Resipi roti ala Burger Big Mac Mcdperkongsian saudari Fatin Pauzi ini nampak sangat sedap dan membuka selera. Menurut beliau, resipi ini sesuai bagi anda yang nak buat perut rasa kenyang tapi tidak penuh, nak jaga perut waktu pagi untuk elak makan nasi berlemak dan berminyak. Sangat mudah cara pembuatannya. Malah suami beliau juga puji, katanya rasa lebih sedap dari burger restoran makanan segerat tersohor tu. Wow… Jomlah cuba. Pasti anda pun akan suka.
CARA MEMASAK: 1. Jika guna daging kisar, goreng dulu daging kisar guna mentega. Jangan letak garam atau gula. Kalau daging slice yang sudah masak, boleh terus letak sahaja. Tidak perlu goreng.
Ads
2. Potong bahagian tepi roti. Biar bahagian putih sahaja.
3. Letak keju mozarella atas roti. Baru letak daging.
4. Tutup dengan sekeping lagi roti dan penyet bahagian tepi biar melekat dan tertutup. Ia bertujuan supaya elak keju dan daging keluar ketika dimasak. Lakukan hingga bahan habis.
5. Pecahkan telur dalam mangkuk. 6. Letak susu segar dan lada sulah dengan secukup rasa dan pukul sampai sebati.
7. Panaskan mentega dalam kuali sampai cair.
8. Rendam habis roti dalam campuran telur tadi dan masukkan ke dalam kuali.
9. Goreng sampai masak dan balikkan roti. Biarkan bahagian satu lagi masak sempurna dan keperangan.
Ads
10. Roti ala Burger Big Mac Mcd sudah siap. Semasa masih panas, terus potong bahagian tengah kalau nak tengok keju meleleh. Sedia untuk dinikmati.
Nasi Goreng Kerabu ni sedap dia lain macam. Selalu makan nasi kerabu yang memang tak asing lagi dalam dunia kulinari Malaysia, terkenal dengan keunikan warna biru nasinya, ulam-ulaman segar, sambal kelapa, dan ikan goreng.
Tapi pernah cuba versi yang digoreng? Nasi Goreng Kerabu ialah olahan moden yang menggabungkan keaslian rasa nasi kerabu dengan gaya goreng berempah yang harum dan memikat selera.
Dihidangkan panas-panas bersama keropok, sambal belacan dan telur mata, nasi ini bukan saja mudah disediakan malah boleh jadi menu lengkap untuk sarapan, makan tengah hari atau bila-bila masa teringin sesuatu yang ringkas tapi padu rasanya! Jangan lupa cuba nanti.
Nasi Goreng Kerabu
Bahan bahan:
3-4 cawan nasi
4 batang kacang panjang(dihiris)
Sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan(dihiris)
1 batang serai (bahagian bawah) (dihiris)
1 batang kacang botol(dihiris)
1 papan petai(dihiris nipis)
Sedikit ikan bilis
Bahan kisar:
1 inci belacan
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cili padi hijau
3 cili merah
untuk cara memasak dan hasilnya boleh tonton dalam video di bawah. Selamat mencuba!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sesekali ubah selera dengan mencuba hidangan Nasi Ayam Singapura. Nasi gebu yang dihidangkan bersama ayam, sos dan sup yang diadun dengan sempurna. Hmmm…Memang cukup rasa!
BAHAN AYAM:
1 ekor ayam | dipotong empat & dibersihkan
5 sudu makan gula merah | dikisar halus
3 liter air
1/2 inci halia
1 kiub pati ikan bilis
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasarMadu dan minyak masak secukupnya
BAHAN NASI:
500 gm beras | dibasuh dan ditoskan
2 helai daun pandan
30 gm lemak ayam
15 gm halia | dihiris
Sedikit garam
BAHAN SOS ( DIKISAR) :
10 biji cili merah
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
20 gm halia muda
15 gm cili padi
120 gm air limau nipis
BAHAN SUP:
Air rebusan ayam
Bawang goreng secukupnya
Hirisan daun sup secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan ayam kedalam periuk bersama gula merah, air, halia dan bawang putih. Rebus hingga separuh masak dan diangkat. Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan juga untuk dijadikan sup.
Salutkan ayam bersama madu dan minyak masak secukupnya. Panaskan oven pada suhu 180’c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi garing keemasan.
Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia yang dihiris sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.
Untuk sos, satukan kesemua bahan kedalam periuk. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sehingga masak.
Bagi sup pula, ambil air rebusan ayam tadi dan campurkan hirisan daun sup dan juga bawang goreng. Renehkan seketika.
Akhir sekali, hidangkan nasi bersama ayam panggang, sos, sup dan daun salad.
Makanan bergoreng selalu menjadi pilihan untuk hidangan ringan pagi atau petang. Banyak gerai yang menjual pelbagai makanan bergoreng, memberikan kita banyak pilihan. Tetapi sering kali makanan yang dibeli tak kena dengan selera, indah rupa dari rasa. Jom cuba tip yang Kak Cik kongsikan, resipi sebenar bagaimana nak hasilkan masakan tepung goreng yang rangup, rapuh dan berkerak!
Kak cik nak bercerita pasal celup tepung malam ni. Nak bagi tips ye.
Part paling penting ialah bahan2 kene betul tau.. 1st thing,tepung kene yang terbaik untuk goreng celup tepung bagi yang gemar makan cicah habuk halus banyak krup krap..ni taste bukan goreng ala2 KL yg takde habuk(serdak) tu ye.
Tepung beras? Tahu tak tepung beras ada banyak jenis & fungsinya, banyak jenama, mana satu nak pilih? Ke pakai hentam je?
Ehhh..jangan, nanti tak menjadi jangan salahkan si pemberi resepi pulak, walhal bahan yang tak kena.
Ilmu yang dapat sejak menuntut secara lisan dengan bonda, tepung terbaik untuk pisang, keledek, seafood celup tepung ialah tepung beras cap 3 teratai untuk rapuh,rangup,berabuk banyak.. Tetapi kalau silap tepung, ada yang jadi tebal, tak berabuk halus & lemau bila sejuk…- Achik Ita Jsd Kelantan
BAHAN-BAHAN:
500g tepung beras(kurang pun xpe)
1 biji telur
1 sudu teh garam
2-3 sudu makan gula
1 sudu teh serbuk kunyit
Secubit kapur makan
CARA MEMASAK:
Bancuh semua dengan air biasa je agak2warna peach gitu. Part ni ada yang kata guna ais, tapi selepas percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair..INGAT!Ais mencair bukan beku dalam tu..tak payah guna ais pun memang rangup sangat2 dan berhabuk banyak tau..
Jadi bila semua bahan2 dah betul bancuh , lihat pulak cara2 membuat adunan.
Adunan jangan pekat sangat, jangan cair sangat.
Minyak wajib banyak, jangan kedekut (deep fried)
Wajib api besar (slow2 kene tinggal)
Jangan selam atau rendam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat.
Jgn simpan lama dalam peti adunan tu. Nak ulang guna, wajib bancuh lain sikit kemudian campur dulu dengan yang sebelum tu.