Kadang kala anda masanya anda buntu dan tak tahu nak masak apa. Bila bulan puasa ni, kebanyakan ibu-ibu suka masak menu yang ringkas je. Jadi khas buat anda, berikut RASA kongsikan 10 resipi masakan berasaskan ayam yang sangat mudah untuk dicuba.

 

1. AYAM GORENG CILI MASALA

10 Aneka Resipi Masakan Ayam Yang Sesuai Untuk Berbuka & Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping isi dada ayam | potong dadu
  • 1 sudu teh garam masala
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih | kisar halus
  • 2cm halia | kisar  halus
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
  • 3 batang kacang panjang | potong 3cm
  • 1/2 batang lobak merah | potong memanjang 3cm
  • 1/2 biji cili Banggala
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 1 sudu makan tepung gandum

BAHAN SOS CILI:

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan isi ayam bersama garam masala, lada sulah, serbuk cili, serbuk kunyit, bawang putih dan halia. Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaul lagi.
  2. Seterusnya panaskan minyak kemudian goreng ayam hingga garing, kemudian masukkan kacang panjang, lobak merah,cili Benggala. Kacau seketika dan angkat dan tapiskan minyaknya.
  3. Kemudian sediakan bahan sos. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
  4. Masukkan dalam mangkuk, kemudian hidangkan bersama ayam goreng dan nasi putih.

 

2. HONEY BUTTER CHICKEN

10 Aneka Resipi Masakan Ayam Yang Sesuai Untuk Berbuka & Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 800gm ayam (bahagian kepak dan peha)
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • ¼ cawan kacang masin
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS:

  • 6 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan madu
  • 5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
  • ½ cawan gula perang
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 2 sudu makan serbuk cili

CARA MEMASAK:

  1. Gaul ayam bersama lada hitam dan garam. Kemudian pecahkan telur dan tambah tepung ubi serta serbuk penaik. Gaul dengan ayam hingga rata.
  2. Panaskan minyak secara sederhana dan goreng ayam hingga masak. Terbalikkan setiap 5 minit. Angkat dan toskan.
  3. Kuatkan api dan masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi. Sentiasa terbalikkan dan biarkan sehingga ayam menjadi lebih rangup dan garing. Angkat dan toskan.
  4. Panaskan kuali lain dan masukkan mentega, bawang putih dan kacau sehingga bawang putih garing.
  5. Tambahkan kicap cair, madu dan gula perang. Kacau sehingga menggelegak.
  6. Tutup api dan masukkan kacang serta ayam goreng . Kacau sebati sehingga sos menyaluti ayam dengan rata.
  7. Angkat dan taburkan bijan serta serbuk cili. Sedia untuk dinikmati

 

3. AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI

10 Aneka Resipi Masakan Ayam Yang Sesuai Untuk Berbuka & Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
  • 3 batang serai | titik
  • 12 biji cili padi | hiris memanjang
  • 2 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam,gula dan perasa secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
  4. Biarkan  isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
  5. Seterusnya masukkan kicap  manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  6. Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
  7. Ayam sedia dihidangkan.

 

4. AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN

10 Aneka Resipi Masakan Ayam Yang Sesuai Untuk Berbuka & Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
  • 2 batang bunga kantan | hiris
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 2 batang serai | hiris halus
  • 8 biji cili padi | hiris halus
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
  7. Tutup api, hidangkan panas-panas.

 

5. AYAM PERCIK DAUN PEGAGA

10 Aneka Resipi Masakan Ayam Yang Sesuai Untuk Berbuka & Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
  • 500ml santan pekat
  • Daun pegaga secukupnya
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 3cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup
  • 8 biji cili padi

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
  2. Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  4. Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
  5. Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil  sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
  6. Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
  7. Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
  8. Balut ayam dan bakar hingga masak.
  9. Setelah masak ayam percik sedia dihidangkan.

 

6. AYAM SERAI VIETNAM

10 Aneka Resipi Masakan Ayam Yang Sesuai Untuk Berbuka & Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
  • 4 batang serai | titik atau hiris halus
  • 10 biji cili padi | hiris  memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • 4 sudu makan kicap ikan
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit sebuk lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan goreng. Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
  4. Keluarkan minyak, tinggal hanya minyak untuk menumis.
  5.  Tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
  6. Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Ayam sedia dihidangkan panas-panas.

 

7. AYAM PANDAN

IKLAN

10 Aneka Resipi Masakan Ayam Yang Sesuai Untuk Berbuka & Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ketul paha ayam
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam dan gaulkan bersama serbuk lada putih, serbuk paprika, serbuk kunyit dan garam dengan secukupnya. Perap selama satu jam.
  2. Kemudian balut ayam menggunakan daun pandan. Ikat kemas.
  3. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kuningkeemasan. Angkat dan tos.

 

8. AYAM PERCIK PUTIH

10 Aneka Resipi Masakan Ayam Yang Sesuai Untuk Berbuka & Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam  | belah dua dan dikelar

BAHAN PERAP AYAM:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KUAH:

  • 200ml santan pekat
  • 2 keping asam keping
  • 3 batang serai | ketuk
  • Sedikit biji halba
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 6 ulas bawang merah | kisar halus
  • 2cm halia | kisar halus

 

CARA MEMASAK:

  1. Bahan perapan dilumur pada ayam bersama sedikit garam dan gula. Biarkan lebih kurang 1 jam. Perap dan simpan didalam chiller.
  2. Campurkan bahan kisar bersama santan. Tuang  dalam periuk, masak dengan api yang perlahan. Letakkan juga serai ketuk dan sedikit biji halba didalamnya.
  3.  Masukkan asam keping. Biarkan ia mereneh sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Tambah sedikit garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Lumurkan kuah perchik ini pada ayam sebelum ayam dibakar didalam ketuhar atau  dibakar diatas pemanggang arang.
  5. Pastikan ayam betul-betul masak sebelum ia dihidangkan.
  6. Tuang sedikit kuah perchik di atas ayam bagi menampakkan ia berjus dan tidak kering semasa dihidangkan.

 

9. AYAM KAMPUNG BAKAR MADU

10 Aneka Resipi Masakan Ayam Yang Sesuai Untuk Berbuka & Sahur

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1/2 ekor ayam kampung | dibersihkan
  • 1 inci halia | ditumbuk halus
  • 2cm kunyit | ditumbuk halus
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit marjerin

 

CARA MEMASAK:

  1. Kelar isi ayam dan lumurkan dengan kesemua bahan-bahan diatas ( kecuali marjerin). Biarkan selama sejam.
  2. Panaskan kuali pemanggang dan lenserkan sedikit marjerin.
  3. Bakar ayam dengan api sederhana sehingga masak.
  4. Angkat, lumurkan dengan sedikit madu.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

 

10. ISI AYAM MASAK BIJAN

10 Aneka Resipi Masakan Ayam Yang Sesuai Untuk Berbuka & Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm isi ayam | dihiris
  • 4cm halia tua | dihiris
  • 2 biji bawang merah | dihiris
  • 3 sudu makan minyak bijan
  • 50gm brokoli | dicelur
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1  sudu teh makan bijan
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bijan.
  2. Tumiskan halia sehingga berbau harum.
  3. Masukkan ayam, lobak merah dan bawang merah. Kacau rata.
  4. Masukkan air dengan secukupnya. Masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali masukkan bijan, brokoli dan garam secukup rasa.  Kacau rata.
  6. Angkat dan hidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI