Wah…S’mores Dip ni nampak sedap. Ada diklangan anda yang pernah cuba? Rasanya manis dan bercoklat. Bagi yang biasa menonton filem luar negara terutamanya dari negara Barat atau menonton rancangan masakan dari sana, pasti pernah lihat hidangan ini. Bahannya cukup mudah malah cara memasaknya juga simple. Guna 2 bahan sahaja iaitu coklat dan marshmallow. Sebaiknya guna marshmallow yang bersaiz besar supaya mudah disusun dalam bekas. Nak cuba? Saudari Zetty Riam ada kongsikan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1. Ambil bekas atau loyang yang sesuai untuk menyediakan S’mores Dip. Sebaiknya bekas yang tahan panas dan boleh dimasukkan ke dalam ketuhar. 2. Masukkan coklat cip ke dalam loyang. Ratakan dan kemudian cairkan secara kaedah double boil. 3. Setelah coklat cair, susun kepingan marshmallow diatasnya hingga menutupi permukaan coklat tadi.
4. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200C selama 8-10 minit sehingga permukaan marshmallow kelihatan sedikit hangus.
5. Keluarkan dan nikmati panas-panas bersama kepingan biskut atau mengikut cita rasa masing-masing. Nampak sedap kan? Selamat mencuba!
Bagi penggemar seaweed, korang boleh cuba buat cucur. Bunyi mungkin macam pelik tapi rasanya sedap. Boleh cuba buat untuk anak-anak yang cerewet makan. Kiranya, ini salah satu alternatif untuk korang sediakan juadah sarapan atau minum petang untuk seisi keluarga. Asyik buat cucur bilis atau cucur bawang je kan? Nah, kali ni kita buat cucur seaweed pulak.
RASA kongsikan resipi daripada facebook Anne Natashya D’Ismail.
CUCUR SEAWEED
.
BAHAN-BAHAN
Tepung gandum
2 biji telur ayam
Seaweed (yang diguna untuk balut shushi)
Garam secukup rasa
Air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
.
1. Masukkan tepung gandum dalam bekas. Kemudian pecahkan telur ayam.
2. Hancurkan seaweed dan masukkan dalam bekas tadi.
3. Masukkan garam dan tuang air sedikit demi sedikit.
4. Bancuh sebati. Jangan cair sangat sebab nanti tak sedap.
.
2. Bancuh agak-agak boleh jadi bebola.
3. Panaskan minyak masak. Goreng bancuhan 1 sudu besar setiap satu. Goreng sampai kekuningan. Angkat, toskan dan sedia dimakan.
Kuih Apam merupakan antara kuih tradisionalyang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini. Nak buat pun mudah. Jom cuba. Bolehlah nikmati untuk minum petang atau sarapan esok.
Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
Dengan menggunakan ‘ hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
Setelah itu, kukus 15 – 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna.
Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.
Info chef: : Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.
Resipi air bandung laici cincau ini sangat sesuai diminum ketika cuaca panas seperi sekarang. Lepas minum, terasa cukup menyegarkan tekak dan rasa nyaman je. Selain itu, sudah tentulah rasanya sedap. Ada rasa manis dan lemak berkrim. Memang sedap!
Kalau nak buat untuk rumah terbuka pun sesuai sangat. Tentu para tetamu teruja nak minum. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Encik Ben Safwan ini ye. Mudah dan sedap.
Resipi Air Bandung Laici Cincau
Bahan-bahan:
1 tin laici
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
1 tin susu cair
5-6 biji kurma merah
1 tin susu pekat
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
50-60 gram cincau hitam
Ais
Aiskrim soda (pilihan)
Cara Membuat:
Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau. Dalam satu bekas, masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati. Masukkan air dan buah laici.
Masukkan bahan-bahan lain dan tambah ais. Tak perlu tambah air kosong. Kalau suka air soda, boleh tambahkan juga. Selamat mencuba!