Perkembangan Terkini Isu Cacing Mati Ditemui Dalam Produk Ikan Dalam Tin
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini tentang laporan yang tular di laman media sosial berkaitan cacing mati yang ditemui dalam produk sardin dalam tin.
KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan pemantauan ke atas produk ikan dalam tin (sardin dan mackerel) yang diimport serta di pasaran tempatan. Selain daripada 2 jenama produk ikan sardin yang telah dikesan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. sebelum ini iaitu TL Tan Lung dan TLC, hasil pemantauan terkini mendapati produk ikan sardin jenama Cinta, Sea Fresh dan HS Brand juga mengandungi cacing FilumNematoda daripada genus Anisakis spp..
Ads
Di samping itu, produk ikan mackerel dalam sos tomato jenama King Cup, Bintang dan TC Boy didapati mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Sehubungan itu, KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan di mana syarikat terlibat telah diarah menarik balik produk tersebut dari pasaran.
KKM juga telah mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara. Tahan, Uji dan Lepas merupakan tindakan di mana sampel akan diambil untuk analisis dan produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya keputusan analisis menunjukkan tiada pelanggaran dikesan iaitu dalam hal ini, cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.. Manakala bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan, verifikasi di semua kilang pengeluaran dijalankan oleh KKM.
Bagi produk ikan dalam tin, risiko kepada kesihatan adalah amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.
Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukan mana-mana pihak yang terlibat di dalam mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
Ads
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah/Kawasan/Bahagian yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
Bila tengok snek Miaow Miaow ni, terus teringat memori masa zaman kanak-kanak dulu. Memang inilah snek yang wajib beli lepas balik dari sekolah atau bila pergi ke kedai. Tipulah kalau anda tak pernah makan snek ni dulu kan?
Jadi sempena musim cuti ini, Miaow Miaow mengajak anda semua untuk meraikan detik-detik Miaowting bersama Miaow Miaow. Ia merupakan snek nostalgia pada satu ketika dahulu sekali gus membawa kita kembali ke zaman kanak-kanak.
Ia merupakan antara snek yang akan kita nikmati semasa menonton televisyen bersama keluarga. Kerangupan pertama snek ini di samping bauan yang memikat pastinya tidak pernah anda lupakan. Hmm memang sedap kan? Tahu-tahu dah habis sebungkus.
Menurut pengasanya, adik-beradik Encik Chink Poh Cheng dan Encik Chuang Poh Lim, Miaow Miaow merupakan jenama keluarga yang diutamakan. Mereka percaya bahawa snek klasik Miaow Miaow boleh membantu keluarga dan rakan-rakan berhubung semula melalui kenangan bersama untuk menikmati hidangan yang enak. Tentunya ia mengeratkan lagi hubungan.
Antara snek Miaow Miaow yang digemari ialah Keropok Udang Miaow Miaow, Snek Kekacang Hijau, Keropok Perisa Sotong, Keropok Kentang, Gegelang Perisa Keju, Keropok Perisa Ayam dan Snek Berperisa Pedas dan Berempah.
Jom imbau ke masa bersama snek ikonik zaman kanak-kanak di Malaysia. Dapatkan di kedai-kedai berhampiran anda.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ikan Bakar Ala Portugis memang menu popular masyarakat Malaysia. Aroma wangi bahan tumisan disalut dengan ikan talapia dan dibakar, memang terlajak sedaplah..
IKAN BAKAR TALAPIA ALA PORTUGIS
BAHAN KISAR:
Lada kering
Bawang besar
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Sedikit belacan
INFO: Semua bahan dikisar sekali dan halus.
BAHAN-BAHAN:
Ikan talapia
Serai
Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan yang sudah dikisar halus.
2. Bila sudah pecah minyak masukkan daun limau purut atau daun kesum.
3. Masukkan sedikit air asam jawa. Kalau hendak berkuah boleh tambah sedikit air . Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan asingkan dulu.
4. Letakkan ikan atas aluminium foil.
5. Salutkan dengan sambal yang ditumis tadi dan susun terung atau bendi.
6. Balut dan bakar selama setengah jam dengan api sederhana. Untuk elakkan hangus boleh tuangkan sedikit air dalam pemanggang ajaib.
Jom cuba aneka resipilauk paukberbuka puasa yang masak tanpa minyak ni. Ha…Jikaanda bercadang nak kawal jumlah penggunaanminyakmasak dalam masakan harian anda, koleksi resipilauk pauk berbuka tanpa minyak yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu anda memilih lauk pauk yang sihat dan enak. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
1. KETAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ketam – bersihkan
500gm isi ayam
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu sos tomato
1 biji cili bengala merah
1 biji cili benggala hijau
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Lada sulah secukupnya
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
Angkat dan sedia dihidang.
2. IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung – bersihkan
Air secukupnya
BAHAN UNTUK AIR ASAM:
30gm cili padi
10gm cili besar merah
20gm perahan limau kasturi
100ml air asam jawa
1 biji buah tomato – potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
5gm garam
5gm serbuk perasa (pilihan)
CARA MEMASAK:
Terlebih dahulu, kukus ikan kembung lebih kurang 10 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kuah air asam; Kisar cili bersama air asam jawa. Masukkan pula perahan air limau kasturi, garam dan bahan perasa secukupnya.
Tuang ke dalam mangkuk dan masukkan pula hirisan bawang besar dan tomato.
Letak ikan yang siap dikukus di dalam pinggan dan tuang kuah air asam di atasnya ketika menghidang.
Boleh hias dengan hirisan limau kasturi jika mahu.
3. SOTONG BAKAR DENGAN SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong besar – dibasuh dan dikelar
I inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1 batang serai – dimayang halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk halus kunit, bawang putih dan serai.
Gaulkan dengan sotong, masukkan juga sedikit garam.
Biarkan dalam 5 atau 10 minit.
Panaskan kuali pemanggang. Sapu sedikit mentega dan letakkan sotong. Bakar hingga sotong menjadi lembut.
Gunakan api yang besar untuk membakar sotong.
Hidangkan dengan sos cili thai.
4. ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dipotong dua
3 biji cili merah | dikisar
15 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
5 cm kunyit | dikisar
3 helai daun kunyit | disiat
4 keping asam gelugur
3 batang serai | diketuk
6 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar dan air ke dalam periuk. Kacau sebati dan biarkan sedikit mendidih.
Kemudian masukkan ikan, asam gelugur dan daun kunyit. Biarkan sehingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
Angkat dan hidangkan.
5. DAGING BAKAR CICAH AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | bersihkan dan tos
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
3 batang serai
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN AIR ASAM:
150gm asam jawa
3cm belacan – bakar
Air suam secukupnya
1 biji bawang besar saiz sederhana – potong dadu
15 biji cili padi – dihiris halus
1 biji tomato – potong dadu
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan bahan kisar sehingga sebati dan perapkan 2-3 jam.
Panaskan ketuhar atau kuali pemanggang. Kemudian panggang hingga garing menggunakan api kecil.
Setelah cukup masak, angkat dan sejukkan.
Setelah sejuk, hiris daging nipis-nipis. Ketepikan.
Sementara itu siapkan air asam.
Bancuh asam jawa dengan air suam. Kemudian buang biji.
Tapiskan dalam mangkuk yang berisi belacan.
Hancurkan belacan kemudian masukkan hirisan bawang dan tomato.
Seterusnya perasakan dengan gula dan serbuk perasa. Garam jika perlu.
Setelah secukup rasa, hidangkan bersama daging bakar.
6. BAWAL EMAS KUKUS KURMA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal emas – dipotong dua
1 cm halia | dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang merah – dihiris
1 biji tomato – dipotong baji
Sedikit lobak merah – dihiris
3 biji buah kurma – dibuang biji dan dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan.
Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak.
Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
7. CUMI BAKAR
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong – buang kepala dan kulit
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga
Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
8. SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi
100 gm isi udang
2 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
9. STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN:
350gm tofu putih – kukus selama 20 minit
50gm cendawan shitake kering – dibasuh dan rendam air semalaman
50gm brokoli
1/2 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
4cm halia – dihiris
500ml stok ayam – atau air rebusan ayam
4 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung – jika mahu pekat
CARA MEMASAK:
Pijarkan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia.
Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen)
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
10. SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong sederhana besar – bersihkan dan tos
2 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos plum
1/2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar – cincang
2 ulas bawang putih – cincang
2cm halia muda – hiris halus
2 biji cili merah – cincang halus
Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT:
1 biji tauhu putih – kisar kasar
1/2 cawan isi telah direbus – kisar kasar
1 biji telur
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
Panaskan pengukus.
Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-12 minit.
Sementara itu sediakan sos.
Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
Sotong sedia dihidangkan.
11. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang
1 biji air kelapa
1 kiub stok ayam
100gm isi kelapa | dihiris nipis
2 biji cili padi merah | dihiris nipis
Daun bawang untuk hiasan
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
12. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm udang sederhana besar
1/2 biji nanas | dihiris
1 biji cili merah
2 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dihiris
Sedikit daun bawang | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Dididkan air dan masukkan bawang putih dan nanas. Biar merenih seketika.
Tambahkan cili merah dan cili padi.
Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.