Pernah cuba makan Gulai Pede? Pasti ramai yang tidak biasa dengan menu ini bahkan nak menyebut namanya juga agak susah. Cara sebutan huruf e adalah guna ‘e’ pepet. Contohnya sebutan huruf e dalam perkataan ’emak’.
Menurut empunya resipi, makanan ini popular dan boleh didapati di daerah Jerantut. Tempat lain di negeri Pahang pun banyak juga sebenarnya seperti di daerah Pekan dan juga Temerloh.
Menerusi perkongsian Salam Tewkesbury, beliau menunjukkan resipi Gulai Pede yang dimasak cara ibunya. Kata beliau lagi, andai ke majlis kenduri yang menghidangkan menu Gulai Pede ini, pasti lauk lain orang tak pandang dah kecuali ayam goreng dan ikan masin. Kerana dua lauk ini sesuai dipadankan dengan Gulai Pede.
Gulai Pede mempunyai iras-iras Gulai Daun Kayu tapi tidak menggunakan tempoyak. Ia diganti dengan budu. Ada sesetengah tempat memanggil sajian ini dengan nama ‘masak budu’. Rasanya pula ada masam-masam, manis dan pedas. Memang sedap.
Anda nak cuba resipi istimewa orang Pahang ni? Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.
1.Satukan semua bahan kisar kemudian kisar halus. Cili jika letak lebih banyak, lagi sedap.
Ads
2.Dalam periuk yang bersesuaian, satukan kesemua bahan. Masak sekali harung sampai mendidih.
3.Jika ada letak ubi dalam gulai ini, teruskan masak sehingga ubi empuk dan enak dimakan. Selain yang dinyatakan, gulai ini juga enak jika dicampur dengan batang keladi, batang lambuk, ubi keledek, ubi keladi, petai dan jering.
4.Rasa gulai. Tidak perlu letak garam kerana budu sudah masin. Jika kurang masin, tambah lagi budu. Lebih sedap guna budu yang warna merah.
Pernah makan sayur pucuk ubi goreng dengan ikan bilis? Menu ini sedap sangat, ia pedas dan garing sesuai sangat makan dengan nasi putih dan tak perlu lauk lain lagi. Sayang sekarang agak susah nak rasa menu ini kerana tidak banyak restoran menyediakannya. Jika anda teringan mencuba boleh buat sendiri dan RASA kongsikan resipi.
PUCUK UBI GORENG BERSAMA IKAN BILIS BAHAN-BAHAN:
500 gm pucuk ubi kayu rebus
150 gm ikan bilis –kisar kasar
7 ulas bawang merah-kisar kasar
4 ulas bawang putih –kisar kasar
10-15 tangkai cili padi-kisar kasar
Garam dan gula secukupnya
150 ml minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pucuk ubi, gaul rata di atas api sederhana.
3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Kecilkan api dan terus kacau sehingga pucuk ubi agak kering.
5. Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan.
Sayur Rebus Kulit Tembikai merupakan salah satu sajian yang sangat murah kos nya dan juga mudah dimasak. Dihasilkan dari kulit buah tembikai, tidak ramai yang tahu ia sebenarnya enak dimasak sayur sebegini. Malah lebih jimat juga. Selain dimakan isi buahnya yang manis, kulitnya juga boleh dimasak dan dimakan bersama nasi. Sedap tau. Jangan pandang enteng. Saundari Puteri Santubong ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Ambil kulit tembikai, hiris buang kulit luar berwarna hijau.
2. Untuk memasak lauk ini, hanya ambil bahagian hijau muda dan lembut sahaja.
3. Potong kulit tembikai tadi kecil-kecil supaya cepat lembut bila dimasak.
4. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili api. 5. Ketuk serai. Pada masa yang sama, didihkan air dalam periuk. 6. Masukkan bahan yang ditumbuk dan juga serai tadi ke dalam air rebusan. 7. Masukkan sayur kulit tembikai yang sudah dihiris. 8. Perasakan denagn garam. Empunya resipi juga masukkan sedikit cili giling (hujung sudu) untuk nak bagi warna air rebusan jadi sedikit merah. 9. Masak sehingga kulit tembikai lembut. Angkat dan boleh dihidangkan.
INFO: Jika mahu rasa sayur yang lebih pedas, boleh lebihkan cili padi atau boleh juga menambah lada hitam tumbuk. Jika suka, boleh juga memasukkan belacan mengikut selera masing-masing.
Cara petik cili yang betul ini perlu dipraktikkan jika menanam pokok cili di sekitar rumah. Sebab kebiasaannya cili dituai dengan kaedah yang salah hingga menjejaskan hasil pokok yang seterusnya.