Jom cuba aneka resipi masakan tanpa minyak ni. Ha…Jika anda bercadang nak kawal jumlah penggunaan minyak masak dalam masakan harian anda? Koleksi resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu anda memilih lauk pauk yang boleh dihidangkan buat keluarga. Bebas minyak dan tentunya lebih sihat

 

ANEKA RESIPI MASAKAN TANPA MINYAK

 

1. KETAM KUKUS

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ketam – bersihkan
  • 500gm isi ayam
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 biji cili bengala merah
  • 1 biji cili benggala hijau
  • Daun sup dan daun bawang secukupnya
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam dan bahan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
  2. Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
  3. Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
  4. Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
  5. Angkat dan sedia dihidang.

 

2. IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ikan kembung – bersihkan
  • Air secukupnya

BAHAN UNTUK AIR ASAM:

  • 30gm cili padi
  • 10gm cili besar merah
  • 20gm perahan limau kasturi
  • 100ml air asam jawa
  • 1 biji buah tomato – potong dadu
  • 1 biji bawang besar – potong dadu
  • 5gm garam
  • 5gm serbuk perasa (pilihan)

CARA MEMASAK:

  1. Terlebih dahulu, kukus ikan kembung lebih kurang 10 minit. Ketepikan.
  2. Untuk membuat kuah air asam; Kisar cili bersama air asam jawa. Masukkan pula perahan air limau kasturi, garam dan bahan perasa secukupnya.
  3. Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan bawang besar dan tomato.
  4. Letak ikan yang siap dikukus di dalam pinggan dan tuang kuah air asam di atasnya ketika menghidang.
  5. Boleh hias dengan hirisan limau kasturi jika mahu.

 

3. SOTONG BAKAR DENGAN SOS THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor sotong besar – dibasuh dan dikelar
  • I inci kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai – dimayang halus
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk halus kunit, bawang putih dan serai.
  2. Gaulkan dengan sotong, masukkan juga sedikit garam.
  3. Biarkan dalam 5 atau 10 minit.
  4. Panaskan kuali pemanggang. Sapu sedikit mentega dan letakkan sotong. Bakar hingga sotong menjadi lembut.
  5. Gunakan api yang besar untuk membakar sotong.
  6. Hidangkan dengan sos cili thai.

 

4. ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ikan kembung | dipotong dua
  • 3 biji cili merah | dikisar
  • 15 biji cili padi  | dikisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 5 cm kunyit | dikisar
  • 3 helai daun kunyit | disiat
  • 4 keping asam gelugur
  • 3 batang serai | diketuk
  • 6 cawan air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan biarkan sedikit mendidih.
  2. Kemudian masukkan ikan, asam gelugur dan daun kunyit. Biarkan sehingga ikan masak.
  3. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
  4. Angkat dan hidangkan.

 

5. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | bersihkan dan tos

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN AIR ASAM:

  • 150gm asam jawa
  • 3cm belacan – bakar
  •  Air suam secukupnya
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana – potong dadu
  • 15 biji cili padi – dihiris halus
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
  2. Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
  3. Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
  4. Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
  5. Sementara itu siapkan air asam.
  6. Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
  7. Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
  8. Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
  9. Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.
  10. Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.

 

6. BAWAL EMAS KUKUS KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal emas – dipotong dua
  • 1 cm halia | dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 ulas bawang merah – dihiris
  • 1 biji tomato – dipotong baji
  • Sedikit lobak merah – dihiris
  • 3 biji buah kurma – dibuang biji dan dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan.
  2. Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak.
  3. Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.

 

7. CUMI BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong –  buang  kepala dan kulit
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  •  1 sudu teh gula perang
  • 1 sudu teh perasa ayam
  • 1 helai daun salam
  • Garam secukup rasa
  • 2cm lengkuas | ketuk

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili merah
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu teh lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga
  3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
  4. Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
  5. Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
  6. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas.

 

8. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat selur keladi bersama isi
  • 100 gm isi udang
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 6 pucuk daun kesum
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
  2. Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
  3. Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
  4. Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
  5. Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
  6. Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
  7. Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  9. Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.

 

9. STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm tofu putih – kukus selama 20 minit
  • 50gm cendawan shitake kering – dibasuh dan rendam air semalaman
  • 50gm brokoli
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris
  • 4 ulas bawang putih – dihiris
  • 4cm halia – dihiris
  • 500ml stok ayam – atau air rebusan ayam
  • 4 sudu makan sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung – jika mahu pekat

CARA MEMASAK:

  1. Pijarkan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.
  3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
  4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
  5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen)
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.

 

10. SOTONG SUMBAT MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong sederhana besar – bersihkan dan tos
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1/2 sudu makan minyak masak
  • 1 biji  bawang besar – cincang
  • 2 ulas bawang putih – cincang
  • 2cm halia muda – hiris halus
  • 2 biji cili merah – cincang halus
  • Garam secukup rasa

BAHAN SUMBAT:

  • 1 biji tauhu putih – kisar kasar
  • 1/2 cawan isi telah direbus – kisar kasar
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
  4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
  5. Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-12 minit.
  6. Sementara itu sediakan sos.
  7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
  8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
  9. Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
  10. Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
  11. Sotong sedia dihidangkan.

 

11. SUP KELAPA DAGING BAKAR

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging batang pinang
  • 1 biji air kelapa
  • 1 kiub stok ayam
  • 100gm isi kelapa | dihiris nipis
  • 2 biji cili padi merah | dihiris nipis
  • Daun bawang untuk hiasan
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
  2. Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
  3. Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
  4. Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.

 

12. SUP UDANG DAN NANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm udang sederhana besar
  • 1/2 biji nanas | dihiris
  • 1 biji cili merah
  • 2 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • Sedikit daun bawang | dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Dididkan air dan masukkan bawang putih dan nanas. Biar merenih seketika.
  2. Tambahkan cili merah dan cili padi.
  3. Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
  4. Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
  5. Sedia untuk dinikmati.