Teringin nak makan kek yang simple dan mudah buat. Ni min kongsi cara buat kek oreo viral versi kukus. Bajet semua bawah RM10. Memang berbaloi kalau buat ni.
Bahan-bahan:
Dua oreo panjang
Sekotak susu coklat yang kecil
Cara memasak:
1. Masuk susu dengan oreo dalam blender. Pastikan blender bebas dari bau bawang dan lada.
2.Kisar macam ni.
Ads
3.Isi la adunan dalam bekas apa apa pun, dan kukus. Kalau nak tahu masak ke belum, try cucuk guna garfu. Kalau masih ada adunan yang lekat pada garfu tu bermakna kek oreo belum masak. Kukus lagi.
4.Selepas siap kukus memang lembab. Biar dia rest sejuk dulu.
Ads
5.Kemudian tuang la topping apa apa pun, tak letak topping pun takpa. Sedap 😍
Bila melihatkan topping atas kek yang penuh dengan buah-buahan, memang sangat menyelerakan.
Kena pula makan petang-petang dengan teh panas, sangat mengasyikkan. Nampak mewah namun tak susah membuat.
Ikut sahaja resipi perkongsian daripada saudari Keroroyz Royz ini.
FRUIT PASTRY CAKE
BAHAN-BAHAN:
210 gm tepung naik sendiri – beli online di sini 150 gm gula kastor – beli online di sini 100 gm mentega (pure butter) 50 gm sour cream / yogurt asli 3 biji telur A 1 sudu teh esen vanila – beli online di sini 1 biji lemon/orange | parut kulitnya sahaja 1/2 sudu teh baking powder – beli online di sini 4-5 biji strawberry | hiris nipis Segenggam blueberry Buah peach dalam tin | dihiris (saya tak guna)
CARA-CARA:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sapukan mentega dan alas loyang 7 x 3 inc. 2. Tepung satukan dengan baking powder dan ayak. Cuci buah-buahan dan toskan.
3. Putar dengan mixer mentega, sour cream dan gula hingga putih dan gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan terus putar. Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal). 5. Masukkan vanilla dan kulit lemon/orange dan terus putar.
6. Masukkan tepung dan kaup balik rata. Mix dengan kelajuan slow hingga adunan menjadi pekat lebih kurang 2,3 minit.
7. Tuang dalam loyang. Taburkan buah-buahan atas adunan tadi.
8. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 – 1 jam atau ikut ketuhar memasing hingga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown. Masa bakar tu bergantung pada ketuhar. Kalau ketuhar kecil 45 minit dah cukup, cucuk lidi di tengah untuk pastikan kek telah dimasak sempurna. Saya naikkan suhu ke 180C dan bakar selama 6-7 minit untuk perangkan bahagian atas kek.
Bagi peminat Kek Lumut Kukus, resipi perkongsian saudari Nor Hairiyah Hassim ni antara yang boleh dicuba. Nampak sedap kan? Menurut pemilik resipi, kek ini jika makin lama disimpan, makin sedap rasanya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KEK LUMUT KUKUS SEDAP, GEBU & LEMBUT
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu. Setiap sebiji telur dimasukkan, putar dalam 2 minit. 2. Masukkan esen vanilla, perisa pandan dan pewarna hijau. Putar lagi hingga sebati. 3. Seterusnya, masukkan susu pekat manis, horlicks, kaya dan nestum. 4. Tambahkan juga tepung gandum yang telah diayak. Gaul hingga semua bahan sebati. 5. Tuang adunan Kek Lumut ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. Jangan tuang sampai penuh sebab kek ini akan naik walaupun ia tak guna bahan penaik. 6. Tutup kek menggunakan aluminium foil atau plastic wrap. Hentak sikit loyang bagi mengeluarkan gelembung udara. 7. Panaskan air dalam periuk kukusan, letak loyang dan kukus guna api sederhana selama 3-6 jam. ( empunya resipi kukus selama 3 ½ jam sahaja. 8. Sejukkan kek dan sedia untuk dinikmati.
Sana sini orang duk cuba buat Soft Cookies. Anda dah cuba ke belum? Jika belum jom ‘try’ resipi perkongsin Kak MJ ni. Sedap, mudah dan sangat ringkas. Kak MJ juga kongsikan tip supaya biskut tu kekal bentuk bila dibakar dan Nampak cantik. Tak ada la nipis dan nampak benyek sangat kan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
Rupanya hanya menggunakan tiga bahan iaitu telur, tepung jagung dan air soya, kita boleh buat sendiri tauhu lembut ni di rumah. Bukan apa bila buat sendiri ia lebih jimat, bersih dan terjamin status halalnya. Tauhu lembut ni sedap dimakan begitu sahaja, di goreng bersama sayur atau dimasukkan dalam sup sayur.