Anda suka makan Kuih Getas? Jom cuba buat sendiri guna resipi perkogsian saudari Hamizah Yatim ni. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan yang sukar.
Bahan asasnya hanyalah kelapa parut, tepung pulut dan tepung gandum. Senang sangat. Jadi bolehlah cuba buat untuk hidangan keluarga ataupun dijadikan bahan untuk niaga. Jom cuba!

RESIPI KUIH GETAS SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN

Kuih Getas Sedap, Bersalut Rata. Begini Resipi & Cara Siranya
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut (*)
1 cawan nasi – kisar dengan sedikit air (*)
500gm tepung pulut (*) beli online disini
1/2 cawan tepung gandum (*) beli online disini
1 sudu teh garam (*)
Sedikit air
Gula
Sedikit minyak masak
BAHAN SIRA:
1/2 cawan gula
5 sudu makan air
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan bertanda (*). Masukkan air sedikit demi sedikit terlebih dahulu. Adun sampai adunan tidak melekat di tangan.
2.Ambil sedikit minyak. Lumurkan pada tapak tangan untuk elak adunan melekat.
3.Ambil adunan sebesar bola pingpong dan leperkan. Jangan terlalu nipis. Agak-agak sahaja. Buat sampai habis adunan.
Kuih Getas Sedap, Bersalut Rata. Begini Resipi & Cara Siranya 4.Panaskan minyak. Masukkan adunan yang sudah dileperkan tadi. Api jangan besar. Cukup guna api sederhana sahaja. Goreng sampai kekuningan atau garing. Angkat dan toskan minyaknya.

Kuih Getas Sedap, Bersalut Rata. Begini Resipi & Cara Siranya

Kuih Getas Sedap, Bersalut Rata. Begini Resipi & Cara Siranya5.Untuk sira, masukkan gula dan air. Masak guna api kecil hingga berbuih kecil.
6. Masukkan Kuih Getas tadi dan gaul sebati. Kena cepat-cepat gaul untuk bagi sekata gulanya.
Kuih Getas Sedap, Bersalut Rata. Begini Resipi & Cara Siranya7. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kuih Getas Sedap, Bersalut Rata. Begini Resipi & Cara Siranya

Kredit resipi & foto: Hamizah Yatim

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

IKLAN

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

https://www.dailymotion.com/video/x8q4g0f

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI