Asyik makan daging aje pun tak seimbang pengambilan makanannya. Lauk sayur mesti ada untuk mengimbangkan pengambilan protin barulah lauk pauk kita jadi terbaiklah khasiatnya. Ni ada 4 lauk pauk berasaskan sayur-sayuran yang terjamin sedap dan rangup.

Rahsia kesedapannya kenalah pilih sayur yang segar, masak tu jangan lama sangat nanti layu sangat jadi tak sedap pulak. Lepas tu kena lah ada variasi dalam cara memasaknya. Cuba tau…

1.PAPRIK SAYURAN

4 Lauk Pauk Sayur Pasti Rangup & Sedap. Satu Famili Suka Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 2 biji terung | dipotong memanjang
  • 1 biji lobak merah | dipotong
  • 4 batang jagung muda dipotong
  • 10 biji kacang panjang / buncis secukupnya dipotong serong memanjang
  • Sedikit isi udang (jika suka
  • 1 sudu kecil chilli flakes
  • 1 ½ sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 ½ sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih | diketuk
  • 1 ulas bawang besar | dibelah tebal
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Maggi Cukup Rasa secukupnya

CARA MEMASAK :
1.Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
2 Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak sekejap.
3.Masukkan terung goreng. Kacau rata Tabur Maggi Cukup Rasa keatasnya. Kacau sebati Tutup api dan siap!

IKLAN

SAYUR CAMPUR BERGAJUS

4 Lauk Pauk Sayur Pasti Rangup & Sedap. Satu Famili Suka Ni…

BAHAN-BAHAN :
Bahan A

  • 1/4 cawan biji gajus – di goreng dan toskan
  • 10 tangkai cili kering – di goreng dan toskan
  • 1/2 cawan isi ayam – di potong memanjang
  • 1 sudu besar Sos Tiram
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan minyak sayuran – untuk menggoreng

Bahan B

IKLAN
  • 1/4 cawan lobak merah – di potong seperti mancis
  • 1/4 cawan brokoli
  • 4 tangkai sayur bok choy
  • 4 tangkai putik jagung – di potong menyerong
  • 1/4 cawan hirisan lada benggala (kuning dan merah)
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
  • 2 sudu besar minyak sayuran – untuk menumis

CARA MEMASAK :
1. Panaskan 1 cawan minyak di dalam kuali, goreng isi ayam yang di perap dengan Sos Tiram Maggi serta golekkan dengan tepung jagung terlebih dahulu sehingga garing. Goreng juga biji gajus dan cili kering secara berasingan.Tos dan ketepikan seketika.
2. Di dalam kuali yang lain, panaskan 2 sudu besar minyak sayuran. Masukkan putik jagung dan lobak merah terlebih dahulu. Kacau sebentar dan masukkan pula sayur brokoli dan bok choy sambil di kacau lagi.
3.Seterusnya tuangkan air kedalam sayuran dan kacau lagi.
4. Setelah sayuran separuh masak masukkan lada benggala dan taburkan penambah perasa semua dalam satu, Maggi Cukup Rasa ke dalam sayuran.
5. Seterusnya masukkan cili kering, isi ayam dan biji gajus yang di goreng tadi. Kacau hingga semuanya bercampur dengan sayuran dan matikan api dapur. Jangan terlebih masak ye, kerana zat dan vitamin dalam sayuran akan hilang.

SAYUR CAMPUR ALA CINA

4 Lauk Pauk Sayur Pasti Rangup & Sedap. Satu Famili Suka Ni…

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 50gm bunga kubis.
  • 5 ulas kacang buncis.
  • 1 biji lada benggala – dipotong dadu.
  • 2 biji lobak merah – dipotong nipis.
  • 5 ulas bawang putih – dikisar.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • sedikit stok ayam.
  • 50ml air.
  • 2 sudu tepung jagung – dibancuh dengan air.
  • 2 biji cili merah – dipotong kecil (untuk hiasan).
  • 10gm bawang merah – digoreng (untuk hiasan).

CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali , masukkan minyak dan t.umis bawang putih
2. Masukkan air , stok ayam dan sos tiram.
3. Masukkan garam dan air bancuhan tepung jagung.
4. Kacau sos sehingga pekat dan masukkan sayur-sayuran.
5.Kacau sampai mendidih dan masukkan cili merah serta bawang goreng.

HONEY GLAZED BABY CARROTS

4 Lauk Pauk Sayur Pasti Rangup & Sedap. Satu Famili Suka Ni…

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm baby carrot (lobak merah kecil) | dicuci bersih
  • 2 sudu makan madu
  • 2 sudu makan mentega tanpa garam
  • 2 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan dil segar | dicincang
  • 2 sudu makan daun taim segar | dicincang

CARA MEMASAK :
1. Panaskan mentega di dalam kuali menggunakan api yang sederhana. Masukkan lobak merah, madu, gula perang, cincang daun dil, cincangan daun taim dan gaul sebati.
2. Kacau perlahan-lahan sehingga lobak merah lembut, kira-kira 15 minit.
3. Angkat dan boleh taburkan sedikit daun dil ketika menghidang. Sedia dinikmati.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI