Lain orang lain caranya membuat kuah kacang. Kuah kacang dimakan dengan nasi impit memang susah nak berhenti. Resipi yang dikongsi oleh Cr Nur Hafizah ni dapat dari resepi arwah bonda mak senior sekolah dulu. Resepi ni diberi kredit untuk kak asma Nurul Mansor. Tak ada penggunaan belacan dan juga santan. Nampak rupa pun sedap belum lagi merasa. Bolehlah cuba buat nanti.

 

Kuah Kacang

Bahan-bahan:

500g kacang tanah

13 tangkai cili kering

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

IKLAN

3 biji buah keras (saya letak dua biji)

Sejemput air asam jawa (saya guna satu sudu asam jawa pes adabi)

2 keping asam gelugor (saya guna 3 keping)

5 sudu gula (ikut resepi asal sedap kalau guna gula merah, tapi tak ada, saya letak 5 sudu gula perang, tiga sudu gula biasa)

IKLAN

Garam

Perasa (resipi asal ada, tapi saya tak letak)

2 batang serai

 

IKLAN

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.
  2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.
  3. Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.
  4. Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.
  5. Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.
  6. Masukkan gula, air asam jawa,asam gelugor, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya api yang kecil.
  7. Bila dah nampak dah pecah minyak, kuah kacang dah siap.

Resipi Ayam Goreng Rempah Sempoi. Sedap & Juicy, Memang Best!

Resipi Tauhu Fantasi Dengan Hanya Lima Langkah Mudah, Rasa Confirm Sedap

Sedapnya Kopi Latte Ala Kampung, Buat Sendiri Tapi Rasa Macam Kopi Mahal