Sedapnya Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Kalau dibeli, harga agak mahal. Jadi apa kata buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh Azizi Zamani. Dapat hasilkan banyak dan memang puas makan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Tak ada idea nak sediakan hidangan apa untuk minum petang bersama keluarga? Boleh cuba 2 jenis kek pound ini..anak-anak pun mesti suka! Boleh juga hidangkan untuk tetamu yang hadir.
KEK POUND COKLAT
BAHAN-BAHAN:
*1 1/3 cawan tepung kek/ tepung gandum pun boleh
*1/3 cawan serbuk koko
*1 2 sudu kecil serbuk penaik
* 1/4 sudu kecil garam
2/3 cawan butter
1 1 /2 cawan gula kastor
2 biji telor A
1 sudu kecil essen vanilla
1 2 cawan susu segar ( mama guna fresh milk /nak guna susu cair pun okay )
CARA MEMASAK:
Resipi ini menggunakan loyang 9×5 inci.
Panaskan oven terlebih dahulu 170’c selama 10 minit.
Ayak bahan yang bertanda * | ayak 2 kali.
Pukul butter dan gula kastor hingga gebu.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji..Pukul hingga sebati dan ringan.
Seterusnya masukkkan tepung secara berselang seli dengan susu pukul adunan dengan kelajuan sederhana hingga habis.
Bakar kek pound selama 35-45 minit dengan suhu 160’c (guna api bawah sahaja, atau bergantung pada jenis oven masing masing ya)
Cucuk lidi untuk pastikan sama ada kek pound dah masak atau belum. Jika lidi keluar licin, itu tandanya dah masak, tetapi jika lidi masih melekat cecair adunan, tambahkan lagi masa bakingnya ya.
KEK POUND MARBLE
BAHAN-BAHAN:
110 gram butter
90 gram gula kastor
2 biji telur A
2 sudu kecil golden syrup ( kalau tidak ada, boleh gantikan dengan madu atau yogurt atau boleh skip. Golden syrup bertujuan hanya untuk beri tambahan perasa pada kek pound)
*1 4 sudu kecil garam halus
*85 gram tepung kek (tepung gandum biasa pun boleh)
*1 sudu besar serbuk penaik
10g serbuk koko | larutkan dengan 2 sudu besar air panas
CARA MEMASAK:
Bahan bertanda * di ayak sekali ya.
Pukul butter and gula kastor sehingga gebu.
Kemudian tambahkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan tambah golden syrup. Pukul lagi dengan kelajuan medium hingga adunan sebati dan gebu.
Tambahkan tepung dan pukul hingga sebati.
Seterusnya bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian kekalkan warna adunan dan satu bahagian lagi di campur dengan bancuhan serbuk koko.
Marble kan adunan dalam loyang. Bila dah tambahkan semua adunan dalam loyang, dengan mengunakan lidi atau pisau, buat lorekkan ular pada kek untuk mencorakkannya.
Bakar pada 170*C untuk 40-45 min . bergantung pada jenis oven masing masing ya.
Air asam ni kalau kena dengan nasi panas, ulam dan lauk ikan bakar, memang bertambah nasi di pinggan. Lebih-lebih lagi jika ianya resipi air tangan orang tua dulu-dulu. Memang padu. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau berkongsi resipi air asam yang diwarisi dari arwah neneknya. Mesti sedap! Ada pula ikan bakar. Fuhhh… Jom cuba!
RESIPI AIR ASAM SEDAP & IKAN KETUKA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
Ikan ketuka/ pari – siang bersih
BAHAN AIR ASAM:
4 ulas bawang putih – dibakar
6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
1 1/2 inci belacan – dibakar
Beberapa biji cili padi
2 biji limau nipis saiz besar
3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan bara dan bakar ikan ketuka/pari tanpa garam hingga masak dan garing pada kedua-dua belah. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
3. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
4. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
5. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
INFO: Selain ketuka atau pari, pencicah air asam ini juga sesuai dinikmati dengan aneka ikan bakar yang lain.
Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedap, cukup rasa dan pedas! Patutlah viral. Sesuai sangat buat sebagai hidangan minum petang ni.
CUCUR IKAN BILIS VIRAL
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis
8 tangkai cili kering
1/2 cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...