4. Masukkan kurma yang telah dilenyekkan tadi. Kacau sebati. Kemudian, masukkan tepung yang diayakkan tadi. Kacau sebati sekali lagi.
Ads
5. Sapu loyang dengan minyak atau alas dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang. Kemudian, tabur kurma keras tadi ikut kreativiti masing-masing.
6. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 160C selama 55 minit. (bergantung kepada ketuhar masing-masing).
Anda hanya ada masa 30 minit nak sediakan hidangan makan malam atau tengahari tapi tak tahu nak masak lauk apa yang ringkas, mudah dan tak guna banyak bahan tapi hasilnya sedap. Jangan bimbang, ini RASA kongsikan empat menu tak sampai 15 minit siap, dua ayam dan dua lagi daging. Sambil tunggu nasi masak, bolehlah sediakan lauk dan sayurnya.
RASA gerenti anak-anak mahupun suami akan minta anda masak lagi menu ringkas ini. Kalau tak sempat hari ni simpan resipi dan cuba bila ada kesempatan.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
300gm daging | hiris nipis
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
1 sudu makan sos tiram
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
CARA MEMASAK:
Sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan pula hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
500gm daging | hiris nipis
1 sudu teh garam
1sudu teh gula
1 sudu teh kicap
1sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air rebusan stok ayam
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Tumis:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
3 sudu makan minyak masak
400gm kacang pis | bersihkan
1/2 biji cili benggala
Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
4ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | hiris
3cm halia muda | hiris halus
Bahan Lain:
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh perasa ayam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
Kacau seketika, kemudian tutup api.
Sedia dihidangkan.
AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam | hiris kecil
50gm daun bawang
Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
3 biji cili merah | hiris memanjang
1 biji bawang besar | dadu kecil
5ulas bawang putih | cincang
3cm halia mudah | hiris halus
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan kicap pekat manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
Kemudian perasakan dengan garam, gula
Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
Hari ini nak feeling Korea. Dapat idea dari korean sweet pancake Hotteok. Saya tambah bahan-bahan ikut citarasa. Inilah hasilnya setelah mencuba dan rasanya sangat sedap dan lembut. Disertakan resipi kalau ada yang nak mencuba.
SWEET PANCAKE ALA HOTTEOK BAHAN A 2 biji kentang sederhana besar ( kukus/ rebus & lenyek) 2 sudu besar susu tepung 2 sudu besar gula pasir 2 cawan tepung pulut 2 sudu besar tepung beras 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar yis mauripan Sedikit garam Air suam secukupnya Minyak/ butter untuk goreng Bijan untuk hiasan Inti ikut citarasa (saya letak kacang merah & cheese mozarella) Minyak masak untuk sapu dekat tapak tangan
CARA MEMBUAT: 1.Masukkan semua bahan-bahan A di atas dan gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat dekat tangan. Jangan terlalu lembut atau keras. Rehatkan sebentar agak-agak 30 minit. 2.Cukup masanya uli sebentar biar doh sekata kemudian bolehlah mula bentukkan. Ambil sedikit minyak, sapu atas tapak tangan dan ambil sedikit doh, leperkan doh tadi seperti nak buat kuih bom. Masukkan inti dan tutup kemas-kemas.
3.Bulatkan cantik-cantik. Golek dalam bijan sehingga rata kemudian. Bulatkan di tapak tangan supaya bijan melekat cantik. Buatlah sehingga habis dan bolehlah goreng menggunakan non stick pan. 4.Letak sedikit minyak atau butter dan masukkan bebola tadi,buat satu-satu ye.
5.Tekan menggunakan sudip supaya leper ikut saiz yang disukai. Balik-balik kan dan masaklah sehingga warnanya perang cantik. Ulanglah sehingga habis. Siap untuk dihidang.
Tetiba teringin makan Cucur Badak, singgah gerai tepi jalan satu biji 60 sen, mak ai.. dua kali masuk mulut dah habis. Tak puas makan, tu yang teringin nak buat sendiri. Ada sesiapa yang teringin nak buat sama, ini resipi yang boleh kita cuba dan makan puas-puas.
CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN:
250 gm keledek | direbus dan lenyek
3 ½ sudu makan tepung gandum
½ sudu teh garam
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN INTI:
½ biji kelapa parut
100gm udang kering | direndam dan dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
3 biji bawang merah | dikisar
7 biji cili merah | dikisar
1cm halia | dikisar
1 batang serai | dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan inti, dan gaul rata.
Kemudian goreng tanpa minyak dalam kuali sehingga kuning keemasan. Jangan terlalu garing.
Untuk menyediakan doh, gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak
Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
Tutup dengan doh dan bentuk bulat leper. Ketepikan.
Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
Goreng cucur badak sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos
Tepung gomak pandan ini kena cuba bagi peminat kuih tradisional. Tekstur kuih ini cukup lembut, kenyal, dengan inti kelapa manis yang wangi dan berlemak....