Cucur Jagung ini tentunya disukai ramai. Nampak sangat sedap dan cara membuatnya juga cukup mudah. Bulat elok bila digoreng. Makan panas-panas, memang layan ni. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ana Mariana Ismail ni. Pasti anda akan sukakannya.
CARA MEMASAK: 1.Kupas kulit jagung pastu hiris isi jagung. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan tepung gandum. Jumlahnya agak-agak padan dengan bahan-bahan lain sahaja. 3. Masukkan juga bawang besar, isi udang (boleh ganti dengan ikan bilis), serbuk kunyit, garam, gula, sedikit serbuk pati ikan bilis, cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh, ikut selera sendiri) dan telur.
4. Bancuh adunan cucur jangan terlalu pekat atau cair. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang senang nak dijemput dengan jari.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng adunan cucur menggunakan api sederhana hingga garing dan keemasan.
6. Angkat, toskan minyak dan nikmatinya bersama sos cili.
Hidangan ini sangat sesuai bagi anda yang gemarkan lauk pauk moden. Rasa mentega dan susu cair memberi rasa lemak berkrim. Boleh juga tambah hirisan cili padi jika mahu rasa sedikit pedas.
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh | rebus dan goreng
5 biji cili padi | dihiris
5 biji bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Buat peminat sambal, pasti gembira dengan koleksi lima resipi sambal yang dikongsi cikgu Afy AL Habibi ini.
Cukup lengkap dengan rasa, pedas pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur dengan lima menu sambal ini.
Tapi jangan tak tahu, sambal pun kena simpan dengan cara yang betul juga agar dapat bertahan lama. Silap haribulan, boleh rosak pula.
Jom kita tengok resipi sambal yang ada. Ada lima sambal kesemuanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.
SAMBAL BELACAN MENYENGAT
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah + hijau – beli online di sini 3 sudu besar cuka – beli online di sini 1/2 sudu kecil garam 2 sudu besar gula Secubit dua ajinomoto Sedikit air masak *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong) *1/4 bawang Holland – beli online di sini *1 biji tomato saiz kecil *1 ulas bawang putih – beli online di sini *2 inci belacan – beli online di sini (bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
CARA-CARA:
1.Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. 2. Kemudian, tambahkan cuka, garam, gula, ajinomoto dan sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat) * kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri* 3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis. Siap! Betul-betul sedap!
IBU SAMBAL KICAP MABELESS
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi hijau 8 ulas bawang putih 1/2 genggam kismis 3 sudu besar bawang goreng – beli online di sini Kicap (boleh guna apa jenama tapi saya guna Jalen lemak manis)
CARA-CARA:
1. Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama; goreng seketika cili padi dan bawang putih di atas. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. 2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar. 3. Tambahkan kicap. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi. 4. Saya tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya. 5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, saya tambahkan kismis dan bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa. 6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu. 7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama: *masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.* *kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
BAHAN-BAHAN:
20 batang cili merah – beli online di sini 1 genggam cili padi merah + hijau 1/2 biji bawang holland 2 biji bawang merah saiz bola pingpong 4 ulas bawang putih 2 biji tomato kecil 2 genggam kecil ikan bilis – beli online di sini 1 sudu kecil udang kering – beli online di sini 1/2 inci belacan
CARA-CARA:
1. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika. Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain. 2. Semua bahan yang sudah siap digoreng, disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan. *simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini* 3. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing. 4. Masukkan pula baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan. 5. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa. Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri. 6. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya. *Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama, letakkan dalam freezer. *Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller. Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti. *Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
AIR ASAM KETAGIH
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu* Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*. Nak makan baru letak.
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah saiz bola ping pong 1 biji bawang besar Holland 1 biji tomato 3 ulas bawang putih 1 inci belacan *Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick. – beli online di sini *Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan; 5 biji limau kasturi – beli online di sini 2 biji limau nipis – beli online di sini *Perah jusnya. Asingkan biji 5 tangkai cili padi hijau 5 tangkai cili padi merah 1 1/2 gelas air asam jawa (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) * Ikut kepekatan yang diingini* 1 sudu besar garam bukit – beli online di sini 1/2 sudu besar gula perang – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar. 2. Tambahkan sekali air asam jawa, garam bukit dan gula perang. Kemudian kisar selumatnya. 3. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti. 6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan; ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
SAMBAL JANTAN POWER
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah 2 sudu besar gula 3/4 sudu kecil garam (atau masukkan sikit-sikit) Kuantiti rasa boleh ditambah @ dikurangkan mengikut citarasa sendiri. 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender *boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
CARA-CARA:
1.Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan. 2. Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat.
Ayam goreng yang baunya harum dan menggoda jiwa sememangnya menggamit selera. Bau pun dah cukup buat perut rasa lapar dan mulut rasa nak mengunyah. Tapi macam mana kalau ketika itu tengah malam? Jadi kalau tetiba rasa nak makan ayam KFC, tapi restoran tu dah tutup, boleh cuba buat sendiri. Esok-esok barulah makan yang sebenar.
AYAM GORENG ALA KFC
BAHAN ASAS
1 ekor ayam
2 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN PERAP
• Bawang merah
• Bawang putih
• Halia
• Lada hitam
• Serbuk cili
• Kunyit
• Kiub ayam
• Sedikit garam
CARA MEMBUAT BAHAN PERAP
1. Kisar semua bahan.
2. Perap ayam 30 minit ke atas.
BAHAN TEPUNG GORENG
• Tepung gandum
• Tepung jagung
• Sesudu kecil soda bikarbonat
CARA MEMBUAT TEPUNG GORENG
1. Satukan semua bahan dan gaul sebati.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil ayam yang sudah diperap.
2. Celup ayam ke dalam telur ayam yang sudah dipukul.
3. Golek ayam sepenuhnya dalam tepung.
4. Goreng ayam di dalam minyak masak yang sudah dipanaskan. Ayam mesti tenggelam dalam minyak masak.