Inilah Rahsia Keenakan Apam Pasang Dan Tahu Tak Kenapa Dipanggil Apam Diraja?

Apam Kuala atau Apam Pasang  yang juga dipanggil Apam Kuala pasti tidak asing lagi bagi penduduk Perak khususnya  orang Kuala Kangsar. Baunya yang harum semerbak boleh dihidu dari jauh ditambah pula jika dihidang panas-panas di kala hujan, pasti menambahkan lagi keenakan makanan sampingan untuk minum petang, iaitu apam pasang atau apam Kuala yang sinonim di bandar Kuala Kangsar.

Mudah diperoleh di pasar malam dan gerai-gerai di sekitar Kuala Kangsar, kuih ini digemari kerana bentuk dan rasanya yang mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak ataupun sewaktu zaman persekolahan anda dahulu.

Inilah Rahsia Keenakan Apam Pasang Dan Tahu Tak Kenapa Dipanggil Apam Diraja?

Ianya dipanggil apam Kuala bersempena nama daerah Kuala Kangsar yang sangat terkenal dengan kuih ini, tidak diketahui sama ada ia boleh diperoleh di daerah lain di Perak namun jarang sekali untuk didapati di tempat lain.

Ada sesetengah yang menamakan ia apam pasang kerana kuih ini apabila siap akan ditelangkupkan dua, sama seperti kembar dan sepasang.  Ada juga panggil Apam Diraja  Kuih ini juga dikhabarkan menjadi kegemaran Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Makan dengan kelapa atau sambal

Rasa apam ini agak manis tetapi enak di makan bersama kelapa muda yang telah diparut, apa yang menjadikannya unik adalah dari segi penyediaaannya menggunakan nasi yang ditapai dengan ragi berbanding penggunaan yis untuk apam berlainan jenis.

IKLAN

Inilah Rahsia Keenakan Apam Pasang Dan Tahu Tak Kenapa Dipanggil Apam Diraja?

Menggunakan Tepung Beras

Selain itu , apam Kuala menggunakan tepung beras dan bukan tepung gandum serta dilapik dengan daun pisang semasa dikukus, itu yang menjadikannya berbau harum dan enak untuk dimakan.

Kebiasaannya ia tetap akan lembut walaupun disimpan sehingga keesokan hari memandangkan cara pembuatannya yang masih menggunakan cara tradisional, jika dahulu bentuknya mungkin bulat tetapi kini divariasikan mengikut cita rasa masing-masing mengikut peredaran zaman.

Dalam pada itu, kuih tradisional ini juga tidak diletakkan sebarang pewarna dan hanya berwarna putih sahaja, selalu dihidangkan semasa jamuan gotong-royong dan kenduri kahwin.

Sumber : Bernama & Suara Perak

IKLAN

RESIPI APAM BERAS

Inilah Rahsia Keenakan Apam Pasang Dan Tahu Tak Kenapa Dipanggil Apam Diraja?

Bahan-Bahan:

IKLAN

Bahan-bahan A

  • 1 cawan nasi sejuk
  • 1 1/2 cawan air

Bahan-bahan B

  • 2 cawan tepung beras,
  • 2 sudu besar tepung gandum,
  • 1 sudu teh yis mauripan dan
  • 1 cawan gula pasir.

Bahan-bahan berkaitan lain,

  • 1 paket eno
  • Pewarna

Cara Penyediaan:

  1. Blend sehingga halus Bahan A.
  2. Masukkan Bahan B, dan blend hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam bekas dan perap selama 5 jam.
  4. masukkan 1 peket eno dan pewarna ikut suka. Biar seketika.
  5. Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit.
  6. Boleh di makan bersama kelapa parut kukus jika suka

Lihat ini juga:

http://www.rasa.my/resipi-apam-tembikai-comel/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI