Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakaratau terung bakar memang sedap. Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai. Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi-resipi yang mudah ni. Memang sedap.
1. AIR ASAM PUSAKA
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang putih – dibakar
6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
1 1/2 inci belacan – dibakar
Beberapa biji cili padi
2 biji limau nipis saiz besar
3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
2. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
3. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
Ads
4. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
5. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
Sedapnya sambal tumbuk Sunda ni. Makanan Indonesia memang terkenal dengan kepedasan serta penggunaan cili yang banyak. Sambalnya pula, perghhh..memang memukau selera dan boleh dikatakan sebagai antara sambal yang terbaik yang boleh kita cuba. Cukup rasa, penuh ciri-ciri asli yang memukau deria. Bagi yang pernah merasainya, pasti tahu penangan sambal negara seberang ni macam mana. Nak cuba? Jom lihat resipi aneka sambal perkongsian dari Restoran Cibiuk, Shah Alam.
1. SAMBAL MERAH CIBIUK
BAHAN-BAHAN :
20 biji cili padi merah
3 biji cili merah | hiris
4 biji bawang merah hiris
1 ulas bawang putih | hiris
1cm kencur | hiris
4 biji tomato | dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk kencur bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Masukkan cili padi dan merah, tumbuk lagi.
Kemudian masukkan tomato, tumbuk lagi seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas kurangkan cili padi dan lebihkan cili merah.
2. RESIPI SAMBAL MANGGA
BAHAN-BAHAN:
15 biji cili padi
4 biji cili merah
4 ulas bawang merah | hiris
1 ulas bawang putih | hiris
1 cm kencur | hiris
4 buah tomato | dadu
1 biji mangga muda | parut
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
Kemudian masukkan parutan mangga, garam dan gula secukup rasa.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain buah mangga, anda boleh juga gunakan belimbing buluh.
3. SAMBAL LASANA
BAHAN-BAHAN:
15 cili padi
3 biji cili merah
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm kencur
1 genggam daun kemangi | hiris halus
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
Kemudian masukkan daun kemangi, garam dan gula secukup rasa.
Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Sambal Lasana sesuai dihidangkan dengan sebagai pencicah ulam-ulaman dan lauk pauk.
Sambal telur hancur adalah lauk paling senang nak dimasak ketika dah tak ada idea nak masak apa. Rasanya pedas dan cukup berperisa. Boleh dimakan dengan nasi panas mahupun lempeng. Boleh juga dimakan dengan roti.
SAMBAL TELUR HANCUR
BAHAN TUMIS
Minyak masak untuk menumis
3 labu bawang merah (mayang kasar)
BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering (gunting & rendam air panas )
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
BAHAN PERASA
1/2 kiub ikan bilis
Garam
Gula
BAHAN LAIN
4 biji telur ayam
1 sudu bawang goreng (optional)
CARA MEMASAK
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis bawang merah.
3. Masukkan Bahan Kisar dan tumis sampai terbit minyak. Gunakan api sederhana.
4. Sambal sudah garing boleh masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
5. Kecilkan api bila sambal sudah terbit minyak. Tumis dalam 4 minit lagi.
6. Bila sambal garing, masukkan telur. Kacau telur perlahan dengan api sederhana.
7. Sudah masak boleh taburkan dengan bawang goreng.
Selamat mencuba!
INFO:
Boleh juga campur tomato, basil, asparagus, terung pipit, kentang dan sebagainya ( ikut kreativiti anda)
Jika sambal ada lebihan, esok campak dalam kuali dengan nasi dan ikan bilis garing, Sudah jadi NASI GORENG SEMPOI.
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia merupakan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap! Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.
RESIPI NASI ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...