bawang besar
4. 1 sudu makan cili giling (saya tak taruk sebab tak mau pedas, budak budak yang nak makan) – BELI DI SINI
5. 3 sudu makan rempah kari daging
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 kisar, ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
4. Masukkan daging kisar, masak hingga empuk. Masak daging kisar ni sekejap je, cepat empuk, lagipun kita nak bakar kemudian nanti. Masukkan air jika rasa perlu. Masakkan hingga kering sedikit airnya.
5. Masukkan bawang yg dipotong dadu ,cili hiris, serbuk lada hitam garam serta bahan perasa. Gaul rata.
6. Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang gaul rata baru matikan api biarkan hingga sejuk sedikit.
7. Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan.

8. Bahagikan adunan pada 3 bahagian (saya devide agak-agak je main senduk je).
9. Masak susu dalam bekas jangan sampai mendidih, Suam suam aja dan perlahankan api yang paling kecil, jaga jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)
CARA MENYUSUN BISKUT:
1. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak, susun dalam Loyang hingga penuh. Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut utk isi bahagian lompong.
2. Permukaan Loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
3. Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
4. Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai, tekan2 ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.
5. Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit pastikan betul2 masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengah nya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu.
6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawai redai. keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah di potong dan dihidangkan.

Tip.
1. Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak ini pecah.
2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak… Sedap.
3. Tumis guna butter sikit… campur dgn sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.
Selamat mencuba!
Kredit: Hidayah Syibly
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
‘Mengidam’ Punya Pasal, Sanggup Angkut Pinggan Dalam Kereta. Baru ‘Surr’ Makan Luar.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni macam macam kisah masyarakat yang kita dengari. Ada yang meruntun hati tak kurang juga memberi inspirasi. Tapi kisah yang dikongsikan oleh Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam laman Facebooknya ni agak mencuit hati.
PKPB ini hanya dua hingga empat orang sahaja dibenarkan sahaja makan di meja. Ia sebagai salah satu syarat bagi membendung wabak Covid-19 yang masih mengganas ketika ini. Dan kanak-kanak kecil memang tak dibenarkan kerana mereka golongan berisiko yang mudah dijangkiti.
Disebabkan teringin makan nasi kandar namun tetap mematuhi SOP pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak kecil ini sanggup melalui pengalaman makan di luar kebiasaan.

Ni antara luahan yang dikongsikan Mohd Firdaus Jaafar Ng :
“1 kete Max 3 org tapi
1 Meja Max 2 org.
Kanak2 dilarang.
So makan la dalam kete…”
Menurutnya lagi “Duk ketagih NAK, tapi…nak ke Penang tak boleh kerana PKPB. Nak makan kat restoran tak boleh ada baby.
Nak bungkus, tak surr (tak sedap).”
Ketika itu Firdaus dan isteri baru pulang dari klinik di Shah Alam untuk temujanji vaksin influenza anak mereka.
Dek kerana mengidam untuk menikmati juadah nasi kandar membuatkan suami isteri ini sanggup angkut pinggan dan makan dalam kereta.

.
Perkongsian Mohd Firdaus Jaafar Ng dalam akaun Facebook membuatkan ramai warganet yang memahami keadaan itu memberikan galakan bahkan ada juga yang syor restoran lain menyediakan juadah sama.

Di kalangan kaki makan nasi kandar ini memang sanggup makan di kedai sebab dikatakan kalau bungkus, hilang ‘kesurran’ juadah tersebut.

Rata-rata warganet yang berkongsi komen dalam perkongsian tersebut menyifatkan tindakan itu sebagai hiburan buat peminat makanan utara, ada juga kata berkelah dalam kereta pun syiok.

.
Namun tindakan pengusaha restoran yang prihatin ini amat terkesan di hati masyarakat.
Menurut pengusaha Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim kepada Sinar Plus, “Demi mematuhi SOP yang ditetapkan, saya menghadkan jumlah yang datang makan dan tidak membenarkan kanak-kanak masuk ke premis.
“Bimbang juga sebab wabak masih ada dan pada masa sama, memahami keinginan pelanggan untuk menjamah juadah di premis kerana rasa lebih surr (lebih sedap, ummphh), jadi kami bawakan makanan terus ke dalam keretanya,” ujarnya sambil tergelak kecil.

Moga tindakan pengusaha ini memberi inspirasi kepada tokeh restoran yang lain. Kepada ibu bapa yang anak-anak masih kecil, patuhilah SOP dan jagalah keselamatan diri dan anak-anak. #kitajagakita
Nah bagi mereka yang teringin menikmati sajian nasi kandar, ini dia min kongsikan 2 sajian popular yang biasa ada di Restoran Mamak.
AYAM MADU MAMAK

BAHAN- BAHAN PERAPAN AYAM:
- 1kg ayam |dipotong dan dibersihkan
- 1sudu teh serbuk kunyit
- ½ sudu teh garam
- 1 cawan minyak masak (untuk goreng ayam)
BAHAN LAIN:
- 3 sudu makan minyak masak
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 1 labu bawang besar |dihiris
- 1 tangkai daun kari
- 1sudu teh bawang merah kisar
- 2 sudu teh halia kisar
- 1sudu teh bawang putih kisar
- 1 labu bawang besar |dikisar
- ½ sudu makan serbuk kulit kayu manis
- ½ sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk cili
- 200gm buah kurma |dibuang biji
- ½ cawan air
- 3 sudu makan madu
BAHAN UNTUK MENGGORENG GAJUS DAN KISMIS:
- 50gm kacang gajus
- 10gm buah kismis
- 1 sudu teh minyak sapi
CARA MEMASAK:
- Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.
- Kemudian goreng ayam sehingga 1/2 masak. Ketepikan.
- Setelah itu, panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
- Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan bawang kisar. Kacau rata selama dua minit.
- Masukkan serbuk jintan putih, serbuk kulit kayu manis dan serbuk cili. Kacau rata.
- Kisar buah kurma bersama ½ cawan air. Tuang bahan kisar tersebut ke dalam kuali dan gaul rata. Masak seketika. Sekiranya kuah pekat, tambah air secukupnya.
- Masukkan ayam dan perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan mendidih dan ayam masak sepenuhnya. Ketepikan.
- Di dalam kuali lain, masukkan minyak sapi dan goreng gajus bersama buah kismis menggunakan api perlahan. Tutup api.
- Tuang ke dalam kuah ayam dan kacau. Masukkan madu dan tutup api.
- Sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Info chef: Tidak perlu tambah gula kerana hidangan sudah ada madu dan kurma yang memberikan rasa manis pada masakan.
SOTONG MASALA

.
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong putih |bersihkan dan direbus sehingga ¾ masak
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga cengkih
- 2 biji buah pelaga
- 1 labu bawang besar |dihiris
- 2 biji cili merah |dipotong memanjang
- 2 sudu teh halia kisar
- 1sudu teh bawang putih kisar
- 1 tangkai daun kari
- 1 labu bawang merah (dikisar)
- 2 1/2 sudu makan serbuk kari daging
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1sudu teh serbuk jintan manis
- 1sudu teh serbuk cili
- 50gm santan pekat
- 1 cawan air rebusan sotong
- 3 sudu makan minyak masak
- ½ sudu teh gula
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Selepas satu minit, masukkan bawang besar dan cili merah. Tumis sehingga bawang bertukar warna.
- Masukkan bawang putih kisar, halia kisar dan daun kari. Apabila bau harum, masukkan bawang kisar. Kacau sekata.
- Bila mendidih, masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan putih, serbuk jintan manis dan serbuk cili.
- Tuang air rebusan sotong dan kacau rata. Masak sehingga kuah menjadi pekat sedikit.
- Masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih.
- Masukkan sotong dan kacau rata selama empat minit.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tutup api. Sedia dihidangkan.
Info chef: Sotong boleh juga dipotong kecil, mengikut kesukaan masing-masing.
Kredit foto : Mohd Firdaus Jaafar Ng
Sumber : sinar plus.sinar harian
INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM LAYARI DI SINI.
JOM TENGOK VIDEO MASAKAN MENARIK INI. LEBIH BANYAK LAGI VIDEO DI YOU TUBE @Majalahrasaofficial
DAN RESIPI-RESIPI MENARIK INI:
Kari Sotong Sesedap Restoran Mamak. Boleh Makan Sampai Licin Pinggan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

