Ada yang panggil kuih bakar pandan, ada yang panggil bingka tepung. Tapi suka yang jenis kosong begini tidak letak bijan. Janji sedap dan menjadi kuih kesukaan seisi keluarga.
Kuih Bakar Pandan
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan gula (kurangkan kalau tak nak manis)
1 cawan air pandan
2 1/2 cawan santan
Sedikit garam
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan dan kacau.
2.Nak bagi sebati , boleh blend kejap.
Ads
3.Kemudian bolehlah dimasukkan dalam loyang dan dibakar.
4.Bakar dalam oven suhu dengan suhu 200 selama 1 jam.Kalau nak kerak lebih, bakar la lama sikit.
Pulut panggang stail Kelantan ini secukup rasa. Ada lemak, masin dan manisnya. Intinya pula menggunakan ikan sardin atau ikan selayang.
Ada yang panggil pulut lepo. Boleh buat untuk sarapan. Minum pula teh O Panas. Memang ngam habis. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Izamani Ismailini ye. Selamat mencuba.
Kukus pulut (bahan pulut) hingga masak, sekitar 30 minit. Ketepikan.
Untuk inti, rebus ikan dengan asam keping dan garam serta sedikit air. Bila sudah masak, ambil isi ikan sahaja dan tumbuk lumat. Ketepikan.
Masukkan santan, halba dan bahan kisar serta isi ikan ke dalam kuali. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering.
Ambil daum pisang, letakkan sedikit pulut atas daun pisang, bubuh inti, tutup dan bungkus dengan cara gulung dan staple bahagian tepi kiri dan kanan. Ulangi langkah hingga selesai.
Sediakan pemanggang dan bolehlah bakar. Siap dan sedap dimakan panas-panas.
Resipi kuih cara serunding kentang. Selalu kita jumpa kuih cara manis atau cara berlauk kan? Kali ini resipi kuih cara ini agak berbeza, menggunakan inti serunding kentang.
Menarik kan? Yang penting, mesti sedap. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Rozmaliza Omar ini ye.
Kuih cara berlauk, makan bila-bila pun sedap. Kalau dah tak tahu menu apa nak makan malam ni jom kita buat kuih cara berlauk. Penuh dengan inti, pedas dan cukup rasa.
Kuih cara berlauk Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum 1 biji telur 1 cawan santan 1/2 cawan air Secubit garam Secubit gula – optional 1 sudu besar marjerin 1 titik pewarna kuning
Cara membuat: 1.Kisar semua bahan hingga sebati, tapis dan masukkan dalam jug kecil.
Bahan inti: 1/2 pek daging kisar 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 2 sudu besar rempah kari daging-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil serbuk lada hitam-BELI ONLINE DI SINI 1 kiub pati ikan bilis (saya guna 1 sudu kecil secukup rasa) Garam secukupnya
Hiasan: Daun sup/bawang-dihiris halus Cili merah- dihiris halus
Cara memasak: 1.Panaskan minyak, tumiskan bawang. 2.Dah layu masukkan serbuk kari. 3.Masukkan daging. 4.Biarkan daging masak seketika dan masukkan serbuk lada hitam, secukup rasa dan garam. 5.Dah masak tutup api, ketepikan. 6.Sediakan bekas untuk kuih cara, saya guna acuan tart. 7.Letakkan sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi. 8.Letakkan inti daging, daun sup/daun bawang dan cili. 9.Panaskan oven suhu 180. 10.Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. 11.Siap untuk dihidang. Kredit: Hidayati Hana
Ketahui cara masak suhun yang betul supaya tidak menyerap kuah, kekal kenyal dan tidak mudah lembik. Ikuti tip mudah ini untuk hasil sup yang lebih sedap.