Bagi anda yang sukakan masakan yang simple dan ala kampung, menu-menu yang dikongsikan ini antara yang boleh dicuba. Hasil air tangan Puan Mimi Suriana yang sudah berbelas tahun terlibat dalam perniagaan makanan. Malah kos penyediaan lauk-lauk ni juga tidak mahal. Ada sesetengah darinya, kos hanya bawah RM10. Tapi walaupun murah, lauknya memang memecah selera. Jom cuba!

1. ASAM REBUS KELADI IKAN BILIS 

Suka Makan Lauk Macam Mak Masak Dekat Kampung? 10 Resipi Perkongsian Puan Mimi Ni Kena Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  •  300gm batang keladi
  • 2 keping asam gelugur
  • 5 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih  | dikisar halus
  • 2 biji cili padi  | dikisar halus
  • 2sm belacan  | dikisar halus
  • 2sm kunyit hidup | dikisar halus
  • 30gm ikan bilis | dikisar halus
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan | dihiris
  • 3 keping asam gelugur
  • 800ml air
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kupas kulit batang keladi dan potong anggaran 4cm, cuci  hingga bersih.
  2. Celur batang keladi bersama dua keping asam hingga empuk. Angkat dan tos. Ketepikan.
  3. Di dalam periuk berasingan, reneh bahan yang telah dikisar bersama cili kisar sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan keladi yang telah dicelur, daun kesum,bunga kantan dan asam gelugur.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, biarkan didih.
  6. Hidangkan bersama nasi putih dan sedia dinikmati.

 

2. GULAI LEMAK PISANG IKAN BILIS 

Suka Makan Lauk Macam Mak Masak Dekat Kampung? 10 Resipi Perkongsian Puan Mimi Ni Kena Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji pisang muda | dibuang kulit dan dihiris
  • 1 biji kelapa | diambil santannya
  • 40gm ikan bilis
  • 3Sm kunyit hidup | dikisar
  • 10 biji cili padi | dikisar
  • 1 batang serai | diketuk
  • 3 helai daun kunyit
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam larutan santan pekat.
  2. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan pisang muda dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Angkat dan hidangkan.

Info chef: Pastikan pisang muda dibuang kulitnya sehingga serat-serat yang melekat pada kulit dibuang kemas.

 

3. GULAI TETEL KENTANG

Suka Makan Lauk Macam Mak Masak Dekat Kampung? 10 Resipi Perkongsian Puan Mimi Ni Kena Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tetel lembu
  • 300gm ubi kentang | dibelah empat
  • 3 batang serai | dititik
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 500ml air
  • 500ml santan
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu makan serbuk perasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5gm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.
  3. Seterusnya masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.
  4. Masukkan pula tetel lembu bersama ubi kentang dan santan. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya. Renihkan bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
  6. Sedia dihidangkan.

Info chef: Pastikan rempah ditumis sehingga pecah minyak bagi mendapatkan rasa kari yang enak.

IKLAN

 

4. SAMBAL IKAN KEMBUNG REBUS GORENG CILI PADI & TERUNG PIPIT

Suka Makan Lauk Macam Mak Masak Dekat Kampung? 10 Resipi Perkongsian Puan Mimi Ni Kena Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kembung | direbus
  • 30gm terung pipit
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 10 biji cili padi | dikisar
  • 1 keping asam keping
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Minyak secukupnya | untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan kembung rebus hingga separuh garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
  3. Masukkan ikan bersama terung pipit,  asam keping dan gaulkan rata. Letakkan sedikit air jika suka.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  5. Angkat dan hidangkan.

Info chef: Pastikan bahan kisar dibiarkan masak sehingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan ikan bersama sedikit air.

 

5. SUP TULANG AYAM 

Suka Makan Lauk Macam Mak Masak Dekat Kampung? 10 Resipi Perkongsian Puan Mimi Ni Kena Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm ayam bahagian tulang
  • 3 biji bawang merah | dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih|  dimayang halus
  • 2.5sm halia | dimayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 sudu makan serbuk sup
  • 2 biji ubi kentang | dipotong baji
  • 5 biji cili padi merah | dibelah dua
  • 1 keping asam keping
  • 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
  • 1 tangkai daun sup  | dihiris halus
  • 300ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimayang halus sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sehingga garing.
  3. Setelah itu, masukkan ayam dan digaul rata. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan pula kentang dan serbuk sup. Didihkan sehingga empuk dan ayam masak sempurna.
  5. Akhir sekali, masukkan asam keping, cili padi merah dan perasakan secukupnya. Taburkan daun bawang dan daun sup.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

IKLAN

6. MASAK LEMAK BERSAMA LABU KACANG PANJANG 

Suka Makan Lauk Macam Mak Masak Dekat Kampung? 10 Resipi Perkongsian Puan Mimi Ni Kena Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm labu
  • 50gm kacang panjang
  • 50gm udang
  • 4 ulas bawang merah | dihiris
  • 3 cawan santan cair
  • 250ml santan pekat
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan cair, bawang merah dan labu. Rebus hingga  labu sedikit empuk.
  2. Kemudian masukkan kacang panjang, udang  dan santan pekat.
  3. Masak dengan api perlahan hingga hampir mendidih. Perasakan  dengan garam secukup rasa.
  4. Kacau sesekali supaya santan tidak pecah minyak. Bila labu telah lembut sepenuhnya, matikan api.
  5. Hidangkan dan sedia dinikmati.

Info chef: Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau santan supaya ia tidak pecah minyak.

 

7. GULAI IKAN KERING DENGAN BETIK 

Suka Makan Lauk Macam Mak Masak Dekat Kampung? 10 Resipi Perkongsian Puan Mimi Ni Kena Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji betik mengkal
  • 8 ekor ikan masin cencaru| dipotong empat
  • 8 ulas bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • 1kg santan
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kupas kulit betik dan potong mengikut saiz bersesuaian. Celur sebentar dan toskan airnya.
  2. Menggunakan periuk berasingan, satukan santan bersama bahan kisar serta rempah kari ikan. Kacau sebati.
  3. Masukkan betik dan ikan masin. Biarkan sehingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada masakan.

 

IKLAN

8. DAGING SINGGANG 

Suka Makan Lauk Macam Mak Masak Dekat Kampung? 10 Resipi Perkongsian Puan Mimi Ni Kena Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | dihiris nipis
  • 8 ulas bawang merah | dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih | dimayang halus
  • 2.5cm halia | dimayang halus
  • 2.5cm lengkuas | dimayang halus
  • 3 keping asam gelugur
  • 3 biji cili kering | digunting halus
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 2 liter air
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dan daging yangtelah dihiris ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk. Tambah jumlah air jika perlu.
  2. Setelah daging empuk, masukkan bahan yang telah dimayang halus, asam gelugur serta biji ketumbar.
  3. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
  4. Akhir sekali, masukkan cili kering yang telah digunting.
  5. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Masukkan sudu keluli ke dalam periuk sewaktu merebus daging bagi mempercepatkan daging empuk.

 

9. SAMBAL BELACAN MANGGA

Suka Makan Lauk Macam Mak Masak Dekat Kampung? 10 Resipi Perkongsian Puan Mimi Ni Kena Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm cili padi
  • 2 biji buah bacang
  • Sekeping belacan | dibakar
  • 2 ulas bawang putih | dibakar
  • 1 biji bawang besar | dibakar
  • Sedikit garam dan gula

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili padi bersama bahan yang dibakar.
  2. Perasakan dengan garam dan juga gula dengan secukupnya.
  3. Akhir sekali, masukkan mangga muda yang telah disagat halus. Gaul hingga rata.

Info chef: Selain buah bacang, boleh juga menggunakan mangga muda.

 

10. LEMAK PUTIH PUCUK MANIS, LABU DAN TEMPE 

Suka Makan Lauk Macam Mak Masak Dekat Kampung? 10 Resipi Perkongsian Puan Mimi Ni Kena Cuba.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji labu manis | dipotong kecil
  • 250gm pucuk manis
  • 2 paket tempe | dipotong panjang
  • 1kg santan
  • 100gm udang segar
  • 8 ulas bawang merah | ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan, bahan tumbuk dan labu ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.  
  2. Kemudian masukkan pucuk manis, tempe diikuti udang yang telah dibersihkan. Kacau rata dan biarkan sehingga semua bahan masak.  
  3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.  
  4. Angkat dan hidangkan.

Info chef: Selain udang segar, boleh juga menggunakna udang kering sebagai penambah rasa masakan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI