Terdapat pelbagai variasi kuih koci yang boleh didapati kini. Antaranya koci labu, koci pandan dan koci pulut hitam. Lebih sedap lagi, kuih koci yang dibungkus dan dikukus sekali bersama santan atau dipanggil koci leleh.
Ternyata kuih koci leleh ini lebih sedap, terasa lemak masin santannya dengan setiap gigitan kuih koci yang berintikan kelapa tersebut. Nak tahu cara menghasilkan kuih koci pulut hitam leleh yang sedap?
Ikuti sahaja resipi perkongsian daripada Manda Syuhada ini. Memang berbaloi-baloi apabila dapat hasilkan daripada air tangan sendiri.
Sedapnya kalau dapat makan LepatPisang panas-panas. Lemak manis cukup rasa. Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial, saudari Shai Anne Ahemedkongsikan resipi Lepat Pisang terbaik yang boleh dicuba. Kuih tradisional ni mudah je nak buat. Sangat berbaloi untuk anda ‘try’. Cara masaknya pun cukup mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK LEPAT PISANG TRADISI YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas besar, satukan kesemua bahan (kecuali daun pisang). Adun hingga sebati dan tepung tidak berketul.
2. Ambil daun pisang yang telah dipotong, sudukan bancuhan lepat dengan secukupnya.
3. Bungkus lepat dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
4. Didihkan air dalam pengukus, susun bungkusan lepat di dalamnya dan masak selama 40 minit.
5. Angkat kuih dan biarkan seketika hingga suam sebelum dinikmati.
Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.
Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan. Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.
Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya
BUBUR SUM-SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih :
*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)
CARA MEMASAK :
1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa
2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.