Masakan Berasaskan Telur Simple Tapi Sedap

Masakan berasaskan telur simple tapi sedap. Sememangnya pelbagai masakan boleh dimasak dengan menggunakan telur. Tak kira masakan berkuah atau kering.

Jom RASA kongsi empat lagi resipi berasaskan telur. Mudah, cepat dan gerenti sedap. Sesuai untuk juadah berbuka atau sahur.

RENDANG TELUR CILI KERING

Masakan Berasaskan Telur Simple Tapi Sedap

BAHAN-BAHAN:

4 biji telur  (rebus)

6 biji bawang merah  (kisar) – boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih  (kisar) – boleh beli online di sini

1 inci halia  (kisar) – boleh beli online di sini

2 batang serai  (hiris)

1 inci kunyit hidup  (kisar)

Semangkuk santan

1 helai daun kunyit  (hiris)

3 sudu makan cili kering kisar – boleh beli online di sini

1 sudu makan kerisik

Sedikit minyak – boleh beli online di sini

Garam secukup rasa – boleh beli online di sini

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar serta cili kisar hingga terbit wangi.
  2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai. Kacau sekata.
  3. Masukkan telur dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

ASAM PEDAS TELUR MASIN 

Masakan Berasaskan Telur Simple Tapi Sedap

BAHAN-BAHAN:

2 biji telur masin

1 sudu teh halba – boleh beli online di sini

IKLAN

4 sudu makan cili kering kisar – boleh beli online di sini

5 biji bawang merah  (kisar) – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih   (kisar) – boleh beli online di sini

½ inci halia   (kisar) – boleh beli online di sini

½ inci kunyit hidup   (kisar)

Sedikit air asam jawa – boleh beli online di sini

2 tangkai daun kesum

Minyak untuk menumis – boleh beli online di sini

Garam secukup rasa

1 mangkuk air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
  2. Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

PAIS TELUR MASIN 

Masakan Berasaskan Telur Simple Tapi Sedap

BAHAN-BAHAN:

2 biji telur masin

IKLAN

1 biji telur biasa

Sedikit hirisan daun kunyit

Daun limau purut (hiris)

Sedikit hirisan serai

2 sudu makan santan pekat

Daun pisang untuk membungkus secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan daun pisang.
  2. Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
  3. Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
  4. Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
  5. Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
  6. Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
  7. Keluarkan dan sedia dihidangkan.

SAMBAL TELUR BERSERAI 

Masakan Berasaskan Telur Simple Tapi Sedap

BAHAN-BAHAN:

4 biji telur (rebus dan goreng)

8 biji cili merah  (dikisar) – boleh beli online di sini

5 biji bawang merah  (dikisar) – – boleh beli online di sini

2 ulas bawang putih  (dikisar) – boleh beli online di sini

IKLAN

1 batang serai  (titik)

Air asam jawa – boleh beli online di sini

Sedikit air

Minyak untuk menumis – – boleh beli online di sini 

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Apabila sudah naik baru, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air. Kacau perlahan.
  2. Akhir sekali masukkan telur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
  3. Angkat dan sedia dihidangkan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tauhu Jepun Homemade Guna Tiga Bahan Saja

Resipi Sambal Telur Cili Kering, Lauk Ringkas Tapi Dijamin Makan Bertambah

 

Telur Masin Homemade, Buat Sendiri Lagi Puas Hati

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI