Siapa dah nikmati Roti Canai pagi ni? Kalau dah, anda patut berasa bangga kerana anda sedang menikmati hidangan roti terbaik di dunia!
Menerusi laman Instagram TasteAtlas, hidangan popular di Malaysia itu telah dinobatkan sebagai roti terbaik mengalahkan sajian-sajian lain yang popular di serata negara. Sebanyak 50 jenis roti terbaik telah disenaraikan dan Roti Canai mencapai skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.
Mengikut carta yang dikongsikan juga, roti canai bukan sahaja berjaya mengalahkan India yang popular dengan Roti Naan, tetapi juga Eropah yang terkenal dalam penghasilan pastri terbaik dunia.
Ads
Malah tahun lalu, Roti Canai juga dinobatkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia. Wow… Tak sangka kan? Satu dunia mengiktirap sajian kegemaran ramai ini. Memang patut kita banggakan!
Jom cuba buat Roti Canai sendiri bersama kuahnya sekali.
Nu Ideaktiv Sdn Bhd (Nu Ideaktiv) dan Enrichment Media Lab (EML) Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang menyaksikan pelantikan EML sebagai rakan pakar media mensasarkan segmen Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Melayu.
Nu Ideaktiv yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Syamil Fahim Mohamed Fahim, manakala EML diwakili Pengarah Urusannya, Muhamad Ashraf DM Tej Nasir.
Menerusi kerjasama ini, Enrichment Media Lab akan bertindak sebagai rakan pakar media yang menyediakan perkhidmatan dan perundingan untuk pakej pemasaran serta pengiklanan eksklusif bagi segmen PKS dalam industri kecantikan, kesihatan, makanan dan minuman, pakaian, perabot, pendidikan dan bimbingan
Menurut Syamil Fahim, kerjasama ini juga bertujuan membantu perniagaan dan pengasas jenama untuk berkembang menerusi hebahan media meluas, pelaksanaan acara dan promosi rentas platform yang dimiliki Nu Ideaktiv di digital, program tv dan banyak lagi.
“Agensi media ini berpengalaman dalam pelaksanaan projek skala besar dan sederhana, banyak kerjasama yang telah dijalinkan dengan jenama terkenal dalam perniagaan PKS.
“Melihat kepakaran EML dalam segmen industri pengiklanan dan pengetahuan mereka terhadap strategi pemasaran PKS, ini satu peluang dan kelebihan bagi Nu Ideaktiv berkolaborasi untuk menguasai segmen pengiklanan media PKS,” katanya.
Antara kerjasama awal adalah penerbitan rancangan televisyen, perjalanan keibubapaan pengasas syarikat produk kecantikan tempatan, Noir Health & Beauty Sdn Bhd, Eriyca Baiduri Abd Rashid menerusi PA&MA: Diari Madammu.
Selain itu, rancangan Impinan Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi Ella Furniture yang mana kedua-duanya bakal bersiaran di Astro awal tahun hadapan.
Sementara itu, Pengarah Urusan EML, Muhamad Ashraf DM Tej Nasir berkata, pihaknya akan merlihat kelebihan dan cabaran yang ada untuk bantu melonjakkan jenama dan pasaran PKS.
“NU Ideaktiv mempunyai idea yang hebat, tetapi dari segi PKS pula, mereka memerlukan pendekatan atau pengiklanan dengan cara yang berbeza kerana perniagaan dalam dunia maya ketika ini sangat kompetitif,” tambahnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Itu reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika dilontar soalan mengenai pasangan hidup baginda Tuanku itu.
“Permaisuri begitu tahu selok-belok tentang masakan dan masak sendiri, dan kalau makan dia rasa lain macam, dia tahu apa yang kurang. Lebih daripada itu, saya nak berkongsi di sini bukan saja dia pandai memasak, tetapi dia cepat pula memasak.
“Dan ini yang saya cukup kagumlah. Saya… kalau saya duduk di meja makan tu, oh dia kata dia nak masak ini sekali untuk saya ni, tak sampai berapa minit dah siap,” titah Tuanku.
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah memasak patin masak tempoyak pada program Air Tangan Tengku Puan Pahang di Teluk Cempedak
“Saya harap, saya berdoa itu cucunda saya, cucunda yang akan saya dapat ni, nanti juga, harap mereka jadi anak yang berwibawa ataupun cucu yang berwibawa, dan mempunyai sifat-sifat yang mulia, dan yang baik, dan pandai ya.
“Dan saya harap… saya sentiasa berdoa supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan negara, Insya-Allah,” titah Tuanku lagi.
Sejak dari malam tadi, kecoh di media-media sosial mengenai akuan twitter Tuanku Permaisuri Agong Tuanku Hajah Aminah Maimunah Iskandariah@cheminahsayang yang tidak lagi aktif. Ia telah menyebabkan timbul tanda tanya dikalangan netizen yang mengikuti perkembangan permaisuri berjiwa rakyat ini.
Terkenal dengan sifatnya yang ramah dan bersahaja, baginda menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah baginda yang rata-ratanya memang menarik perhatian ramai.
Perkongsian baginda kebanyakannya mengenai aktiviti-aktiviti harian, keluarga dan juga kucing terbaru peliharaan baginda.
Malah seperti yang kita semua sedia maklum, Permaisuri Agong juga seorang yang sangat handal memasak. Bukan hanya masak untuk ahli keluarga malah para pekerja istana juga dapat menikmati air tangan baginda. Oleh yang demikian, laman sosial ini menjadi ruang pengantara untuk baginda berkongsi resipi-resipi masakan yang dimasak supaya ia dapat dicuba sendiri oleh rakyat.
Oleh sebab itu, ketiadaan akaun media sosial Tuanku itu telah menjadi topik utama netizen yang turut menyatakan rasa sedih mereka. Malah pagi ini tanda palang (hashtag) #AmpunTuanku dan #PermaisuriAgong telah menjadi trending di laman twitter.
Berikutan hal tersebut, ada yang menyatakan bahawa Tuanku Permaisuri Agong menyahaktifkan akaun Twitternya kerana terdapat segelintir netizen mengeluarkan komen-komen negatif tentang perkongsian baginda.
Sedih akan hal ini, rakyat mula meluahkan rasa kecewa dan meminta Tuanku Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaunnya itu.
Aku sedih kenapa Tunku Azizah deactive twitter
Mak buat akaun twitter semata-mata nak follow Permaisuri Agong
Peramah, down to earth & dekat dengan rakyat. Siap ada buku resepi memasak lagi.
Kami akan rindukan Tunku Azizah
Permaisuri Agong selalu kongsikan kebahagiaan, perkara positif dan doakan kita rakyat jelata.
Rindukan Permaisuri kami, tolonglah ‘kembalikan’ Baginda semula.
Kami berharap segalanya akan okay dan Tuanku akan kembali bersama kami di twitter semula.
Sentiasa positif & mendoakan rakyat
Diharap Tuanku Permaisuri Agong akan berkenan untuk membuka kembali akaun twitter beliau.
Sumber: Twitter
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.