Melihat pada cara membuat kuih kole kacang, memang agak mencabar untuk membuat kuih tradisional ini. Silap buat, tahi minyak jadi pahit. Tapi, dengan teknik dan resipi yang betul, memang boleh dibuat. Lama-lama cuba buat, mesti makin lama makin sedap kuih kole kacang kita.

Hanya menggunakan sukatan cawan, mudah untuk diikut resipi ini. Jom kita lihat resipinya!

KOLE KACANG LEMAK MANIS (SUKATAN CAWAN)

Kole Kacang, Mencabar Nak Buat Tapi Berbaloi, Sedap Sungguh! Ini Resipi Guna Sukatan Cawan

BAHAN TAHI MINYAK
3 cawan santan pekat
Secubit garam

Kole Kacang, Mencabar Nak Buat Tapi Berbaloi, Sedap Sungguh! Ini Resipi Guna Sukatan Cawan
Tahi minyak ditapis selepas siap dimasak.

CARA MEMBUAT TAHI MINYAK
1. Dalam kuali, masukkan santan dan garam.
2. Masak sehingga bertukar menjadi warna coklat keperangan.
3. Kena selalu kacau supaya tidak hangit. Api perlahan sahaja.

IKLAN

BAHAN KUIH
2 cawan gula merah
1 cawan air
1/2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan
2 cawan tepung kacang hijau goreng (rujuk video)
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
5 cawan air panas (1 liter)

CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, masukkan gula merah, air, gula pasir dan daun pandan. Masak sehingga gula larut. Tidak perlu lama sangat bimbang air gula jadi pekat. Siap masak, tapiskan air gula. Ketepikan.
2. Dalam kuali lain, sangai tepung kacang hijau goreng tadi selama 5 minit.
3. Masukkan santan dan air panas sedikit demi sedikit. Sambil masukkan, kacau adunan supaya sebati. Adunan memang akan jadi berketul-ketul. Kena selalu kacau supaya tidak berketul.

Kole Kacang, Mencabar Nak Buat Tapi Berbaloi, Sedap Sungguh! Ini Resipi Guna Sukatan Cawan
Kacau selalu supaya tidak berketul-ketul.

4. Selepas tiada lagi tepung yang berketul, masukkan air gula yang telah dibuat awal tadi. Masak sehingga pekat dan likat sedikit. Keluarkan daun pandan.

IKLAN
Kole Kacang, Mencabar Nak Buat Tapi Berbaloi, Sedap Sungguh! Ini Resipi Guna Sukatan Cawan
Keluarkan daun pandan.

5. Kacau lagi adunan supaya lebih cantik teksturnya.
6. Masukkan pula minyak yang terhasil daripada tahi minyak yang kita buat awal-awal tadi. Hasilnya tepung akan berkilat.
7. Tuangkan adunan dalam loyang. Ratakan adunan supaya kuih padat dan licin permukaan atasnya.
8. Taburkan tahi minyak. Tutup dengan aluminium foil dan biarkan sejuk pada suhu bilik sahaja. Lebih kurang 3 hingga 4 jam. Kemudian, bolehlah potong kuih kole kacang anda.

Siap!

Kole Kacang, Mencabar Nak Buat Tapi Berbaloi, Sedap Sungguh! Ini Resipi Guna Sukatan Cawan

IKLAN

Selamat mencuba!

Untuk lebih detail, boleh rujuk video di bawah.

https://youtu.be/sMjBgVJl53Y

Sumber: Nurul Jannah
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan majalah RASA.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI