
Kuah Laksa Ayam Rasa Sedap Macam Guna Isi Ikan. Lagi Mudah!
Biasanya bila buat kuah laksa kita guna ikan kan? Kali ini kita ubah selera dengan gunakan ayam. Resipinya sama macam masak laksa biasa. Cuma tukar ikan kepada ayam. Lagi mudah. Rasa pun lebih kurang. Ini resipi cara buat Kuah Laksa Ayam yang dikongsikan oleh Animarlina Abd Maulop
RESIPI KUAH LAKSA AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam
2 genggam cili kering (ikut tahap kepedasan masing-masing) – beli online
3 biji bawang besar
Belacan (anggaran besar duit 20 sen) – beli online
Bunga kantan (2 batang)
Daun kesum (secekak lebih kurang) – beli online
5 hingga 6 keping asam keping (ikut masam mana nak) – beli online
Garam secukup rasa – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Rebus cili kering. Kemudian kisar cili kering, bawang besar, belacan dan bunga kantan. Ketepikan.
2. Rebus ayam dengan sesudu garam dan juga asam keping. Selepas itu kisar ayam hingga halus. Campurkan sekali air rebusan ayam ketika kisar isi ayam.
3. Satukan semua bahan. Letak daun kesum dan bunga kantan lagi, asam keping dan garam secukup rasa. Kuah boleh diubah suai ikut mana kita suka. Ada yang suka letak serai dan ada yang tidak letak. Terpulang pada masing-masing. Bolehlah dihidangkan dengan laksa dan sayur-sayuran yang lain.
Sumber kredit: Animarlina Abd Maulop
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih Tepung Kapur, Rupa Seperti Kuih Kaswi Tapi Rasa Berbeza
Resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padi. Lauk Mudah, Super Sedap!
Cara Buat Mi Goreng Basah Melekit-lekit Paling Sedap, Ikut Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Bun Dan Pastri Enak, Uli Elok-elok Barulah Gebu…

Bun dan pastri panas memang best makan petang-petang dengan kopi atau teh panas. Bila nak menguli tu biar betul-betul caranya barulah gebu dan rangup rasanya kan.
Ni min kongsi resepi ori dari Royale Chulan Bukit Bintang, KL oleh Chef Raja Kamaroszaman Raja Zainal dan geng Chef yang gigih dan kreatif ini.
Jom cuba tiga resipi ni…memang lah renyah sikit tapi bila menjadi… tersangatlah puas hati kan.
OREO CHOCOLATE BUN
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 330 gm tepung roti
- 8 gm yis
- 16.6gm susu tepung
- 50 gm gula
- 30 gm mentega
- 6 gm garam
- 45gm telur
- 167 ml susu segar
BAHAN INTI :
Coklat ganache :
- 125 gm krim putar
- 125 gm coklat masakan (baking chocolate)
- 50 gm mentega
Krim kastad :
- 250 gm tepung kastad
- 1/2 liter susu segar
- 1 liter krim putar
50 gm serbuk biskut Oreo
‘Topping’:
100 gm serbuk biskut Oreo
CARA MEMASAK :
Cara masak inti (chocolate ganache):
1. Masakkkan krim putar di atas api sederhana hingga mendidih sedikit dan tutupkan api.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga sebati.
3. Kemudian masukkan mentega dan sebatikan. Biarkan dalam suhu bilik.
Cara masak inti (krim kastad) :
1. Masukkan tepung kastad, susu segar dan krim putar di dalam periuk.
2. Masakkan di atas api sederhana
3. Tutup api dan biarkan seketika dalam suhu bilik.
Cara membuat oreo bun :
1. Masukkan bahan bahan A ke dalam mixer dan bancuh dengan kelajuan rendah selama 1 minit
2. Selepas 1 minit, bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit
3. Tutup mixer dan periksa jika doh lembut dan licin
4. Keluarkan doh dari mixer dan timbang 60 gm untuk setiap doh
5. Rehatkan pada suhu bilik selama 10 minit
6. Uli doh memanjang untuk dililit ke acuan
7. Sesudah siap semua celup ke oreo hancur untuk topping dan letak ke dulang pembakar
8. Rehatkan selama 1 jam sebelum bakar
9. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah celcius, kemudian masukkan dulang pembakar berisi bun.
10. Bakar hingga coklat keemasan, keluarkan dan sejukkan selama 30 minit dan isi dengan bahan inti ke dalam bun
Saiz hidangan : 10 biji
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Rasa coklat berkrim dan keenakan biskut Oreo
INFO CHEF : Pastikan coklat masakan tidak dimasak ‘langsung’ atas api. Tutupkan api dan anda boleh tuangkan krim putar atas coklat masakan hingga cair.
BANANA ROLL PUFF
BAHAN-BAHAN :
- 400 gm tepung gandum
- 1/8 sudu teh garam
- 220 ml air
- 350 gm mentega
- Sedikit tepung untuk ditabur
Bahan Isi :
- 6 biji pisang raja yang sudah masak
- 50 gm mentega
Bahan untuk glaze :
- 1 biji kuning telur | dipukul ringan
- 1 sudu teh air kosong | dipukul ringan
CARA MEMASAK :
Cara buat puff pastri :
1. Gaul rata tepung gandum, garam dan 50 gram mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit.
2. Tabur tepung pada permukaan meja kerja. Canai doh sehingga mendapat bentuk seakan akan huruf “T”. Letakkan 300 gm mentega ditengah-tengah dan bungkus kemas (dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah). Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.
3. Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm. Berhati-hati nanti mentega terkeluar.
4. Lipat dan rehatkan 15 minit.
5. Canai perlahan-lahan sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, lipat sekali lagi. Rehatkan 15 minit lagi
6. Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat.
7. Canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm. Masukkan inti pisang yang sudah dicampur mentega dalam pastri puff ini, lebihkan hujung inti pisang sehingga masih terlihat pisangnya.
8. Sapu dengan glaze. Bakar dengan suhu oven 200 Celcius selama 20 minit hingga keperangan.
PUFF KARI AYAM
BAHAN-BAHAN :
- 400 gm tepung gandum
- 1/8 sudu teh garam
- 220 ml air
- 350 gm mentega
- Sedikit tepung untuk ditabur
Bahan isi :
- 2 keping dada ayam | dihiris kecil
- 3 biji kentang | kupas dan potong dadu
- 2 biji bawang besar | dipotong dadu atau racik halus
- 3 ulas bawang putih | cincang
- 2 sudu makan rempah kari ayam | dicampur dengan sedikit air jadikan pes
- 1/2 -3/4 cawan air
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Bahan glaze :
- 1 biji kuning telur – pukul ringan
- 1 sudu teh air kosong – pukul ringan
CARA MEMASAK:
Cara sediakan puff :
1. Gaul rata tepung gandum, garam dan 50 gram mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit dalam peti sejuk.
2. Tabur tepung pada permukaan meja kerja. Canai doh sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf “T”. Letakkan 300 gm mentega di tengah-tengah dan bungkus rapi (dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah).
3. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.
4. Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm. Berhati-hati nanti mentega terkeluar.
5. Lipat dan rehatkan 15 minit.
6. Canai perlahan -lahan sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, lipat sekali lagi. Rehatkan 15 minit lagi
7. Ulangi proses mencanai dan lipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat.
8. Canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm.
Cara memasak inti :
1.Tumiskan bawang putih bersama bawang dadu hingga layu dan berbau harum masukkan pula rempah kari yang dijadikan pes tadi, kacau hingga agak garing masukkan pula ayam.
2. Balik-balikkan ayam masukkan anggaran 1/2 cawan air dan kentang, masakan hingga kentang agak empuk jika belum empuk masukkan sedikit lagi air diikuti dengan gula dan garam secukup rasa.
3. Balik-balikkan hingga inti agak sedikit kering dan matikan api, sejukkan dahulu sebelum digunakan.
4. Potong puff pastri dileperkan sedikit dan letakkan inti, tutupkan dengan sekeping lagi pastri yangg dileperkan sedikit dan dikelar sedikit diatasnya dengan garisan serong sahaja, tekankan tepi pastri dengan garfu sedikit supaya tidak terbuka.
5. Setelah pastri siap dimasukkan inti sapukan glaze dan bakar di dalam ketukar dalam 20 – 25 minit pada suhu 180 darjah Celcius.
Saiz hidangan : 10 biji
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Inti ayam berempah sama bertambah lazat dengan pasti puff yang gebu
Info chef: Membuat pastri puff memang renyah dan mengambil masa agak lama. Jadi pastri puff ini lebih baik dibuat awal dan masukkan ke dalam beg plastik berzip dan simpan di dalam peti sejuk untuk menjimatkan masa . Nak cepat boleh aje beli pastri siap di pasaraya.
RESEPI : CHEF RAJA KAMAROSZAMAN RAJA ZAINAL, MUHAMMAD HANIFF, MUHAMMAD AKMAL MOHD NOOR & CHEF MUHAMMAD FAIZAL ARIFFIN
TERIMA KASIH : ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG, 17-21 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Spageti Bolognese Dah Masak, Bakarlah Pulak Memang Berganda Sedapnya

Spageti Bolognese memang sajian sesuai tak kira waktu. Buat sajian malam, petang atau malam semuanya sesuai. Memang mengenyangkan.
Resipi yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ni tengok rupa pun dah tau sedap . Mana taknya ada bahan daging kisar, cendawan dan meatball pun dimasukkan juga.Yang best mula tumis dulu pastu bakar dalam oven memang terliur dengan aroma semerbak di dapur.
Jom tengok resipi Zaky ini :
SPAGETI BOLOGNESE BAKAR
.
BAHAN-BAHAN :
- 400gm spageti – rebus dan toskan, masukkan dua sudu minyak untuk mengelakkannya melekat
- 1 botol sos spageti (dalam 680gm) – beli online DI SINI
- 450gm daging kisar
- 200gm meatball
- 1 tin cendawan butang| dihiris
- 2 biji tomato | dipotong dadu kecil | beli online DI SINI
- 3 biji bawang merah |dikisar | beli online DI SINI
- 3 ulas bawang putih | dikisar | beli online DI SINI
- 3 biji cili padi – beli online DI SINI
- 200gm cheese mozzarella
- Minyak masak secukupnya
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan 3 sudu minyak di dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
3. Masukkan cili padi, sos spageti dan masukkan air.
4. Masukkan meatball dan daging kisar
5. Masukkan cendawan butang dan tomato
6. Biar mendidih beberapa minit
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
.
8. Gaul bersama spageti
9. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur cheese
.
10.Bakar pada suhu 150 darjah C selama 10 minit
.
Kredit foto & resipi : Zaky Mat Ali
INGINKAN OVEN TERBARU, JOM LAYARI DI SINI
VIDEO MASAKAN INI MUNGKIN MENARIK PERHATIAN ANDA. JOM TENGOK LEBIH BANYAK VIDEO MASAKAN DI YOU TUBE @ Majalahrasaofficial
DAN JUGA RESIPI-RESIPI MENARIK DI SINI :
Cara Masak Spageti Aglio Olio Selera Melayu Yang Sanang & Ekspres
Sajian Barat Daging & Ayam, No 5 Tu Spageti Udang Sesedap Rasa
Makaroni Bakar Serunding Tom Yam, Hidangan Yang Enak & Menyelerakan

Siapa sangka gabungan Serunding Tom Yam dan Makaroni Bakar mampu menghasilkan satu hidangan yang enak dan menyelerakan. Cukup segala rasa masam dan masin. Lebih enak apabila menggabungkan tiga jenis keju di dalamnya iaitu Keju Perfect Italiano Mozzarella, Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Keju Perfect Italiano Perfect Melt. Apabila menggunakan keju-keju ini, ia akan memberi hasil regangan yang sempurna, kerak perang keemasan yang memukau serta menaikkan rasa dalam hidangan. Kombinasi yang cukup mantap.
MAKARONI BAKAR SERUNDING TOM YAM
Bahan-bahan:
- 180gram makaroni – rebus al-dente
- 200ml Fernleaf Susu UHT
- 250gram campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella
- Anchor Salted Butter secukupnya
Bahan-bahan Serunding:
- 100gram Anchor Salted Butter
- 200ml Anchor Cooking Cream
- 300gram daging – rebus dan siat-siat halus
- 2 sudu makan pes tomyam
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 helai daun limau purut – hiris halus
- Garam & gula secukupnya
Cara Memasak:
- Untuk membuat serunding, cairkan mentega dalam kuali. Tumis cili kisar dan pes tomyam hingga wangi.
- Masukkan daging dan Anchor Cooking Cream serta hirisan daun limau purut. Didihkan hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan gula secukupnya. Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sempurna dan kering. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk besar, satukan makaroni, serunding tomyam, Fernleaf Susu UHT dan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella. Gaul sebati.
- Sediakan bekas/casserole tahan panas. Sapu mentega secukupnya. Tuang campuran makaroni serunding tadi ke dalam bekas dan ratakan. Tabur lebihan campuran Perfect Italiano Perfect Bakes, Melt & Mozzarella dan lebihan hirisan daun limau purut.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 25-30 minit. Hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official: