Resipi Cucur Viral yang mudah dan sedap, makanan yang amat mudah untuk disediakan ini tetapi pada masa yang sama sangat lazat untuk dihidangkan bersama minuman panas. Sesuai disajikan untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba!

 

RESIPI CUCUR KEMBONG MANIS

Koleksi Resipi Cucur Viral Yang Popular, Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan.

Bahan-Bahan:

  • *2cwn tepung gandum
  • *1sudu besar yis kering(saf instant)
  • *3sudu besar susu pekat
  • *3sudu besar gula(suka manis blh tambah lg)
  • *secubit garam
  • *air secukup nya(air putih biasa)

Cara Memasak:

  1. *campur semua bahan.gaul sebati.adunan x cair x pekat sedang2 mcm cucur biasa tu tutup dan rehat kan 1 Jam.
  2. lepas 1 jam blh la goreng. Selamatmencuba semua.resepi senang,mudah,cpt,sedap

 

Kredit resipi: Salmah Saad

 

 

RESIPI CEKODOK STICK

Koleksi Resipi Cucur Viral Yang Popular, Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan air*
  • 1 ketul kiub pati ayam*
  • 2 sudu besar minyak masak*
  • 1 sudu kecil maggi cukup rasa*
  • sedikit serbuk kunyit*
  • 2 cawan tepung gandum

Bahan2 di bawah ni didadu halus ye

  • 1 batang sosej
  • 1 pokok daun sup
  • 3 tangkai cili kering ( dibuang biji)
  • 2 hiris carrot
  • 2 biji bawang merah

 

IKLAN

Cara Memasak:

  1. Masukkan bahan yg Bertanda(*)ke dlm periuk…
  2. Masak sehingga mendidih..
  3. Kemudian masukkan tepung gandum,kacau dgn senduk kayu..nmpk adunan berketul2..tutup api
  4. Sambung kacau lagi,sehingga adunan jadi doh..( Ala2 macam nk buat creampuff gitu)
  5. Keluarkan doh cekodok td,masukkan dlm bekas lain..
  6. Gaul dgn bahan2 yg di dadu..gaul sebati ( agak liat sedikit ye) gaul ala kadar je…doh dah suam2,boleh pegang dgn tgn boleh uli sekejap nk bg bahan2 dadu masuk dlm doh je..
  7. Bulat2kan doh kpd 3 bahagian..(nk buat bentuk 4 segi pun boleh)
  8. Sediakan alas utk nk gelek adunan..& sekeping plastik utk alas bahagian atas doh..
  9. Ambil seketul doh,lapik plastik atas doh..gelek sehingga leper..( jangan nipis sangat)
  10. Potong & kemaskan bahagian tepi sehingga jadi bentuk segiempat
  11. Potong memanjang,kemudian gentel @ gelek dgn kedua2 belah jari,sehingga jadi macam keropok lekor..
  12. Ulang sehingga doh habis
  13. Panaskan minyak yg banyak di dlm kuali,
  14. Apabila minyak dah betul2 panas..goreng sehingga masak
  15. Toskan minyak,sedia dimakan..

 

Kongsi resipi: Azni Achik

 

RESIPI CEKODOK PISANG RANGUP

Koleksi Resipi Cucur Viral Yang Popular, Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan.

Bahan-Bahan:

  • 500 gram pisang emas (anggaran 15 hingga 20 biji pisang bersaiz kecil)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu besar gula

Cara Penyediaan:

  1. Lenyek pisang sehingga hancur dan tidak berketul
  2. Masukkan garam, gula dan tepung gandum sedikit demi sedikit, jangan masukkan tepung gandum sekaligus kerana tahap serapan tepung adalah berbeza beza dan bergantung pada kuantiti pisang.
  3. Jika adunan masih lembik, tambah lagi tepung sedikit demi sedikit.
  4. Jemput adunan menggunakan hujung jari dan jatuhkan ke dalam minyak panas.
  5. Goreng dan kacau dengan sudip dengan cara membalik-balikkan cekodok sehingga bahagian luar perang dan rangup.
  6. Angkat dan hidangkan.

Tips:

  • Pastikan jemput tidak berlalu besar untuk mendapatkan saiz cekodok yang kecik, rangup dan sedap

Kredit resipi: Che’ Nom

 

 

IKLAN

RESIPI CUCUR IKAN BILIS LEMBUT

Koleksi Resipi Cucur Viral Yang Popular, Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • Segenggam ikan bilis – belah 2 kalau besar
  • 1 ikat daun kucai – potong pendek
  • 3/4 cawan bawang besar Holland – potong dadu
  • 1 biji cili merah dipotong kecil – tak letak
  • 1/4 sudu kecil soda bikarbanat
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit serbuk kunyit
  • 1/2 cawan air panas mendidih
  • 1 1/2 cawan air biasa – lebih kurang 250 ml

 

Cara Memasak:

  1. Satukan kesemua bahan di atas kecuali air. Kacau rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mencapai kelikatan yang sesuai. Tak perlu dihabiskan air jika telah sesuai kelikatannya.
  2. Jika terlebih cair, tambahkan 1/2 cawan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tuangkan air panas. Biarkan seketika supaya soda bikabanat naik.
  3. Panaskan minyak dan setelah minyak benar benar panas, goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.  Angkat dan tos.
  4. Sedap dimakan panas panas. Cicah dengan sos cili atau mayonis atau apa apa yang disukai.

Koleksi resipi: Azie Kitchen

 

RESIPI CUCUR SAYUR RANGUP

Koleksi Resipi Cucur Viral Yang Popular, Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan.

Bahan A:

IKLAN
  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
  • 1 sudu kecil baiking powder *
  • 1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
  • 1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
  • 1 sudu besar minyak masak*
  • 1 biji telor ayam *
  • Semua Bahan yang di tandakan * hendaklah digaul rata

Bahan B:

  • 1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
  • 1 cawan karet yang dihiris halus
  • 1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
  • 1 biji bawang besar yg dihiris halus
  • 1 biji cili hijau yg dihiris halus / tak mahu pun tak apa. @ saya suka cucur saya bewarna warni
  • Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
  • 2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair

Pilihan Lain:
Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan
ATAU
Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan

CARA MEMASAK:

  1. Bahan B hendaklah dimasukkan kedalam adunan Bahan A
  2. Gaul rata supaya menjadi sebati kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yg cantik
    masukkan Ikan Bilis atau pun Udang yang menjadi pilihan anda rasa tahap kesedapan anda
  3. Rehatkan ADUNAN selama 10 hingga ke 15 minit barulah digoreng

 

Kredit resipi: cahayahidupku2569.blogspot.com

 

 

RESIPI CUCUR UDANG JAGUNG

Koleksi Resipi Cucur Viral Yang Popular, Sedap Dan Mudah Untuk Disediakan.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 6 sudu besar tepung beras
  • 2-3 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
  • 15 ekor udang
  • 1/2 cawan isi jagung atau lebih
  • 1 cawan tauge
  • 1/2 cawan daun kucai
  • 1 ulas bawang besar – dipotong dadu kecil
  • Sedikit gula (saya suka bagi  manis sedikit)
  • Sedikit garam

Cara Memasak:

  1. Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng
  2. Goreng  (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang atau sos cili

 

Kredit resipi: enyabdullah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI