Menu Udang Masak Lemak Nanas ni pastinya menjadi kegemaran ramai. Jika anda menggunakan nanas yang agak kurang masak, disarankan agar mencelur hirisan buah terlebih dahulu bagi membuang rasa masam yang berlebihan. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam kuah. Sedap sangat menu ni. Jom cuba.
RESIPI UDANG MASAK LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor udang saiz XL | potong janggutnya dan bersihkannya
- 1 biji nanas | potong dadu
- 2 biji tomato | belah empat
- 2 biji cili merah | hiris
- 2 keping asam gelugur
- 2 batang serai | titik
- 1 helai daun kunyit | koyakkan
- 1 mangkuk santan
- 1/2 mangkuk air
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 8 biji cili api
- 3 biji bawang merah
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.
- Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
- Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
- Perakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
- Sedia dinikmati bersama nasi putih panas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daging Goreng Masak Hitam ,Menu Kegemaran Keluarga Datin Umi
Buat Datin Umi Kalsom Abd Latib makan bersama keluarga adalah saat yang dinantikan dan tidak mahu dilepaskan. Di ketika inilah pelbagai cerita dikongsi bersama dan secara tidak langsung merapatkan hubungan sekeluarga.
Empat resipi dikongsi beliau ini sering menjadi hidangan sekeluarga. Cerita beliau Daging Goreng Masak Hitam antara menu yang digemarinya kerana resipi itu yang keluarga gemari. Istimewanya lagi resipi ini diperoleh dari ibu mertua yang mengajar beliau cara memasaknya. “ Walaupun cara memasaknya agak rumit tapi bila makan sangat sedap rasa. Daging tersebut perlu dipotong nipis dan ditumbuk halia dan kemudian diperap seketika. Goreng pula tidak boleh terlalu lembut dan terlalu garing. Masa menggorengnya juga agak lama,” akuinya.
Sementara resipi gulai udang ini adalah resipi orang Nogori dan memang resipi tradisi ibunda beliau sendiri. Tambah menyelerakan bila dipadu dengan kerabu pucuk pegaga. Menurut beliau ,membuat kerabu lain orang lain caranya. Cara beliau, kelapa digoreng terlebih dahulu tanpa minyak dan ia tidak terlalu halus. Itulah kelainan kerabu air tangan beliau.
DAGING GORENG MASAK HITAM
Bahan-bahan
- 1 kilo daging
- 7cm halia
- 7 biji bawang putih
- 2 sudu kecil serbuk cili
- 4 sudu besar kicap pekat
- 2 tangkai daun kari
Cara memasak:
- Daging dihiris nipis dan kecil.
- Perap daging bersama halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus sebentar selama 10 minit.
- Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng daging sedikit- sedikit hingga garing dan toskan. Ulang sehingga daging habis digoreng.
- Tambah minyak bila perlu sedikit demi sedikit hanya untunk mencukupi gorengan daging tadi sehingga habis.
- Tumis daun kari menggunakan sedikit minyak daging yang sedikit tadi , masukkan daging , serbuk cili dan kicap , gaul rata hingga secukup rasa angkat dan hidangkan.
GULAI UDANG BERSAMA CENDAWAN BUTANG
Bahan-bahan
- 10 ekor udang kertas.
- 10 ulas bawang merah. }
- 3 ulas bawang putih. } ditumbuk halus
- 10 biji cili padi. }
- 5cm kunyit hidup. }
- 3 kotak santan.
- 1½ cawan air.
- 2 paket cendawan butang (belah dua).
- 1 batang serai (diketuk).
- 1 keping asam gelugur.
Cara memasak:
- Dalam periuk (lebih enak jika menggunakan periuk tradisional yang perbuat dari tanah liat) masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama 1½ cawan air.
- Masukkan santan , garam , bila gulai sudah mendidih baru masukkan udang yang sudah dibersihkan tadi dan cendawan yang dibelah dua.
- Juga masukkan keping asam gelugur dan serai yang sudah diketuk ke dalam periuk gulai.
- Masukkan garam,gula secukup rasa jangan biarkan gulai mendidih terlalu lama sebab udang akan mengecil dan keras.
- Sedia dihidangkan.
PUDING ICE-CREAM
Bahan-bahan
- 1 packet agar-agar
- 5 tin air sejuk
- 1 tin susu cair
- ¼ tin santan
- 1 tin gula (kurangkan jika tidak suka manis)
- 4 biji telur ayam (asingkan putih telur dan kuning telur)
- 1 sudu kecil asen vanilla
- Pewarna merah (sedikit sahaja)
Cara memasak:
- Masakkan agar-agar bersama gula sampai mendidih.
- Asingkan putih telur dengan kuning telur.
- Pukul putih telur sehingga kembang.
- Masukkan putih telur tersebut ke dalam agar-agar dan bahagikan dua bekas.
- Campurkan asen vanila serta perwarna merah kepada satu bahagian.
- Satukan bahagian lagi dicampurkan dengan kuning telur , susu cair dan santan.
- Masakkan bahagian kuning telur tersebut didapur (api perlahan) sebentar.
- Tuangkan ke dalam adunan merah tadi.
- Akhir sekali masukkan ke dalam acuan sejukkan dalam peti sejuk.
KERABU PUCUK PEGAGA
Bahan-bahan
- 2 ikat pegaga
- ¼ kelapa parut (digoreng hingga kuning tanpa minyak) dan (ditumbuk kasar).
- 1 biji bawang merah besar (dipotong halus).
- 3 biji cili merah (dihiris halus)
- 3 sudu kecil udang kering (ditumbuk halus)
- ½ limau nipis (ambil airnya)
- Garam,gula secukup rasa.
Cara memasak:
- Rendam dalam air sebentar pucuk pegaga, bersihkan dan tos. Potong kecil-kecil.
- Masukkan dalam bekas pucuk pegaga,kelapa goreng yang sudah ditumbuk tadi , udang kering, bawang merah , cili merah, garam, sedikit gula dan air limau nipis. Gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Resipi Sotong Goreng Tepung Yang Sedap. Semudah ABC Je
Sotong Goreng Tepung ni memang sedap. Kalau makan cicah sos, pergh…terasa bagai makan di tepi pantai Terengganu. Bagi anda yang nak masak menu ni untuk keluarga, saudari Zaimah Zakaria ada kongsikan resipinya. Sangat mudah dan tak guna banyak bahan pun. Berikut adalah bahan dan cara membuatnya.
CARA MASAK SOTONG GORENG TEPUNG YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- Beberapa ekor sotong segar
- 1 biji kuning telur
- Tepung goreng rangup serbaguna – beli online DISINI
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong dengan membuang tulang belakang dan perutnya.
2. Kemudian buang mata dan mulut sotong. Hiris bulat.
3. Keringkan air sotong menggunakan tisu dapur.
4. Letak hirisan sotong di dalam pinggan bersama kuning telur.
5. Gaul hingga sebati dan rata. Pastikan guna kuning telur sahaja ya.
6. Letak tepung goreng serbaguna ke dalam mangkuk. Masukkan hirisan sotong.
7. Gaul dengan lembut supaya sotong dan tepung bersalut sempurna.
8. Masukkan hirisan sotong bersalut tepung ke dalam penapis. Ayak untuk membuang lebihan tepung.
9. Panaskan minyak hingga betul-betul panas dan masukkan sotong. Masak menggunakan api besar.
10. Elakkan mengacau sotong. Biarkan sahaja sotong tergoreng dalam 4-5 minit. Bila buih gorengan sudah berkurang, kacau sedikit sahaja.
11. Angkat sotong bila sudah kelihatan keperangan.
12. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria
Minyak panas asyik merecik bila menggoreng? Dapatkan PENUTUP KUALI ni secara ONLINE. Barulah dapur tak bersepah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Apam Lenggang Sedap. Bahan-Bahan Sukat Guna Cawan Je
Resipi Jeli Kelapa Muda Guna Sukatan Cawan. Sedap & Sejuk Dimakan
Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.
Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Garlic Prawn Sedap Macam Dekat Restoran. Macam Ni Cara Masaknya
Garlic Prawn atau Udang Bawang Putih ni memang sedap. Hidangan sebegini biasanya dinikmati di restoran. Namun kalau nak masak sendiri di rumah, apa salahnya. Tak susah pun malah bahan-bahannya juga mudah didapati. Saudari Liza Idris ada kongsikan cara-caranya. Cukup mudah dan kelihatan sangat membuka selera. Jom cuba!
CARA MASAK GARLIC PRAWN / UDANG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
15 ekor udang galah – guna udang kelabu @ laut pun boleh
7 ulas bawang putih – dicincang halus – beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu – beli online disini
3 sudu cili flakes / emping cili – beli online disini
Buttercup @ minyak masak – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup dan daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan kuali dan masuk buttercup. Cairkan. Jika tiada, boleh guna minyak masak.
2. Masukkan udang yang telah dibersihkan dan goreng.
3. Balik-balikkan udang dan goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
4. Dengan mengguna marjerin yang sama, goreng bawang putih sampai garing. Angkat dan ketepikan juga.
5. Rupa bawang putih yang telah digoreng.
6. Kemudian tumis pula bawang besar.
7. Bila bawang sudah layu, boleh masukkan udang yang telah digoreng awal tadi.
8. Tambahkan emping cili.
9. Gaul mesra hingga bersalut dengan udang tadi.
10. Masuk juga bawang putih yang digoreng tadi. Gaul lagi hingga mesra.
11. Perasakan dengan garam dan gula ikut cita rasa masing-masing.
12. Akhir sekali tabur hirisan daun sup dan juga daun bawang.
13. Garlic Prawn siap dan sedia utuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Liza Idris
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kek Pandan Kampung Paling Sedap. Masak Guna Dapur Gas Je
Resipi Asam Pedas Ikan Pari Kuah Paling Kaw. Mudah Sangat Cara Masaknya
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official