Ada yang suka makan bahulu gulung? Potong kecil-kecil sedap dinikmati bersama kopi panas. Lebih sedap jem pun dibuat sendiri. Boleh follow resipi yang dikongsi oleh Badariah Abdrahman ni. Puan ini membuat mini bahulu gulung menggunakan acuan apam balik. Selamat mencuba.
BAHULU GULUNG
Bahan-bahan:
2 cawan telur
2 cawan gula pasir(Saya keluarkan 2 sudu makan)
2 cawan tepung gandum.(Saya tambah 2 sudu makan) Disangai. Diayak letak 1/2 teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil esen vanila. (Kalau nak letak perasa lain pun ok seperti pandan dan strawberi-BELI ONLINE DI SINI
Pukul gula dan telur sampai gebu. Masukkan tepung sikit-sikit dan perasa.
Jem nenas.
2 biji nenas- diparut
Sedikit kulit kayu manis
Gula ikut kemanisan (Sedikit gula batu, tak nak tak apa).
Masak hingga nak kental.
Bakar adunan dalam oven. Suhu 200 api atas bawah dalam masa 15 minit. Atau dah kekuningan. Angkat terus letak jem. Panas-panas terus gulung.
# selalu buat guna tepung cap kunci.
Kredit: Badariah Abdrahman
Begini Cara Buat Kuih Bakar Pandan Tanpa Telur Macam Orang Dulu-Dulu
Buat Lempeng Guna Baki Nasi Sejuk, Elok Je Jadi Lembut & Gebu
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tomyam Campur, Sedap Dihirup Panas-Panas
Tomyam adalah satu jenis lauk yang sejak dahulu memang digemari. Cita rasa masam yang dimiliki membuatkan kuah tomyam amat menyelerakan. Selalunya, individu yang mengalami demam atau tidak sedap badan, pasti menyukai tomyam kerana bau dan rasanya boleh membuka selera.
Jom kita lihat resipi tomyam yang ringkas namun menyelerakan ini.
TOMYAM CAMPUR
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
1 biji tomato (kisar)
1 biji bawang merah (kisar)
1 batang serai (kisar)
Air secukupnya
3 sudu besar pes tomyam
2 ketul ayam (potong kecil)
10 ekor udang
2 ekor sotong (potong kecil)
Cendawan
Cili padi
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut
1 biji tomato (potong 6)
CARA MEMBUAT
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tumis seketika. Kemudian, masukkan air (separuh periuk).
2. Masukkan pes tomyam.
3. Kemudian, masukkan ayam.
4. Apabila ayam dah separuh masak, masuk udang, sotong, bawang, cendawan, cili padi, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
5. Masak seketika, kemudian masukkan pula daun limau purut dan tomato.
6. Biarkan mendidih dan tutup api.
Tip: Boleh tambah susu cair, sos ikan, santan untuk lebih cita rasa. Boleh tambah lengkuas dan akar ketumbar untuk rasa yang lebih sedap. Selamat mencuba.
Sumber: Instagram Dapur Syira Lokman
Resipi Mi Goreng Daging Cara Kampung Paling Mudah & Sedap.
Sedapnya Mi Goreng Daging ni. Bagi anda yang gemar pelbagaikan sajian, mi adalah antara pilihan bagi menggantikan nasi. Senang disediakan malah boleh disuaikan dengan pelbagai gaya masakan. Bila tiba malam, jika ingin mengalas perut dengan sajian yang tak terlalu berat, mi ni antara pilihan yang sesuai. Nak cuba resipi mi goreng daging yang ‘simple’ tapi sedap giler? Resipi di bawah ni memang kena cuba.
MI GORENG DAGING POWER
BAHAN-BAHAN:
- 300gm mi kuning
- 200gm daging |hiris nipis dan rebus empuk
- 100gm brokoli | potong kecil
- 2 biji telur
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 2 sudu makan stok daging/air
- 5 ulas bawang putih | tumbuk halus
- 4cm halia muda | hiris halus/nipis
- 1 sudu makan cili kisar
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan hirisan halia hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan hirisan daging, tumis hingga masak.
- Masukkan kicap pekat manis dan stok daging/air. Didihkan seketika.
- Masukkan mi kuning dan brokoli. Masak hingga lembut.
- Pecahkan telur dan biarkan sebati dengan mi.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sedia dihidangkan.
Info chef: Tidak perlu masukkan telur jika tidak suka.
Bakeri & Pastri Syiok Makan, Idea Hebat KDU University College.
Menu kali ini cukup sesuai dijadikan sarapan dan sajian petang yang enak. Idea roti, pastri, bun roti serta pencuci mulut dari meringue memang cukup popular dan menepati selera penggemar bakeri dan pastri.
Hebat-hebat idea bakeri dan pastri dari tenaga pengajar KDU Universiti College iaitu Chef Fami Taufeq Fakarudin, Chef Adrian Pinto dan Chef Ahmad Azfar Zikri Ahmad Zaini. Jom cuba , korang boleh ceriakan sambutan Kemerdekaan dengan menu ini nanti tau.
.
1. PAI AYAM PASTRI LAPIS
.
BAHAN-BAHAN :
- 250gm dada ayam | dipotong kiub
- 12gm bawang putih | dicincang halus
- 100gm bawang besar | dipotong dadu
- 100gm batang saderi | dipotong dadu
- 100gm lobak merah | dipotong dadu
- 50gm cendawan butang | dipotong dadu
- 100gm tepung gandum
- 50gm pes tomato
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 400ml air rebusan ayam
- 150ml minyak masak
- 2 keping pastri lapis | ada dijual di pasaraya
- 1 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan dada ayam dengan tepung sehingga sebati
2. Panaskan minyak masak d idalam periuk
3. Tumis bawang putih, bawang besar, lobak merah dan batang saderi selama 5 minit dengan api yang sederhana
4. Masukkan pes tomato dan masak sehingga pecahkan minyak
5. Masukkan dada ayam dan gaul rata, masukkan cendawan butang
6. Tuangkan air rebusan ayam dan renehkan selama 20 minit
7. Masukkan garam, lada hitam secukup rasa
8. Sejukkan inti pai tersebut dan sudukan inti pai tersebut ke dalam loyang pai.
9. Alaskan loyang tersebut dengan pastri lapis dan pastikan dikepilkan bahagian tepi dengan rapat
10. Sapukan lapisan telur diatas lapisan pastry rapuh tadi
11. Panaskan ketuhar pada 190”C
12. Bakarkan adunan tadi di dalam ketuhar selama 25 – 30 minit
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 25-30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Pai berlemak dengan inti ayam dan cendawan berperisa
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Bagi menaikkan rasa lemak di dalam sos ayam, masukkan krim cair sebanya 100ml sebelum atau semasa dimasukkan garam dan lada hitam.
2. PAI DURIAN
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh pastri bergula :
- 1 biji telur
- 50gm gula castor
- 125gm mentega
- 200gm tepung kek
- 3gm garam
Bahan inti durian :
- 350gm isi durian
- 250gm krim putar bergula
- 8gm serbuk gelatin
- 10ml air
CARA MEMASAK :
Cara membuat doh pastri bergula (kulit pai) :
- Panaskan ketuhar pada suhu 190 C.
- Masukkan mentega, gula, garam dan tepung ke dalam mesin pengadun. Biarkan sehingga adunan menjadi seperti pasir yang kasar.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
- Keluarkan adunan tadi dan uli dengan tangan sehingga adunan tadi menjadi doh.
- Jangan uli terlalu lama, rehatkan doh selama 30 minit. Canaikan doh setebal 5mm dan lapiskan di atas loyang pai
- Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga menjadi warna keemasan. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan.
Cara membuat isi durian :
- Lenyek isi durian sehingga lumat. Pukul krim putar sehingga kembang
- Taburkan serbuk gelatin ke atas air dan biarkan ia kembang 5-10 minit dan cairkan di atas air panas mendidih (double boil).
- Campurkan isi durian dan gelatin yang telah dicairkan. Masukkan krim putar ke dalam adunan durian dan gaul hingga sebati.
- Tuangan adunan durian ke dalam kulit pai.
- Sejukkan selama 2-3jam di dalam peti sejuk. Potong dan hidangkan.
Saiz hidangan : Satu loyang pai berukuran 10 inci @ 25 sm
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pastri
Keistimewaan : Kaya dengan rasa dari isi durian sebenar
Anggaran kos : RM30
INFO CHEF : Untuk rasa lebih lemak berkrim paipkan krim putar dan taburkan gula aising di atas pai tersebut.
3. PAVLOVA BERI BERKRIM
.
BAHAN-BAHAN :
- 100gm telur putih
- 100gm gula kastor
- 12gm tepung jagung
- 1 sudu teh esen vanilla
- 10ml cuka salad
- 150gm krim putar
- 300gm strawberi, blueberi dan raspberi
CARA MEMASAK :
- Ayak tepung jagung bersama gula aising.
- Pukul putih telur Bersama gula kastor, tepung jagung, gula aising, cuka salad dan esen vanilla di dalam mesin pengadun atau gunakan pemukul telur.
- Pukul sehingga semua adunan tadi kembang dan pekat dan warna adunan telur menjadi putih dan bersinar.
- Sudukan atau paipkan adunan ke atas loyang ketuhar yang dilapik kertas kek.
- Panaskan ketuhar pada suhu 165 darjah Celsius. Bakar adunan tadi di dalam ketuhar selama 25-30 minit.
- Sejukkan pavlova tadi, sudukan krim putar ke atas pavlova dan susunkan strawberi, raspberi, bluberi di atas krim
- Ayak gula aising di atas pavlova sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Meringue
Keistimewaan : Manis dan enak dengan potongan buah-buahan serta cair dalam mulut
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Selain buah-buahan beri boleh juga digantikan dengan buah mangga, nangka dan pisang dan juga boleh dihiaskan dengan kepingan coklat.
4. BUN MANIS SUSU MENTEGA
.
BAHAN-BAHAN :
- 1500gm tepung roti | diayak
- 690ml air
- 150gm telur
- 75gm yis
- Garam secukup rasa | diayak
- 90gm gula kastor
- 120gm mentega
- 75gm susu tepung | diayak
Bahan inti susu mentega:
- 500gm susu tepung
- 400gm gula castor
- 500gm mentega
- 70gm tepung kastad
- 50gm tepung gandum
- 50gm tepung jagung
- Secubit garam
CARA MEMASAK :
- Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun,
- Adunkan dengan perlahan dan tuangkan air perlahan-lahan semasa mengadun.
- Adunkan dengan kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
- Masukkan mentega dan teruskan mengadun sehingga mentega sebati di dalam doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan doh kepada bebola berat seberat 100gm setiap satu.
- Isikan bebola tadi dengan inti susu mentega seberat 30gm setiap satu. Kemudian bulatkan doh tersebut.
- Rehatkan doh selama 45 minit atau shingga doh menjadi dua kali ganda besar.
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15- 18 minit.
Cara memasak inti susu mentega :
- Masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam mesin pengadun.
- Pukul sehingga semua bahan sebati dan rata.
- Sejukkan bahan tersebut dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan.
Saiz hidangan : 20 buku bun, 30gm setiap satu
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu dan berkrim dengan inti susu mentega.
Anggaran kos : RM23
INFO CHEF : Boleh juga menggunakan inti coklat.
5.ROTI PANDAN KACANG MERAH
.
BAHAN-BAHAN :
- 1500gm tepung roti | diayak
- 690ml air
- 150gm telur
- 75gm yis
- Garam secukup rasa | diayak
- 90gm gula kastor
- 120gm mentega
- 75gm susu tepung | diayak
- 100gm pes pandan
Bahan inti :
500gm pes kacang merah | sudah siap dijual di pasaraya @kedai bakeri
CARA MEMASAK :
- Campurkan tepung roti, yis, garam, gula, susu tepung dan telur ke dalam mesin pengadun.
- Adunkan dengan kelajuan sederhan sehingga adunan menjadi doh yang sebati dan licin di permukaan doh.
- Masukkan mentega dan pes pandan dan teruskan mengadun sehingga campuran rata ke dalam doh.
- Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit. Canaikan doh setebal 8-10mm.
- Letakkan semua pes kacang merah di atas doh yang dicanai.
- Gulungkan doh sehingga menjadi gulungan besar. Potong gulungan tadi dalam 3-4 bahagian.
- Masukkan doh ke dalam tin pembakar.
- Rehatkan doh selama 45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali ganda besar
- Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius selama 15-18 minit.
Saiz hidangan : 4 buku roti
Waktu memasak : 1 jam – 2 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Lembut dan gebu berperisa pandan dan inti kacang merah yang enak.
Anggaran kos : RM25
INFO CHEF: Resepi yang sama boleh digunakan untuk inti coklat, kastad, kaya ikut citarasa masing-masing.
RESIPI : FAMI TAUFEQ FAKARUDIN, ADRIAN PINTO & AHMAD AZFAR ZIKRI AHMAD ZAINI
TERIMA KASIH : KDU UNIVERSITI COLLEGE, Jalan Kontraktor U1/14, Seksyen U1, Glenpark U1, Shah Alam. www.kdu.edu.my