Sedapnya kalau dapat makan pisang goreng yang keraknya rangup. Kena pula dengan pisang yang sedang elok masaknya, lagi hebat rasanya. Menurut Cikgu Afy Al Habibi, untuk mendapatkan pisang goreng yang sedap, ada beberapa tip yang harus diikuti. Antaranya ialah, adunan tepung haruslah dibancuh sendiri dan tidak menggunakan tepung segera.
Malah pisangnya juga kena pilih yang sederhana masak, lembut dan manis rasanya. Warnanya? Pilih yang kuning keemasan. Barulah hasil pisang goreng tu nampak lagi menyelerakan. Sebaiknya guna pisang lemak manis.
Cikgu Afy berkongsi resipi bancuhan tepung pisang goreng yang boleh anda semua cuba. Istimewanya, beliau tak letak pun kapur. Hasilnya tetap rangup tau. Jom cuba! Bolehlah masak untuk minum petang nanti.
2 sudu makan telur – sebaiknya guna telur putih sahaja lebih baik
1/2 cawan kecil air sejuk
Ads
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air ke dalam bekas. Kacau rata semua bahan tadi. Tekstur adunan tepung haruslah tidak terlalu pekat dan perlu sedikit cair.
2. Buang kulit pisang lemak manis satu persatu. Masukkan ke dalam adunan. Tidak perlu belah kerana saiz pisangnya kecil.
3. Gunakan pengepit. Masukkan satu persatu pisang ke dalam minyak gorengan sambil merenjis adunan tepung yang melekat di pengepit. (renjisan tepung untuk menghasilkan serdak rangup)
4. Pisahkan terus pisang yang melekat antara satu sama lain dalam kuali. Balik-balikkan supaya pisang masak sempurna.
5. Bila serdak tepung gorengan sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya terlebih dulu. Jangan biar sampai hangit. Biasanya serdak akan lebih cepat garing berbanding pisang.
6. Bila pisang goreng sudah kelihatan sebegini, bolehlah angkat dan toskan.
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Bancuhan tepung tadi juga boleh digunakan untuk menggoreng ikan, sotong atau udang. Sedap!
Ads
TIP UNTUK MENGHASILKAN PISANG GORENG YANG CANTIK
1. Guna minyak yang banyak semasa menggoreng. 2. Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa pisang dimasukkan). 3. Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana sehingga pisang masak.
Telur bungkus antara lauk mudah dan menjadi kegemaran anak-anak. Kalau ke kedai makan, menu ni antara yang paling banyak dipesan pelanggan. Terasa nak berbuka dengan menu telur Bungkus hari ni? Ini resipi step by step mudah perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal yang boleh dicuba.
RESIPI TELUR BUNGKUS SEDAP
BAHAN INTI:
Isi ayam – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
1/2 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit cili merah
BAHAN LAIN:
2 biji telur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos Thai
1 sudu makan sos tiram
Secubit garam
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan ayam dan kacau seketika.
3. Seterusnya masukkan sos cili, sos Thai, sos tiram. Kacau sebati. Tambahkan juga sedikit air dan secubit garam.
4. Masukkan lobak merah dan bawang besar. Biarkan masak selama 1-2 minit.
5. Tambahkan tomato dan cili. Kacau rata. Siap.
6. Pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan pukul sebati.
7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan telur yang dipukul tadi.
8. Lenggang telur hingga nipis dan memenuhi kuali.
9. Isikan inti yang dimasak tadi. Bungkus dengan kemas.
10. Ambil pinggan dan letakkan seperti ini. Terbalikkan.
Bila sebut kek coklat, semua pasti menggemarinya. Namun tak semua suka dengan saiz yang besar, kerana sukar untuk menghabiskannya dalam masa singkat.
Jadi kali ini, Rasa kongsikan resipi kek coklat moist versi sikit daripada Khairunnisa Mohammad. Cara buatnya memang mudah dan lagi sedap bila tuang coklat ganache sebagai topping.
KEK COKLAT MOIST VERSI SIKIT
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur gred A/B ½ cawan + 1 sudu makan tepung gandum – beli online di sini ½ cawan gula – beli online di sini ½ cawan serbuk koko ½ cawan susu cair – beli online di sini ½ cawan minyak masak ¼ cawan susu pekat manis – beli online di sini 1 sudu kecil esen vanila ¼ sudu kecil garam 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil baking soda 1 sudu kecil serbuk kopi bancuh dengan 1 sudu besar air panas
1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan kacau sampai berbuih. Masukkan gula dan esen vanila. Kacau sampai gula larut. 2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan baking powder, baking soda dan garam. Kacau sampai sebati dan tiada ketulan.
3. Masukkan susu cair. Kacau sebati. Masukkan minyak. Kacau sebati. 4. Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk kopi tadi. Kacau sebati. 5. Kukus dalam loyang 6 inci atau bekas kecil selama 20 minit dengan api sederhana.
6. Kalau pakai bekas saiz 250 macam saya tu, boleh dapat 5 bekas. Tuang separuh bekas je. Nanti kek akan kembang sampai atas.
1 cawan susu cair ½ cawan serbuk koko 1/2cawan gula 1 sudu kecil esen vanila 2 sudu kecil tepung jagung 2 sudu kecil minyak masak Secubit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. 2. Hidupkan api dan kacau hingga pekat sikit. Matikan api. Boleh tuang ke atas kek masa panas ataupun sejuk.
Garlic PopCorn Chicken dengan Lemon Thyme, menu sesuai untuk dijadikan kudapan seisi keluarga. Menggunakan bawang putih sebagai bahan utama selain isi ayam, rasanya memang cukup membangkitkan selera.
Bawang putih yang diketahui memang bagus untuk kesihatan, sangat sesuai untuk dijadikan hidangan kudapan bersama keluarga.
Goreng hingga keperangan makan pula dengan sos cili atau sos Thai, tahu-tahu habis sepinggan popcorn Chicken ni. Nak tahu kesedapannya jangan lupa cuba!
Garlic Popcorn Chicken Dengan Lemon Thyme
BAHAN-BAHAN:
Ayam bahagian Dada dibuang tulang
Sebiji telur
Tepung Bestari Asli
5 ulas bawang putih fine chopped
Paprika
Lemon Thyme
Garam
Lada Hitam
Air
CARA PENYEDIAAN:
Ayam dipotong Dadu. Kemudian campurkan semua bahan-bahan lain. Gaul sebati.
Perap ayam dalam 30 minit. Panaskan minyak dan goreng.
Gunakan api sederhana supaya ayam yang dimasak tidak terlalu garing.
Siap dan sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan cili sos atau sos Thai