Ringkas penyediaannya, namun tetap mampu menambat selera. Sesuai dijadikan hidangan pembuka atau hidangan sampingan untuk dimakan bersama nasi dan lauk pauk lain. Cubalah! Pasti anda sukakannya.

 

1. KERABU DAGING TIMUN

Koleksi Resipi Kerabu & Sayur Goreng Yang Sesuai Disajikan Sewaktu Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging lembu
  • 1 biji timun } hiris nipis
  • 1 batang lobak merah } hiris nipis memanjang
  • 1 biji tomato } cincang kasar
  • 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) } mayang halus
  • 1 biji bawang besar } mayang halus
  • 1 biji cili merah } mayang halus
  • 6 biji cili padi } hiris nipis
  • 2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan sos cili Thai
  • Garam, lada sulah dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tabur sedikit garam dan lada sulah pada daging lalu panggang hingga masak.  Hiris nipis-nipis. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul rata dan sebati.
  3. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Setelah itu, tuang hirisan daging ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Lebih enak dihidangkan setelah kerabu disimpan di dalam peti sejuk selama sejam.

 

2. KERABU JANTUNG PISANG 

Koleksi Resipi Kerabu & Sayur Goreng Yang Sesuai Disajikan Sewaktu Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji jantung pisang } rebus empuk dan hiris nipis
  • ½ cawan kelapa parut }putihnya sahaja
  • 2 biji limau kasturi }perah jusnya
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan B (tumbuk):

  • 4 biji cili merah
  • 4 biji bawang merah (bakar)
  • 3 biji bawang putih (bakar)
  • 3cm belacan bakar

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bahan-bahan B hingga lumat dan menjadi pes. Ketepikan.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, gaul bahan-bahan bersama kelapa parut, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
  3. Masukkan jantung pisang dan kerisik ke dalam mangkuk tersebut. Gaul lagi hingga sebati.
  4. Akhir sekali, tambahkan perahan jus limau kasturi dan gaul sebati.
  5. Sedia dihidangkan.

Info chef: Untuk rasa lebih asli, tumbuk bahan B menggunakan lesung batu berbanding dikisar menggunakan pengisar makanan.

 

3. KERABU SOTONG ALA THAI

Koleksi Resipi Kerabu & Sayur Goreng Yang Sesuai Disajikan Sewaktu Berbuka.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ekor sotong saiz sederhana } potong dan bersihkan
  • 1 biji tomato }hiris nipis
  • 2 batang kacang panjang }potong pendek
  • 1 biji cili merah } cincang dadu
  • 5 biji cili padi }hiris nipis
  • 1 biji bawang besar }cincang dadu
  • 1 helai daun limau purut }hiris halus
  • 1 batang serai (ambil bahagian dalamnya)} hiris halus
  • 1 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tabur sedikit garam pada sotong lalu kukus hingga masak.
  2. Satukan sotong, kacang panjang, tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, daun limau purut dan serai di dalam satu  mangkuk.
  3. Tambah air perahan limau dan gaul sebati.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul hingga semua bahan sebati.

Info chef: Jangan terlebih kukus sotong. Sangat sesuai dijadikan hidangan pembuka selera.

 

4. KERABU SUHUN SIAM

Koleksi Resipi Kerabu & Sayur Goreng Yang Sesuai Disajikan Sewaktu Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm suhun
  • 10 ekor udang sederhana besar } bersihkan dan celur
  • 1 biji tomato } cincang kasar
  • 1 biji cili merah } hiris nipis
  • 1 biji bawang besar } mayang halus
  • 3 biji bawang putih jeruk } mayang halus
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan air perahan limau/limau kasturi
  • Daun ketumbar } cincang halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bijan – sangai (jika suka)

CARA MEMASAK:

  1. Suhun direndam sebentar dan celur. Toskan.  
  2. Satukan suhun, udang, tomato, cili merah, bawang besar, bawang putih jeruk dan gaul rata.
  3. Tambah sos ikan, air perahan limau, garam (jika perlu) dan gula secukup rasa.  Gaul sebati.
  4. Tabur cincangan daun ketumbar dan bijan sangai.

 

5. BENDI BERLADA UDANG KERING

Koleksi Resipi Kerabu & Sayur Goreng Yang Sesuai Disajikan Sewaktu Berbuka.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji kacang bendi|dihiris nipis
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 5 ulas bawang putih|ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang merah|tumbuk halus
  • 50gm udang kering|ditumbuk halus
  • 3cm belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 10ml minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.  Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan belacan.  Tumis lagi sehingga cili masak.
  3. Masukkan kacang bendi, garam dan gula secukup rasa.  
  4. Tumis seminit atau sehingga bendi menjadi lembut sedikit.

Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.

 

6.KACANG PANJANG GORENG BELACAN

Koleksi Resipi Kerabu & Sayur Goreng Yang Sesuai Disajikan Sewaktu Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 batang kacang panjang |dipotong pendek
  • 30gm cili kisar
  • 30gm udang geragau |ditumbuk halus
  • 5gm belacan
  • 5 ulas bawang putih |ditumbuk halus
  • Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis sehingga cili masak.
  3. Masukkan kacang panjang dan tumis beberapa minit.
  4. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.

Info Chef: Pastikan sayur kacang panjang tidak dimasak terlalu lama bagi mengekalkan kerangupannya.

 

IKLAN

7. NANAS TUMIS UDANG

Koleksi Resipi Kerabu & Sayur Goreng Yang Sesuai Disajikan Sewaktu Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas
  • 15 ekor udang bersaiz besar |dibuang kulit
  • 50gm udang kering |ditumbuk
  • 2 biji cili merah|dimayang
  • 4 ulas bawang merah|dimayang
  • 2 ulas bawang putih|dimayang
  • ¼ sudu kecil halba campur
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan nenas dan cincang kasar. Tos lebihan air nenas.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dimayang terlebih dahulu.
  3. Masukkan pula udang kering dan tumis lagi sehingga wangi.
  4. Masukkan halba campur dan serbuk kunyit.
  5. Masukkan udang dan nenas lalu tumis lagi sehingga semua bahan masak.
  6. Tambah garam dan gula secukup rasa.

Info Chef: Pastikan anda memilih nenas yang mengkal atau tidak terlalu masak

 

8. SAYUR CAMPUR GORENG

Koleksi Resipi Kerabu & Sayur Goreng Yang Sesuai Disajikan Sewaktu Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm udang kecil
  • 1 batang lobak merah | dihiris bulat
  • 6 batang kacang peas
  • 5 biji cendawan butang | dihiris nipis
  • 1 biji cili merah|dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih | dicincang
  • 30gm sos tiram
  • 30gm tepung jagung|dibancuh sedikit air
  • 15gm lada sulah
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram, udang dan kesemua jenis sayur-sayuran.  Tambah sedikit air dan didihkan beberapa minit.
  3. Tambah bancuhan tepung jagung, serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
  4. Masak seminit dua lagi hingga semua bahan sebati.

Info Chef: Sayur jenis berbatang amat sesuai untuk hidangan ini.

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI