Hidangan Hari Raya takkan lengkap tanpa ada ketupat. Setiap negeri juga ada cara penyediaan ketupat yang tersendiri. Ketupat lemak manis ini antara yang menjadi kegemaran.
Ketupat Lemak Manis ini berupa gabungan beras pulut, beras pulut hitam dan juga kacang ketupat. Sedap dinikmati bersama aneka rendang. Sama ada rendang ayam, rendang daging atau rendang kerang dan lain-lain. Selain rasa pulutnya yang berlemak, ianya juga ada rasa kekacang yang menjadikannya bertambah enak.
Nak cuba buat? Apa kata ikuti resipi Ketupat Lemak Manis (gabungan pulut + pulut hitam + kacang ketupat) yang dikongsikan oleh Che Na Pokteh ini. Jom kita buat.
BAHAN-BAHAN:
2 ½ kg beras pulut (direndam selama 2 jam)
1kg santan
Sedikit pulut hitam (direbus hingga masak)
Kacang ketupat (direbus hingga masak)
Garam
Gula
Ads
CARA MEMASAK:
Beras pulut direndam selama 2 jam.
Kacang ketupat direbus hingga masak.
Gaulkan pulut bersama pulut hitam. Selepas itu, kukus sehingga masak.
Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian, gaulkan bersama santan yang telah dicampurkan dengan garam. (Sukatan agak-agak sahaja, jangan masin sangat.)
Setelah itu, kukus sekali lagi hingga masak.
Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Gaulkan dengan gula sehingga sebati. (Anggaran gula tak sampai sekilo, agak-agak saja mengikut selera masing-masing.)
Setelah sebati, baru masukkan kacang ketupat yang telah direbus tadi.
Bungkuskan pula dalam daun palas.
Kemudian, kukus sekali lagi sehingga daun bertukar warna.
NOTA: Untuk ketupat lemak, tak perlu ditambah gula.
Dah siap Ketupat Lemak Manis. Sedia untuk dihidangkan.
Pulut dakap ini berasaskan pisang yang dibalut dengan pulut. Kuih tradisional yang lazimnya dijadikan menu ketika minum petang. Orang di bahagian utara pasti menggemarinya.
Perkongsian daripada Sy Crab untuk menghasilkan pulut dakap ini memang mudah. Cepat sahaja siap dan dah boleh menikmatinya. Jom kita cuba.
Tercuit hati melihatkan kemesraan penyanyi muda Ismail Izzani dengan Datuk Chef Wan. Chef Wan membahasakan dirinya sebagai atuk kepada Ismail, iyelah beza jurang tiga generasi tu ibarat pangkat cucu tu. Gurau senda dan gelak ketawa menyulami sembang mereka.
Dapur hari tu berkumandang nyanyian Ismail menceriakan Datuk Chef Wan pada hari itu. Anak kepada Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi wajah ibunya tetapi juga kemerduan suaranya.
Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua, episod ke 16 Chef Wan seronok melayan ‘kerenah’ Ismail yang kelihatan mesra sekali dengan ‘atuknya’. Ismail memang pandai mengambil hati dan menghormati orang tua.
Ismail menunjukkan minat masak bila sempat bertanya apa rahsia memasak Chef Wan yang menjawab.”Memasak ni kena penuh minat dan kegembiraan dengan niat untuk menggembirakan hati orang lain yang menikmatinya”.
Bagi yang tak berkesempatan menyalin resipi ni dia tiga masakan dari dua selebriti ini.
1. NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
125 ml minyak sapi
10 biji bawang merah kecil (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 helai daun pandan (cerai-ceraikan)
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
10 biji badam
125 ml stok ayam
4 sudu besar susu sejat
125gm beras basmathi
4 sudu besar air mawar
Saffron
Halia
Garam
Kismis hitam & kuning (kisar)
Kismis hitam & kuning (tidak kisar) Bahan hiasan :
Bawang goreng
Kismis
Kacang
Badam goreng
Daun ketumbar CARA MEMASAKNYA : 1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. 2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih sehingga naik bau. 3. Seterusnya masukkan daun pandan, bawang merah kecil, halia, dan bawang putih yang dihiris halus. Kacau sehingga warna keperangan dan naik bau. 4. Masukkan kismis hitam dan kuning yang telah dikisar ke dalam periuk dan sedikit badam. 5. Setelah itu, masukkan beras basmathi, kismis dan dikacau bagi sebati. 6. Masukkan stok ayam dan susu sejat. Kacau beras bagi sebati. 7. Masukkan saffron, garam dan biji badam ke dalam periuk. 8. Tuangkan air mawar dan masukkan lagi biji badam. Tunggu sehingga nasi siap masak. 9. Letakkan bahan-bahan hiasan setelah nasi siap dimasak.
2. KURMA AYAM
BAHAN-BAHAN :
½ ekor ayam (dipotong)
3 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
2 biji tomato merah, didadu
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji bawang besar belah 4
½ cawan pati santan
1 camca besar bawang goreng
2 ½ camca besar penuh rempah kurma
3 sudu makan yoghurt perisa asli
Minyak masak
Asam gelugor
Garam
Gula
Air
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
Daun pudina
Bahan Tumis:
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar, hiris
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Halia
Bawang putih
Daun pandan
Bahan Hiasan: Daun pudina Daun ketumbar Limau kasturi
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. 2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, jintan halus dan jintan kasar. Tumis sehingga wangi. 3. Masukkan daun pandan, daun pudina, dan semua bahan kisar ke dalam periuk. 4. Masukkan rempah kurma, ayam, santan dan air. Kacau bagi sebati dan reneh sampai ayam masak. 5. Masukkan garam, gula, kentang dan tomato. Reneh sehingga kentang empuk. 6. Masukkan bawang goreng dan bahan-bahan hiasan. Hidangkan panas dengan nasi.
3. POPIA SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia
1 sudu besar tepung gandum (bancuh guna air 4-5 sudu besar untuk jadikan pelekat)
Bahan Inti:
1/2 biji kobis (hiris nipis)
2 batang lobak merah (sagat)
3 biji tauhu (goreng dan potong dadu)
½ biji sengkuang (hiris nipis)
10 ekor udang (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang)
Sos tiram
Kicap cair
Daun ketumbar
Garam
Serbuk lada sulah
2 sudu besar minyak
Minyak untuk menggoreng Bahan hiasan:
Bawang goreng
Bijan
Bahan sos :
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih (cincang halus)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Kismis
Bawang merah
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan udang. 2. Masukkan tauhu, kicap cair, sos tiram, dan semua sayuran. Kacau sehingga agak layu. 3. Masukkan daun ketumbar, bawang goreng, bijan dan sedikit garam. 4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. 5. Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti. Gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan. Buat hingga siap. 6. Goreng gunakan api sederhana hingga betul-betul garing. Toskan dan angkat.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...