
Kuih Lapis antara kuih tradisional Melayu yang sedap gabungan pulut kukus wangi dengan aroma daun pandan disalut dengan kelapa yang lemak serta dimakan dengan sos gula Melaka, memang terbaik. Cara menyediakannya pun sangat senang. Kalau tak tau cara, resipinya dikongsikan di bawah:-
KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air daun pandan
1/2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
1 helai daun pandan
1 mangkuk kecil kelapa parut | putih saja dan gaul dengan sedikit garam
BAHAN SOS GULA MELAKA:
2 keping gula melaka
3 sudu makan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
- Cuci beras pulut, kemudian rendam dengan persama air pewarna hijau dan air kapur selama setengah jam.
- Panaskan pengukus, sambil itu, toskan pulut dan masukkan dalam loyang, gaulkan bersama santan, daun pandan dan sedikit garam. Gaul rata dan kukus.
- Bila santan kering, kacau rata supaya pulut masak sekata, dan kukus lagi hingga masak.
- Sementara tunggu pulut sejuk sedikit, kukus kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam tadi. Kukus lebih kurang 5 minit.
- Pulut yang telah dikukus tadi masukkan dalam loyang yang dialas dengan plastik, padatkan pulut tersebut. Kemudian terap dengan acuan bulat.
- Seterusnya gaulkan dengan kelapa parut. Ketepikan.
- Untuk sediakan sos gula melaka. Masukkan semua bahan dalam periuk, renehkan dengan api kecil.
- Bila air gula sudah likat, tutup api dan biarkan sejujk.
- Setelah sejuk boleh hidangkan dengan pulut tadi.
INFO: Selain dikukus, pulut juga boleh dimasak menggunakan periuk nasi biasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Inti Kacang Merah Homemade Yang Sedap & Tahan Lama

Isi Kandungan
ToggleRupanya tidak susah untuk hasilkan pes inti kacang merah secara homemade. Hanya dengan kombinasi beberapa bahan, anda boleh hasilkan inti kacang merah yang sedap. Bolehlah gunakan untuk buat Pau, Roti Goreng, Roti Bun, Kuih Bom dan bermacam-macam lagi. Tak perlu dah beli inti kacang merah segera. Buat sendiri tentunya lebih sedap, jimat dan boleh kawal kemanisannya. Jadi bagi anda yang nak buat sendiri, resipi perkongsian saudari Marlia Lia ni boleh dicuba.
RESIPI PES INTI KACANG MERAH YANG MUDAH, SEDAP & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
- 400gm kacang merah – rendam semalaman – beli online disini
- Air secukupnya untuk merebus
- 2 sudu besar marjerin/ mentega – beli online disini
- 4 sudu besar shortening (lemak sayur) – beli online disini
- 1 keping gula nisan (RASA: boleh guna gula melaka) – beli online disini
- Gula pasir (ikut manis masing-masing. Saya guna 1 cawan lebih sikit)
- Sedikit garam
- 2 helai daun pandan – disimpul
CARA MEMASAK:
1.Basuh dan bilas kacang merah yang sudah direndam semalaman. Guna kacang merah yang bulat kecil begini. Bukan kidney beans @ kacang merah yang kita buat ABC.

2.Rebus kacang merah hingga betul-betul empuk dan lembut bersama daun pandan.
3.Tambah air panas beberapa cawan lagi jika kacang masih belum empuk.
4.Apabila kacang sudah empuk, sejukkan seketika sebelum dikisar halus di dalam mesin pengisar.
5.Masak semula kacang yang dikisar tadi bersama gula, marjerin, shortening dan garam. Guna api sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak hangus. Masak sehingga likat.

6.Sejukkan inti kacang merah sebelum disimpan dalam bekas bersesuaian.



INFO: Marjerin @ mentega digunakan untuk bagi rasa lemak. Boleh gantikan dengan minyak jagung atau minyak masak. Shortening pula fungsinya untuk jadikan inti kelihatan cantik berkilat.
Kredit resipi & foto: Marlia Lia
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Mudahnya Resipi Claypot Chicken Rice Halal, Mudah & Sedap

Isi Kandungan
TogglePernah cuba menu Claypot Chicken Rice @ Nasi Ayam Claypot? Katanya sangat sedap tapi agak susah nak cari restoran atau kedai yang halal kerana menu ini biasanya dijual oleh peniaga bukan muslim.
Bagi yang teringin nak makan hidangan ini, resipi dari saudari Rozmaliza Omar ni antara yang mudah. Bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah serta mengenyangkan.
Menurut empunya resipi jika suka rasa pedas, boleh dimakan bersama sos thai. Wow… Pasti ‘best’ ni. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti suka.
CARA MASAK CLAYPOT CHICKEN RICE @ NASI AYAM CLAYPOT YANG SANGAT MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN NASI:
1 tin susu beras
2 tin susu air
1 kiub pati ayam – beli online disini
BAHAN-BAHAN AYAM KICAP:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih – tumbuk – beli online disini
2 inci halia – tumbuk
4 tangkai cili kering – potong pendek – beli online disini
5 sudu makan kicap manis – beli online disini
4 sudu makan sos cili – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu makan minyak bijan – beli online disini
Sedikit air
8 biji cendawan shitake kering – rendam hingga lembut – beli online disini
Garam dan sedikit gula
Daun bawang – dipotong
CARA MEMASAK:
1. AYAM KICAP: Tumis bahan tumbuk bersama cili kering hingga wangi. Masuk ayam, biarkan sekejap.
2. Masukkan air, kicap, sos dan cendawan. Biarkan ayam dan cendawan lembut. Perasakan garam dan sedikit gula. Kacau rata. Tutup api.
3. NASI: Masukkan beras, air dan kiub ayam ke dalam claypot / periuk tanah. Masak hingga nasi separuh masak.
4. Bila nasi sudah separuh masak, letak ayam dan cendawan kicap tadi atas nasi dengan rata.
4. Tudung semula periuk nasi dan masak sehingga nasi betul-betul masak.
5. Masa nak hidang, letak 2 biji telur mata – goreng separuh masak (empunya resipi tidak letak).
6. Tabur hirisan daun bawang dan renjis minyak bijan atas nasi ayam.
7. Nasi Ayam Claypot sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Dijamin Bersih & Halal, Buat Sendiri Sawi Jeruk Hanya Guna 5 Bahan
Cara Mudah Buat Ikan Masin / Ikan Budu / Ikan Jeruk Secara Homemade
Tak Sakit Tekak, Buat Sendiri Jeruk Mangga Sedap Tanpa Guna Ibu Jeruk
Buat Sendiri Jeruk Limau Nipis Homemade. Mudah, Sedap, Pelbagai Guna
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
5 Gaya Masak Sambal Mudah Untuk Menu Ramadan

Mencari resipi sajian sambal tradisional Melayu yang sedap dan mudah dimasak? Nah, min kongsikan 5 resipi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap.
Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam.
JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering | dibuang kulit dan belah dua
100 gm ikan masin talang | digoreng terlebih dahulu
BAHAN DIKISAR:
10 biji cili merah
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji jus lemon
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..
2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi.
3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. Sedia untuk dihidang.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
NOTA: Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja. Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 kuntum bunga kantan
3 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
30 gm ikan bilis (jika suka digoreng dahulu)
10 biji cili padi
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat.
2. Simpan di dalam peti sejuk
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
NOTA: Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah. Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN:
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) | dihiris kecil
5 ulas bawang merah
½ biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
15 biji cili kering | rebus & dikisar
200 gm petai | dibuang kulit & belah
1 asam keping
Gula secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing.
2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong.
3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka.
4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
NOTA: Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu. Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
BAHAN SAMBAL IKAN BAKAR:
220gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil
2 sudu makan belacan bakar
150gm bawang kecil
Garam secukupnya
2 sudu teh sos ikan
2 ½ sudu teh gula | atau secukupnya
3 biji limau kasturi | perah jusnya
2 batang serai | dihiris halus
1 sudu makan serbuk kunyit
4 sudu makan minyak masak
PENCICAH SAMBAL BELACAN & BAWANG:
5 biji cili merah
2 biji cili padi
1.5 sm belacan
2 biji bawang kecil/dihiris nipis
Gula secukupnya
Garam secukupnya
½ cawan air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Sambal ikan bakar: Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan.
2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Pastikan cili benar-benar masak dan garing. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan.
5. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya.
6.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar.
7.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan.
8. Memanggang ikan: Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak.
9. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal di atasnya.
10. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini.
11. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit.
12.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
NOTA: Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya. Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz sederhana
1 mangkuk kecil terung pipit
5 sudu makan cili kering | yang telah dikisar
5 biji bawang kecil | ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
2 sudu makan asam jawa | diperah bersama 1/2 cawan air
1 biji bawang besar | dihiris nipis
Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.
2. Goreng terung pipit sebentar.
3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.
4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap
5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.
6. Masukkan udang dan dibalik-balikkan sebentar. Angkat dan sedia untuk dimakan.
NOTA: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Guna Resipi Sama 30 Tahun, Memang Menjadi Buat Biskut Almond Chocolate Chip
https://www.rasa.my/resipi-bahulu-comel-berwarna-pasti-anak-anak-suka/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: