Aktiviti buat kudapan untuk minum petang ataupun kudapan harian di rumah. Hari ni kita cuba buat tumpi kacang dal dengan ikan bilis.
Buat mereka yang sukakan snek ala tradisional, bolehlah cuba resipi tumpi kacang dal daripada Ummu Ashraf ini.
TUMPI KACANG DAL DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
Ads
400 gm tepung beras (saya guna jenis apa yang ada sebab tinggal luar negara tak boleh memilih jenama tepung beras. Asal ada tanda halal je) – beli online di sini 2 biji telur 5 cawan santan – beli online di sini Sedikit garam ½ sudu teh kapur makan (campur air)
1. Campurkan semua bahan. Tambah air jika perlu. Saya tumbuk kasar-kasar lagi 1 sudu besar ketumbar, jintan putih dan jintan manis setiap satu dan masukkan lagi sebab saya suka rasa tergigit rempah. 2. Rendam 400gm macam dal semalaman. Nak guna nanti toskan. 3. Masukkan tepung beras dalam satu bekas. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan tumbuk. Kacau-kacau. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa. Kacau sekata.
4. Masukkan telur dan santan sambil-sambil kacau. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. 5. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair. Kemudian, masukkan air kapur. Kacau rata.
6. Panaskan minyak. Sebelum mula menggoreng, baru masukkan kacang dal dan ikan bilis ke dalam adunan. Kacau-kacau bagi sebati. 7. Ambil sesenduk adunan, tuang di bahagian tepi kuali. Adunan akan mengeras dan jatuh sendiri ke tengah kuali. Goreng hingga keemasan.
Bila terperangkap lama begini, hati mula membayangkan makanan yang sedap dan tempat yang mahu dilawati. Petang-petang begini enaknya jika dapat menikmati scone sedap macam di Cameron Highland. Tambah lengkap dihidangkan bersama secangkir teh, alangkah nikmatnya.
Scone enak dimakan panas panas dioles dengan butter dan jem strawberry di atasnya, wah serasanya berada di Tanah Tinggi Cameron. Jomlah kita buatnya ikut resipi yang dikongsi oleh Azie Kitchen
SCONE
Bahan bahan:
300 gram tepung gandum
85 gram unsalted butter – suhu bilik
50 gram gula
2/3 cawan susu
4 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
1 biji telur
Cara membuat:
1.Satukan tepung gandum, gula, baking powder, garam dan mentega dan gaul rata.
2.Satukan telur dan susu, kacau rata. Ketepikan sedikit untuk disapukan pada scone sebelum dibakar.
3.Satukan bahan tepung dan bahan susu dan telur. Kacau rata dan gaul sehingga sebati.
4.Canai mengikut ketebalan yang disukai dan tekap.
5.Susun di dalam loyang dan sapu dengan lebihan bancuhan susu dan telur tadi.
6.Panaskan oven 220C. Bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan yang disukai.
Resipi Ayam Masak Kicap ni memang ada pelbagai cara masak. Ada yang suka berkuah dan ada juga suka yang kering. Kali ini, kami kongsikan cara buat Ayam Masak Kicap versi kering yang dikongsi oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan. Katanya, lagi kering lagi sedap. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AYAM MASAK KICAP KERING
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah ros
1 inci halia
3-4 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
½ biji bawang Holland
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili hijau dipotong kasar lalu ditumis sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah dipotong kecil supaya lebih cepat masak. Boleh juga gunakan bahagian lain seperti dada.
3. Bila ayam dah separuh masak, masukkan kicap lemak manis. Jika tak suka manis, gunakan kicap lemak masin. Sentiasa gaul ayam.
4. Masukkan sos cili dan sos tomato. Sos-sos ini membantu memekatkan kicap. Gaul hingga sebati.
5. Boleh tambah garam jika tidak masin. Biarkan kuah memekat. Boleh masukkan sedikit bawang Holland.
6. Bila kuah dah kering, boleh masukkan daun bawang atau apa sahaja daun yang ada di dalam peti sejuk. Barulah nampak lebih menyelerakan.
Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.