Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia berupa nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal belacan. Makan panas-panas memang sedap. Untuk nasinya, masaklah guna 2-3 helai daun pandan. Memang enak, lebih beraroma dan buat jadi lebih berselera. Anda nak rasa? Resipi Nasi Ala Kak Wok perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni boleh dicuba.
CARA MEMASAK: 1. Gaulkan semua bahan dengan ayam. Perap sekejap minimum 1/2 jam kemudian goreng garing. 2. Angkat, toskan minyak dan ketepikan.
GULAI ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN: Segala tulang & kaki ayam – cincang 2 biji bawang besar – hiris nipis 4 ulas bawang putih – hiris 1 inci halia 2 paket kecil rempah kari daging babas – beli online disini 1/2 paket kecil rempah kerutub adabi – beli online disini 1 biji terung – potong kecil 3-4 tangkai kacang panjang – potong pendek 1/2 kotak kecil santan – beli online disini 2 keping asam gelugur – beli online disini 1 sudu makan gula merah – beli online disini 1 sudu makan gula putih Garam dan perasa secukupnya 1 mangkuk air
CARA MEMASAK: 1. Satukan rempah kari daging dan rempah kerutub. Bancuh dengan sedikit air dan jadikan pes. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihirishingga garing dan naik bau. 3. Masukkan pes rempah tadi dan tumis hingga garing. 4. Masukkan air, tulang ayam dan juga sayur. 5. Bila ayam separuh masak, masukkan gula merah, gula, garam dan perasa dengan secukupnya. 6. Masukkan juga asam gelugur dan santan. 7. Seimbangkan rasa dan masak hingga dapat kepekatan kuah yang disukai. 8. Padamkan api dan gulai siap dimasak.
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN: 15-20 tangkai cili padi 1 inci belacan – beli online disini 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 5 biji limau kasturi – belah 2 dan buang biji Garam, perasa dan gula secukupnya
Ads
CARA MEMASAK: 1. Goreng semua bahan menggunakan sedikit minyak hingga layu (kecuali limau dan bahan perasa) 2. Kemudian tumbuk bahan yang digoreng tadi bersama garam dan perasa dengan secukupnya. 3. Bila sudah lumat, baru masukkan gula dan perahkan jus limau kasturi. Seimbangkan rasa ikut selera. 4. Masukkan 3-4 keping kulit limau ke dalam sambal dan gaul rata. Siap! 5. Untuk menikmatinya, masak nasi putih seperti biasa tetai tambahkan 2-3 helai daun pandan untuk aroma. 6. Hidangkan nasi bersama ayam, gulai dan sambal. Enak dimakan panas-panas.
Ketam segar memang sangat enak dimasak mentega telur masin begini selain digulai atau dimasak cili. Andai menikmatinya di restoran makanan laut, harga pastinya sangat mahal. Untuk lebih jimat, anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Yang paling penting, guna ketam yang segar. Memang terasa kemanisan isinya. Jom cuba resipi perkongsian saudari Izzati Insyirah Rosli.
KETAM GORENG TELUR MASIN
Bahan-Bahan:
Ketam
Sedikit tepung jagung
Telur masin direbus
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing
2 sudu makan mentega
Susu cair | anggaran 1/2 cawan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula
CARA MEMASAK:
Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur (kalau tak nak putih telur pun tak apa). Ketepikan.
2. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan masukkan daun kari serta cili padi. Tumis sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan susu cair dan gula secukup rasa. Tunggu sampai berbuih.
5. Masukkan telur masin dan ketam yang sudah digoreng.
6. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi
Tercari-cari resipi Creamy Ravioli yang mudah, sedap dan mudah masak? Resipi pasta homemadeperkongsian Chef Sue M Arukin ni antara yang boleh dicuba. Kalau makan di restoran, harganya memang mahal. Dengan adanya resipi ni, tak perlu risau lagi. Memang mudah. Kini anda boleh memasak sendiri hidangan Itali ni di rumah. Kos pun jauh lebih murah. Jom cuba.
RESIPI CREAMY RAVIOLI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
400gm doh pasta segera |nyah bekukan
120gm dada ayam | cincang halus
120gm hirisan cendawan
50gm cincangan bayam muda ( baby spinach)
1 labu bawang besar | cincang halus
3 ulas bawang putih |cincang halus
6 sudu makan parutan keju romano
2 sudu makan cincangan daun basil segar
1 cawan krim masakan
2 biji telur | pukul dengan garpu
Secubit serbuk buah pala
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
NAK LAGI RESIPI? MENU DI BAWAH INI BOLEH ANDA CUBA!
Lauk perut lembu selalunya diminati oleh masyarakat Jawa. Perut lembu ada yang suka versi masih hitam ataupun dibersihkan sehingga putih.
Salah satu masakannya adalah dimasak lemak putih. Ada juga resipi perut lembu yang dimasak ungkep atau dicampur dalam sambal goreng.
Kali ini jom kita lihat resipi perut lembu atau babat yang dimasak lemak putih bercampur dengan kacang panjang.
MASAK LEMAK PUTIH PERUT LEMBU DENGAN KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN
500 gram perut lembu
6 biji bawang merah kecil
2 inci halia
Minyak masak untuk menumis
3 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (diketuk)
Santan secukupnya
4 batang kacang panjang
Garam secukupnya
10 tangkai cili api
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan perut lembu. Kemudian rebus sehingga empuk. Toskan air rebusan dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil dengan halia.
3. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang merah kecil, halia, bawang putih dan serai.
4. Masukkan santan. Kacau seketika.
5. Masukkan perut lembu. Biarkan mendidih,
6. Masukkan kacang panjang, garam dan cili padi.
7. Biarkan mendidih sekali lagi. Matikan api.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...