3. Masukkan sedikit demi sedikit gandum, baking powder, tepung jagung dan serbuk koko yang sudah diayak secara berselang-seli. 4. Gaul sambil diuli sehingga menjadi doh dan tak melekat di tangan. 5. Selepas itu, canaikan doh tapi jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat. 6. Boleh tekap dengan gelas bagi jadi bentuk bulan. Atur dalam loyang.
7. Panaskan ketuhar. Kemudian, bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
8. Bila dah masak, sejukkan dahulu di atas tray. Kemudian, baru salut dengan coklat.
9. Untuk sediakan celupan coklat, 2 cawan coklat masakan beryls dicairkan dengan kaedah double boiler ataupun masuk dalam microwave pun boleh.
Ads
10. Kacau hingga berkilat. Tuang badam cincang yang telah dipanggang ke dalam coklat cair. Kacau dan celup biskut. 11. Simpan sekejap dalam chiller. Bila salutan coklat dah mengeras, keluarkan dan susun dalam bekas kedap udara.
Apa menu istimewa bila sekeluarga berkumpul?Menu berasaskan ayam, daging atau menu seafood. Tepuk dada tanya selera. Kalau ada yang request nak menu dari kambing, apa kata masak kambing peratal ni. Masak menu ni penuh dengan rempah ratus dan enak dimakan bersama nasi putih mahupun roti.
Peratal Kambing
Bahan-bahan: 1 kg daging kambing (potong kecil) 2 bawang merah (hiris) 7 biji bawang putih 7 cm halia 5 biji ubi kentang (dadu) 1 biji tomato (dadu) 2 sudu kecil jintan manis 1 batang kayu manis 5 biji bunga lawang 3 biji cengkih 5 tangkai daun kari 4 sudu besar serbuk kari daging 5 sudu besar serbuk cili biasa 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar kicap pekat Air Garam Gula
Cara memasak: 1.Guna Periuk tekanan/didih di atas periuk biasa, rebus daging kambing (isi dan tulang) bersama 2 cm halia (tumbuk) masukkan ke dalam dan masak sampai 3/4 masak untuk lembutkan daging dan kurangkan bau tumbuk jintan manis, bawang putih dan halia. Ketepikan 2.Panaskan kuali, tuang minyak, lebihkan minyak untuk kacau bahan-bahan. 3.Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah tumis sampai keperangan dan masukkan daun kari. 4.Masukkan bahan-bahana yang sudah ditumbuk, tumis sampai keperangan. 5.Masukkan daging kambing yang 3/4 sudah masak ke dalam kuali dan kacau seketika. 6.Masukkan serbuk kari daging dan cili biasa ke dalam dan kacau sampai sebati 7.Tuang air secukupnya, cukup untuk tutup daging kambing sahaja, kemudian masukkan ubi kentang ke dalam dan kacau. 8.Biar ubi kentang masak, kacau sekali sekala. 9.Letak garam dan gula secukupnya. 10.Bila ubi kentang dah masak, pastikan untuk cucuk daging kambing, guna garpu untuk pastikan dah lembut ke belum. 11.Tuang sos tomato dan kicap pekat 12.Kacau daging kambing sampai air surut ke tahap kuahnya menjadi pekat 13.Masukkan tomato dan daun kari ke dalam, kacau seketika dan tutup api 14.Hidang dengan nasi atau roti kegemaran anda Kredit: Michelle Shamila
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ikan patin dan ketam, kalau dimasak pedas-pedas memang sedap. Tak perlu lauk lain pun dah cukup untuk tambah selera makan. Tekak masyarakat kita memang terbiasa dengan lauk yang mempunyai cita rasa pedas.
Resipi ini sesuai untuk anda hidangkan ketika sibuk dan tiada banyak masa untuk memasak. Caranya ringkas dan memudahkan kerja. Selamat mencuba.
IKAN PATIN SAMBAL MERAUNG
Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH
Bahan-bahan
3 potong ikan patin
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan-bahan kisar
3 kunyit (sebesar ibu jari)
5 batang serai
1 sudu teh garam
Sedikit air
Bahan tumis
5 biji cili padi hijau (ditumbuk halus)
1 biji bawang (dihiris)
2 sudu minyak masak
Sedikit air
Garam
Cara membuat
1. Bahan-bahan kisar dikisar halus menjadi pes.
2. Ikan dibersihkan dan ratakan pes kunyit yang telah dikisar halus dan perap selama 30 minit.
3. Setelah diperap, ikan digoreng secara terendam dalam minyak masak sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
4. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak masak.
5. Tumis bawang dan cili padi yang ditumbuk sebentar.
6. Kemudian masukkan sambal dan sedikit air.
7. Gaul dan masak hingga garing.
8. Setelah garing masukkan ikan dan gaul rata sehingga menyalut keseluruhan ikan.
9. Perasakan dengan garam mengikut cita rasa.
10. Angkat dan sedia dihidangkan.
KETAM TELUR MASIN SAMBAL MERAUNG
Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH
Bahan-bahan
4 ekor ketam
6 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng terendam
Bahan-bahan tumis
4 biji telur masin (direbus, korek isinya dan dilenyek)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 biji cili padi (ditumbuk halus)
4 biji cili padi (diketuk)
4 tangkai daun kari
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair
2 sudu besar sambal
Cara membuat
1. Ketam dibersihkan dan dikukus sehingga masak.
2. Satukan tepung jagung, serbuk kunyit dan garam, gaul rata.
3. Salutkan ketam dengan bancuhan tepung jagung dan goreng secara terendam dalam minyak sehingga ketam kuning keemasan. Angkat dan toskan.
4. Dalam kuali berasingan panaskan mentega.
5. Tumis bawang putih dan cili padi yang ditumbuk serta cili padi yang diketuk dan daun kari sehingga harum.
6. Kemudian masukkan telur masin yang di lenyek tadi bersama susu cair dan sambal.
7. Gaul dan masak sehingga rata.
8. Masukkan ketam dan gaul rata hingga ia menyalut keseluruhan ketam.
9. Angkat dan sedia dihidangkan.
Resipi ayam kukus Chinese style ini sesuai buat yang mahu hidangan sihat namun ringkas. Tanpa perlu sambal dan pelbagai rencah hidangan ayam ini mampu memberi rasa enak sekali.
Gabungan rasa kicap manis, minyak bijan, dan lada hitam memberikan perisa yang mendalam pada ayam, sementara hirisan halia dan daun bawang memberi aroma segar dan menyelerakan. Cubalah…
4 sudu besar kicap manis / kicap cair
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Cara Membuat Ayam Kukus Chinese Style
1. Perapkan ayam dengan bahan perapan yang disediakan selama 1 jam. Pastikan ayam disaluti rata dengan semua bahan perapan untuk memastikan rasa meresap dengan baik.
2. Letakkan ayam yang diperap dalam bekas kukusan. Taburkan hirisan halia dan daun bawang di atas ayam.
3. Panaskan kukusan dengan api yang besar dan kukus ayam selama kira-kira 30-40 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya. Pastikan kukusan dalam keadaan panas supaya ayam masak dengan sempurna.
4. Setelah ayam kukus siap, angkat dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan.
5. Hidangkan ayam kukus ini dengan nasi panas ataupun nasi ayam.
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!