
Burasak adalah sajian tradisi orang Bugis yang biasanya dinikmati di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ia dihasilkan dari beras yang dimasak bersama santan yang kemudiannya dibungkus bersama daun pisang sebelum direbus. Kelihatan seperti ketupat tetapi tentunya sajian ini punya keistimewaannya yang tersendiri. Bagi yang pertama kali melihant hidangan ini pun pasti terliur dan nak tahu rasanya. Ada yang teringin nak cuba makan atau rasa? Saudari Siti Nor Farahin ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA BUAT BURASAK YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Beras
Santan
Air
Garam
Daun pisang – potong saiz kertas A4
Daun pisang bersaiz besar
Tali untuk mengikat
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras kemudian satukan bersama santan, air dan garam seakan memasak nasi lemak. Tanak hingga hampir masak.
2. Bungkus nasi yang dimasak tadi menggunakan daun pisang. Lakukan hingga habis.
3. Ambil 6 keping bungkusan burasak. Bungkus sekali kagi menjadi bungkusan besar. Ikat dengan kemas.
4. Untuk memasaknya, rebus bungkusan Burasak tadi selama 8 jam.
5. Angkat dan sejukkan. Burasak enak dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang dan Bejabuk.
Kredit resipi & foto: Siti Nor Farahin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Dendeng Sedap. Rencah Semua Hiris Je Tak Perlu Kisar
Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas. Resipi Lauk Mudah Untuk ‘Lunch’
Kuih Bingka Pandan Sedap. Resipi Gerenti Jadi & Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=cFiORQpE3_8
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Panggang Pedas Manis, Mudah Je Bahan Perapnya

Wow… Ayam Panggang Pedas Manis perkongsian saudari Marian Zainal ni nampak sangat sedp dan membuka selera. Bahan-bahan yang digunakan untuk memasaknya juga cukup ringkas dan mudah didapati.
Bahan kisar yang digunakan untuk menyalut ayam, boleh disediakan awal dan boleh disejukbekukan jika ada lebihan. Jadi bila-bila masa anda rasa nak makan Ayam Panggang, boleh keluarkan dan lumur sahaja pada ayam. Dah boleh masak.
Selain ayam, rempah ini juga boleh kita gunakan untuk perap daging, ikan, udang, sotong dan juga aneka bebola atau kek ikan. Sesuai sangatlah andai ada buat BBQ Bersama keluarga. Senang nak sediakan bahan untuk bakar-bakar.
Ayam Panggang ini dimasak menggunakan Air Fryer. Tapi jika tiada, boleh sahaja menggunakan ketuhar. Nak lagi mudah? Panggang sahaja menggunakan pemanggang ajib atau arang. Lagi mudah dan cepat. Nak cuba? Jom lihat cara-cara masaknya.
CARA MASAK AYAM PANGGANG PEDAS MANIS YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – potong 4 bahagian
- Sedikit madu – untuk sapuan akhir / jika suka – beli online disini
BAHAN KISAR:
- 7 tangkai cili kering – buang biji dan rendam sekejap dalam air panas – beli online disini
- 1 1/2 biji bawang besar – beli online disini
- 5 ulas bawang putih – beli online disini
- 1 ketul halia sebesar ibu jari
- 1 batang serai
- 1 sudu besar gula merah – beli online disini
- 3 sudu besar sos cili – beli online disini
- 3 sudu besar sos tiram – beli online disini
- 1 sudu teh kicap manis – beli online disini
- 1/2 sudu teh garam
- 3/4 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ayam dan kelar sedikit. Lumurkan dengan garam dan kunyit. Perap 15 minit.
2.Satukan bahan-bahan kisar dan kisar halus. Masukkan dalam periuk dan masak sebentar hingga mendidih. Tutup api.
3.Bakar ayam yang telah diperap dalam air-fryer pada suhu 200C selama 25-30 minit.
4.Sapukan bahan kisar pada ayam. Pastikan sapu secara rata dan bakar lagi selama 10 minit.
5.Jika suka, oleskan madu pada ayam dan bakar lagi selama 3-5 minit.
6.Ayam Panggang pedas manis siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Anak Gerenti Suka Bawak 6 Jenis Bekal Ini Ke Sekolah. Mak-Mak Wajib Buat!

Mak-mak selalu pening kepala fikir apa makanan yang anak suka bawak bekal ke sekolah betul tak? Jangan give up, ini ada enam menu yang admin share untuk mak-mak semua. Mudah je nak buat dan anak gerenti suka sebab sedap dan tak pedas. Cuba dulu ye kalau ok nanti admin share lagi idea nak masak apa.
Yang penting cuba dulu…
PASTA SPIRAL DRAGON BALL
BAHAN- BAHAN :
- 200gm pasta spiral
- 150gm isi ayam
- 350gm tomato
- 1 sudu makan pes tomato
- 2 helai daun salam
- 50gm batang saderi | hiris nipis
- 20gm bawang putih | cincang
- 100gm bawang merah | cincang
- 2 sudu teh madu
- Lada sulah secukupnya
- Daun basil dan oregano secukupnya | cincang
- Garam secukup rasa
- Air dan ais secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rebuskan pasta spiral di dalam air yang mendidih selama 5 minit. Kemudian angkat dan siram dengan air sejuk. Toskan.
- Untuk membuat bebola ayam; Isi ayam digaul bersama dengan bawang merah cincang, bawang putih, basil, oregano, madu, garam dan lada sulah hingga sebati. Kemudian dibentuk menjadi bulat.
- Cara membuat sos: Tomato dibelah empat dan direbus. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam ais. Buang biji dan cincang hingga halus.
- Selepas itu tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan bawang merah dan batang saderi serta basil, oregano, daun salam dan pes tomato. Kacau hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan isi tomato yang dicincang halus dan kacau hingga mendidih.
- Selepas itu masukkan bebola ayam, garam, lada sulah dan biarkan seketika.
- Kemudian angkat dan masukkan ke dalam bekas anak.
AYAM TINJU
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul kepak ayam
- 50gm serbuk roti
- 1 biji telur | dipukul
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 sudu teh lada hitam | ditumbuk kasar
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
HIASAN:
- Daun salad secukupnya
- Kertas aluminium secukupnya
- Cili Benggala
- Sedikit sos mustard
- Sedikit buah zaitun
CARA MEMASAK:
- Kepak ayam dipatahkan dua di bahagian tengahnya. Kemudian ambil bahagian yang mempunyai banyak isi. Kikis dan terbalikkan isinya ke atas. Biarkan tulang di bahagian bawahnya.
- Seterusnya perap ayam dengan lada sulah, lada hitam, jus limau nipis dan garam. Biarkan seketika.
- Setelah diperap, celupkan ayam ke dalam bancuhan telur dan salut dengan serbuk roti. Lakukan sehingga habis.
- Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sehingga masak atau bertukar warna kuning keemasan.
- Angkat, toskan. Masukkan ke dalam bekal anak dan hias mengikut kreativiti sendiri. Misalnya balut tulang ayam dengan kertas aluminium dan cili benggala dibentukkan seperti lady bird.
MAKARONI BAKAR BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 250gm makaroni | rebus dan tos
- 100gm daging kisar
- 1 biji tomato | buang biji dan dadu kecil
- 150gm parutan keju mozarella
- 1 sudu makan serbuk oregano
- 4 sudu makan sos balognes
- 2 sudu makan sos cili
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang Holland | cincang halus
- 3 sudu mentega
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN:
- Buah Epal
- Tomato ceri
- Salad
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
- Seterusnya masukkan pula sos balognes dan sos cili,
- Kacau rata, kemudian masukkan makaroni dan tomato yang didadu halus.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api.
- Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
- Sementara itu masukkan makaraoni dalam cawan aluminium foil.
- Taburkan di atasnya parutan keju dan serbuk oregano.
- Bakar lebih kurang 15 minit.
- Setelah siap, sedia dibawa untuk bekal.
CUCUR NASI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan nasi putih | kisar dengan sedikit air
- 2 biji kentang | rebus dan lenyek
- 1 cawan tepung gandum
- Sedikit hirisan daun bawang
- Sedikit hirisan cili benggala merah
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- Sedikit garam
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
- Ayam goreng
- Sos Cili Thai
- Salad
- Tomato Ceri
CARA MEMASAK:
- Campurkan nasi yang telah dikisar bersama kentang lenyek dalam mangkuk adunan.
- Gaul rata, tambahkan hirisan daun bawang dan cili Benggala, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
- Gaul lagi dan tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan cucur yang sesuai.
- Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
- Boleh dihidangkan cucur ini dengan Sos Cili Thai dan ayam goreng sebagai bekal.
CHICKEN & RICE PATTIES
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi dada ayam | rebus dan carik-carik
- 1 cawan nasi | kisar kasar
- 2 biji telur
- ½ cawan susu segar
- 2 sudu makan keju pemersan
- Sedikit parutan lobak merah
- Sedikit hirisan daun bawang
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu the serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
- Campurkan nasi, isi ayam, parutan lobak merah, daun bawang.
- Gaul rata dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata. Kemudian masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati.
- Perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
- Tuangkan di dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi.
- Taburkan keju pemersan dan gaul sebati.
- Masukkan dalam acuam muffin dan bakar lebih kurang 20-25 minit.
- Sedia dihidangkan bersama sambal cili.
SPAGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)
- 2 batang jejari ketam | potong kecil
- 8-10 ekor udang sederhana |bersihkan
- 5-6 biji cili padi | hiris halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 1 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan cincangan daun bawang
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
- Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Daging Bakar Balut Daun Salad, Menu Korea Yang Lazat

Terasa nak makan daging bakar balut daun salad macam dalam drama Korea tu? Ha…cuba resipi mudah ni. Maklumlah, kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Makan berdua pun bil boleh mencecah ratusan ringgit. Jadi kalau nak makan puas-puas, boleh sediakan sendiri di rumah. Satu ‘family’ boleh rasa.
BAHAN PERAPAN DAGING:
- 1-2kg bahagian knuckle , top side atau sirloin untuk penuh rasa daging
(Potong nipis. Untuk mudah potong, biarkan dia masa 20-30% sejuk dan potong nipis.)
Sos perapan:
- 4 ulas sederhana bawang putih
- 1 sudu teh ketumbar
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 2 batang serai kecil
- 1 sudu teh halba
- 1 1/2 sudu makan gula merah
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk perasa
- 3/4 cawan air
- 2 sudu makan madu
- 2 sudu makan kicap masin
- 1 sudu makan minyak masak
- Sudu teh serbuk ketumbar
- Sedikit serbuk lada putih
- 1/2 biji lemon
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih, ketumbar, halia, lengkuas, serai dan halba hingga hancur.
2. Masukkan lagi 1 1/2 sudu makan gula merah , 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk perasa. Teruskan tumbuk. Sos perapan tidak perlu masin sangat kerana ia akan menjadi tidak sedap apabila dibakar.
3. Bila semua bahan dan hancur, keluarkan dan masukkan ke dalam bekas. Tambah 3/4 cawan air, 2 sudu makan madu, 2 sudu makan kicap masin, 1 sudu makan minyak masak dan 1 sudu teh serbuk ketumbar beserta sedikit serbuk lada putih. Perah 1/2 biji lemon. Gaul rata.
4. Panaskan pemanggang dan cairkan sedikit mentega. Guna kuali ‘non stick’ lagi best sebab dia tak hangit.
5. Celupkan daging ke dalam sos perapan dan panggang di dalam kuali. Masak daging ikut citarasa samada nak lembut atau garing.
6. Enak dicicah bersama sos.
BAHAN KICAP SAMBAL:
- 1/2 biji tomato
- 4 biji lada/cili
- 1/2 biji bawang besar
- Kicap masin
- Madu
- Lemon
CARA MEMBUAT:
1. Potong semua bahan dan satukan. Gaul rata.
2. Boleh dinikmati bersama daging bakar.
IDEA RASA:
Daging bakar ni selain dinikmati begitu sahaja bersama sos, anda juga boleh menikmatinya bersama nasi. Bahkan kepingan daging berjus ni juga boleh dibalut dengan daun salad dan nikmati seperti ‘oppa’ Korea makan. Hmm…Sedap!
Kredit resipi & gambar: Cik Ain via MAHN
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
4 Buah-Buahan Ini Boleh Redakan Kembung Perut, Di Samping Halia…
Idea Penjagaan Serta Tip Penyimpanan Makanan Dalam Peti Sejuk